Saturday, March 27, 2010

Budak kecik hisap rokok!

Apa nak jadi ngan budak zaman skang.... Isy3..



Khalifah Umar & TGNA

Tadi sewaktu membelek nota bm, terjumpala 1 kisah pasal Khalifah Umar. Ceritanya macam ni,

--> Soal menjaga kewangan, terutama berkaitan pengurusan amat diberi perhatian dalam Islam. Salah satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran ialah kisah mengenai Khalifah Umar Abdul Aziz yang telah didatangi oleh anaknya di pejabat baginda pada suatu malam. Khalifah Umar terlebih dahulu bertanya : " Kedatangan kamu atas urusan Muslimin atau urusan keluarga? " Selepas anaknya menjawab bahawa kedatangannya untuk urusan keluarga, lantas khalifah memadamkan lampu pejabatnya. Apabila anaknya bertanya tindakannya itu, Khalifah Umar pun menjawab: "Lampu ini ialah milik negara, sedangkan kamu datang untuk urusan keluarga". Lalu baginda pun menyalakan lampu miliknya sendiri. Inilah keyinggian sifat amanah dalam diri khalifah Umar ketika menjaga dan menguruskan harta kaum Muslimin. <--

Tengok kat sini, betapa jaganya baginda terhadap amanahnya. Kita, macam mana? Hmm, tiba2 teringat pula tentang Tuan Guru Nik Abd Aziz (TGNA ). Perwatakan beliau hampir sama dengan perwatakan khalifah Umar. Amat kagum sekali bila saya baca tentang beliau. Di dalam pejabatnya, mestilah banyak lampu untuk dinyalakan. Tapi, bila beliau hendak buat kerja, Tok Guru cuma nyalakan lampu yang ada dekatnya saja (yang mahu guna). Kira kawasan lain yang xdigunakan, beliau
xnyalakan la. Bagus kan? Hmm, kita lak camn
a? Kalau kita, opkos majoriti siap amik kesempatan lagi. Ramai yang kata, dah kita dapat, gunakan je la.Isy, xpatut2..

Lagi cerita pasal TGNA, Tok Guru siap boleh turun makan kat warong2 kecil tanpa segan silu pun. Siap bergaul ngan penduduk lagi. Tengok?? Dan saya pernah juga dengar 1 cerita ni, ada sorang laki ni ( bukan orang kelantan kalau xsilap ), kereta dia rosak kat tepi jalan. Lepas tu, berhentilah 1 kereta ni untuk tolong dia. Kereta dia macam orang2 biasa yang lain. Dia pun nampaklah seorang pak cik tua turun dari kereta dan tolong dia. Dia tidak kenal langsung pak cik ni. Lepas siap, dia pun ucapla terima kasih.. Esoknya, dia beli satu surat khabar. Dia sangat terkejut bila tengok muka surat pertama, ada sorang ni, muka dia sangat iras pak cik yang tolong dia semalam. Bila baca nama, dia sangat terkejut bila tau yang pak cik tu MB besar Kelantan! Dia pun rasa sangatla kagum sebab Tok Guru sangatla tidak meninggi diri..

Kesimpulannya, pandai2la kita amik iktibar dari cerita ni. =)

Wednesday, March 24, 2010

Contact

Orang sekarang x boleh hidup tanpa henpon. Kalau tertinggal henpon sanggup patah balik ambil. Masalahnya kalau xsolat tak pulak gabra. Korang xde nak contact DIA. Hellllooooo!!! Hell-oooo!!!Go-to-hell-lo!!


BATERI LOW

-->Mungkin masalah kita bateri low gamaknya. Berapa kali korang pergi jemaah kat masjid atau surau, dengar ceramah. Seminggu sekali pergi Jumaat pun bukan nak dengar khutbah. Tengok muka pun tau xde bateri, lentok semacam je.


NO COVERAGE

-->Mana tempat DIA xcover? Semua makhluk kalah dengan Dia, termasukla jugak makhluk buncit warna kuning tu. Patutnya tak kira korang kat mana, kat atas bulan sekalipun, Dia gerenti ada service punya. Korang aja xingat kat Dia walhal Dia xpernah lupa korang. Korang yg jual maahal. Hot spot pun bersepah-sepah, masjid atau surau tiap taman perumahan ada, korang aja tak nak singgah. Sombong btol.

MISSED CALL

-->Korang kalau ada miss call gerenti korang call balik. Korang risau kalau x call blk kot-kot ada hal penting. Tapi kenapa DIA call korang buat derk je?? Lima kali sehari pak bilal laungkan ‘ringtone’ azan sehari. Usahkan nak jawab, kalau bleh taruk ‘silent’ korang dah buat dah.


LINE TAK CLEAR

-->Korang perasan x dlm solat korang bercakap dgn sapa? Kalau borak dlm henpon, perasan aje sape yg ckp kat sblh sana. Siap boleh teringat2 lagi kat dia. Cakap rindulah. Tapi, kalau dalam solat, mulut mmgla duk ckp dgn Dia, tapi otak kat lain. Lepas salam, laju je doa cepat2. Isy3..

SIM CARD PROBLEM

-->Kita pun ada sim kad brader, hati kita la. Contact number Dia kita save dlm save dlm sim card, tapi xreti-reti nak call. Ala, senang je pon nombor Dian k ingat, 24435 je. Bukan susah pon. Tapi kalu nak call pun susah, mmgla susah jwbnya. Nak wat camna, sim kad dah berkarat, berdaki, penuh dgn contact no dunia, setan, nafsu dan tahpapentah. Tak nak upgrade, xnak repair. Sudahnya kita lost contact, sesat spnjg hayat. Kalau henpon hukumnya campak kat lombong, kalau kita? Campak dlm neraka la jawabnya.

p/s : amek dari ujang~

 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .