Thursday, November 12, 2009

Lemah

Hari ni semangat aku jadi lemah. Lemah yang teramat. Sebabnya macam2 benda yang terjadi minggu ni. Aku tak tahu nak buat macam mana. Mula2 aku sabar. Tapi, entahla.. Ya Allah, tolong Ya Allah.. Kuatkan semangat aku.. Hari ni bertambah satu lagi berita buruk. Ya Allah, mudahkanlah segala urusanku.. Aku tahu ni semua ujian dariMu..

Wednesday, November 4, 2009

Aku dan perubahanku.

Di sekolah dulu, aku boleh dikatakan aktif dalam persatuan juga walaupun tidaklah sekuat mana pun. Tambahan pula, aku tinggal di asrama. Jadi, agak ramai ustaz yang mengenaliku dan aku pun agak rapat dengan mereka. Sewaktu di sekolahku dulu, aku rasa amat gembira sekali. Sebabnya saban hari aku tinggal bersama kawan2, ada ceramah agama yang xperlu aku cari sendiri, dan etika pakaiannya yang buatku rasa selamat. Ye, memang pakai tudung bulat ni lagi senang dan rasa selamat. Dan aku tidak mempunyai seorang pun kawan lelaki waktu itu. Tidak ada seorang pun.Sampaikan kalau pergi kedai nak beli sesuatu, aku rasa agak segan nak bercakap dgn golongan adam ini.

Tapi itu semua cerita dulu. Sekarang dah lain. Sekarang ni aku dah melangkah ke alam universiti. Suasana belajar yang bercampur lelaki dan perempuan. Masih ku ingat lagi, waktu mula2 daftar masuk ke Uia. Kali pertama melangkah ke kelas pertama, aku berasa lain macam sangat. Sebabnya kelas itu bercampur dengan lelaki. Mungkin orang lain xfaham apa masalahnya, tp xpelah. Biar aku sahaja yang memahaminya. Mungkin ada sesetengah pihak yang pernah berada di tempatku, akan memahaminya. Bukan nak kata kami anti lelaki, tapi kami xbiasa dengan keadaan sebegitu.Bulan2 terawal aku belajar di sana, bukanlah perkara yang amat aku suka. Sebab sikit2 mesti ada group work bersama lelaki. Aku pula jadi agak pendiam waktu itu. Sampaikan budak2 lelaki di kelasku memanggilku dengan gelaran lain, bukan dengan nama sebenar sebab diorang tak tahu nama sebenar. Tp xpelah, aku tidak kisah sangat sebab maksud nama itu agak elok juga. Lagi satu, waktu meeting. Aku pun asyik diam je. Kalau ada ape2 aku nk cadangkan, aku xberitahu depan2. Aku beritahu orang atas aku(perempuan). Sebelum meeting pulak, atau jika ade sape2 ckp nk jumpa (atas urusan kerja), aku terus jadi berdebar walaupun ajak kawan teman. (ni debar sebab xbiasa k).

Makin lama aku fikir, aku rasa xpatut aku jadi begini, terus diam je bila ada lelaki. Sebabnya aku xakan dapat lari dari semua ni. Semua benda akan melibatkan semua pihak tambah2 lagi waktu bekerja kelak. So, lama2 aku biasakan diri dengan diorang. Kalau diorang tanya apa2, tegur ke, aku jawab. Kalau aku xjawab, takut mereka pulak akan fikir budak sekolah agama ni macam2. Jadi, lama2 perasaan berdebar, takut semua tu terus hilang. Adakah aku gembira dengan semua benda ni? Ye, pada mulanya. Sebab aku dah rasa selesa kerja dengan mereka. Dalam kelas pun, ada juga ketika waktu aku menyampuk. Dalam meeting pun sama. Kalau ada apa2 yang xpuas hati, aku terus bagi cadangan. Kadang2 siap perli pun ada. ( Maafla ye kepada sesiapa yang pernah bekerja denganku, hatinya terasa ke apa. Hehe.. ).Tapi sekarang, bila aku fikir balik, aku rasa x gembira. Sebabnya, aku rasa perangaiku dah mula berubah kearah yang tidak baik. Memangla orang kata kalu kita pandai jaga batasannya apa salahnya. Tapi sejauh mana kita pandai menjaganya?? Adakah tiap2 waktu kita sedar apa yang kita lakukan??

Aku pun masih ingat lagi sewaktu mula2 masuk dulu, seorang kawanku ada bercerita yang dia waktu itu mempunyai 3 orang pakwe dalam satu masa. Mak aih… terkejut gila aku dengar. Boleh pulak dia. Dan ada juga jenis kawan2ku yang solatnya xcukup. Walaupun ni benda biasa, tapi bagi aku ia perkara besar dan serius. Sebab kawan2 ku dulu xalami benda sebegini. Bila dah tengok depan mata barulah terkajut. So, adalah jugak aku ikhtiar cari cara xnak biarkan kawan2ku terus hanyut. Tapi kesannya hanyalah sedikit. Aku xkisah sebab sekurang2nya aku dah cuba. Tapi sekarang dah bermacam2 cerita aku dah dengar sampai boleh dikatakan kalis dengannya. Aku pun sendiri xkuat untuk melawannya. Sedih sekali, sekarang aku dah jadi amat lemah. Bila dah majoriti ramai kawan2ku macam 2, aku pula macam mana??Mungkin sekarang tidak lagi, tapi masa akan datang, macam mana?? Naudzubillah..

Adakah tindakan dan sikap aku sekarang betul?? Boleh sesiapa bagi komen?? Aku buntu sekarang.

Aku dan pendirianku.

2,3 hari lepas, aku pergi ke sekolah lamaku. Niat yang utama nak ambil sijil spm ku yang x seberapa menarik. Sambil2 tu lawat kawasan sekolahku yang semakin lama semakin banyak perubahannya. Tapi sekejap saja, lebih kurang sepuluh minit. Siap je ambil sijil, aku terus ke luar pagar mencari adikku. Aku tidak tahu kenapa, tapi hatiku rasa xselesa nk singgah lama2 di sekolah ku itu, Sebab takut jumpa mana2 ustaz yang mengenaliku. Haha, mungkin orang akan berasa hairan, apasal aku nak lari dari ustaz lak?? Apa yang nak ditakutkan? Kalau orang lain, diorang sengaja cari ustaz ustazah.

Tidak mengapala bagi orang lain nak fikir apa pun. Tp aku punya alasanku tersendiri. Mungkin ada yang akan gelak bila aku katakan sebabnya nanti, tapi padaku tidak. Ianya merupakan satu perkara yang besar. Nak tahu sebab apa?? Sebabnya adalah tudung yang aku pakai. Bagi sesiapa yang mengenali sekolah Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu, tahulah mereka bagaimana pakaian yang selalu dipakai oleh pelajarnya , iaitu tudung bulat bersama baju kurung @ jubah. Jadi, apa kaitannya dengan tudung yang aku pakai?? Aku pakai tudung bawal ke? Oh tidak..tudung itu, tidak ku pakai. Yang ku pakai sekarang adalah tudung tiga segi berbidang besar sedikit. Ada bidang 50,55 dan 60. So, apa masalahnya?? Salahkah aku pakai tudung tu??

Ada masalahnya sebenarnya, dan ianya adalah dua benda yang berbeza pabila dipandang oleh kami. Tambahan pula, aku agak rapat dengan ustaz2. Jadi, jika diorang terserempak denganku, aku jadi segan. Benda ni dapat diketahui oleh pandangan mereka. Walaupun mereka tidak ada kata apa2(sebab tidak ada salahnya), aku dapat rasakan yang mereka mesti rasa agak kecewa pabila anak2 muridnya berubah imej. Alangkah lebih baik jika kami semua mengekalkan imej2 kami yang terdahulu. Tapi apakan daya, setiap orang ada alasannya tersendiri. Bagiku pula, aku berpakaian sebegini oleh kerana aku memikirkan akan kerjayaku kelak. Seterusnya, keadaan familiku. Aku rasa tidak perlu nak ulas lebih2. Faham2 je la. Apa yang pasti, aku dengan pendirianku. Setakat ini, aku adalah diriku yang sebenarnya. Dan aku berharap agar satu hari nanti, jika ada peluang, aku akan berubah kearah yang lebih baik.

Tudung

Teringat satu ketika mana aku hadiri jamuan hari raya. Waktu itu, adalah beberapa orang yang datang awal. Tiba2, terjadilah perbincangan mengenai isu tudung. Nak dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah ( lelaki ) tanya aku dan 2, 3 orang kawan aku ( perempuan ), “Eh nk tanya, kenapa la orang perempuan ni susah sangat nak pakai tudung labuh??”

Amboi soalan… straight to the point.. Punyala terkejut kitorang dengar soalan tu. Mujurla waktu tu kami pakai pakaian yang mengikuti syarat. Dan dia tidaklah nak tujukan soalan tu kepada kitorang. Cuma mahu mencari sebab sahaja. Mula2 kami agak terkedu seketika sebelum jawab soalan itu. Xtau nak cakap macam mana. Lepas itu kami pun jawab, sebenarnya benda ni depends on every individual. Xreti nak ulas panjang2, tapi setiap orang tu berbeza. Ada yang tahu sangat pasal hukum ni, tp buat xtahu. Ada yang tahu dan ada rasa nak berubah, tapi rasa dirinya belum bersedia lagi. Nak berubah perlahan2, bukan drastik. Ada jugak yang tak mahu pakai sebab takut orang pandang slack, @ pakwe lari. Ada yang nak pakai, tapi keadaan sekeliling yang memaksa dia supaya xpakai.

Manusia ni macam2. Kita x boleh nak expect orang ni macam ni, orang tu macam tu. Bukanlah niat diri ini nak memihak kepada pihak yang tidak bertudung labuh, tapi sedang cuba memahami keadaan diorang. Ramai dari kalangan mereka perlukan bimbingan, bukan teguran yang pedih. Dan bimbingan tu banyak cara, xsemua cara mereka boleh terima. Yang menjadi masalahnya kat sini, kaum lelaki. Memangla orang kata semua lelaki nak yang terbaik buat mereka. Tapi, cubalah faham keadaan perempuan dahulu. Memang agak susah nak faham, dan mereka xkan faham. Sebab lelaki dan perempuan lain. Perangai pun berbeza. Ramai juga yang merungut pasal ni. Nak buat camna , perempuan pun susah nak faham lelaki. Lelaki ambil semua benda mudah je. Betul x??

Aku yakin, ramai perempuan juga nakkan yang terbaik buat diri mereka, tapi belum tiba masanya lagi. Dan mereka amat perlukan seseorang yang dapat membimbing mereka. Buat pengetahuan lelaki2 semua, perempuan ni amat sensitif. (Ayat ni juga kami dah pesan kat budak lelaki td). Sekali orang lelaki tegur, sampai bila2 dy akan ingat dan berasa malu. Bila dy rasa malu, dy xkan berubah. Makinlah dy nak buat. Kalau kawan perempuan sendiri tegur pun xmenjadi. Kadang2 aku sendiri pun xfaham ngan perangai perempuan ni. Lelaki boleh nak tegur, tp dengan cara elok lah. Bukan straight 2 da point. Sebagai contoh, jika si A ada yang tak kena dengan perangai @ pemakaiannya, lelaki boleh tegur si A melalui kawan si A. ( ada org tghla ). Cara ni, perempuan boleh terima teguran lelaki. Dan ada bermacam2 lagi cara, jadi bergantung pada setiap orang nak fikir dan guna.

p/s: Maafla tetiba rasa nak pos pasal ni

Friday, October 16, 2009

Cerita Hari Ini

Semalam, tika aku sedang mengemas beg utk dibawa pulang, aku dikejutkan dengan berita tentang nenekku dikejarkan ke hospital. Kbtulan malam smlm, sepatutnya aku dan adikku balik ke rumah kami. Tapi, maak cik ku suruh batalkan sebab nk pergi tengok nenek kat hospital. Kebetulan juga, minggu ni atuk dan nenekku datang ke kl tidur bergilir2 kat rumah anak2 dy. Dan semalam pun patut diorang balik kampung.Tp xjd.

Petang semalam, nenek(tok mek) jatuh tangga kat rumah p.cik aku sorang lagi. Masa tu dy nak naik tangga. Tetiba dy jatuh tergelincir dan terus pengsan. Banyak darah mengalir. Mak cik ku (kat sini) pe lagi,terus bawak kitorang pergi nilai jumpe tok mek.

Agak jauh jalan dari gombak ke nilai. Dalam perjalanan, pak cik ku yg sorang lg ckp tok mek sepatutnya kena tahan kat wad sebab darah dy naik sampai paras 200. agak tinggi tu, tp dy sedar waktu tu. Agak kuat nenekku. Tp oleh sebab isteri pak cik ku tu doktor, tok mek pun xjd la masuk wad. Boleh bawak balik ke rumah.

Sampai je kat rumah pak cik, Kitorang pun pergi terus kat tok mek. Kesian sangat tengok dy, sebab dy nmpak sgt lemah. xlarat nak bangun langsung, orang lain kena papah dy. Lgpun dy dah tua. Tp nasib baik masa tu dy dah nampak ok.

Selang setengah jam lepas tu, tok mek ckp dy nak pergi tandas. So, aku papahla dy bangun. Tp, belum sempat dy bangun, dy dah pun habis ter******* kat situ. Itupun, dy sndiri xperasan. Mak cik ku yg ckp. Biasala waktu2 camni, semua boleh jd. Lepas tu, kedua2 mak cik ku bawak dy pergi tandas. Dua2 tolong dy basuh, tp yg paling aku respect, m.cik ku yg doktor tu. Petang sebelum tok mek jatuh pun, du dah siap mandikan semua. Kbtulan hari tu pun tok mek kena cirit birit. Kalau diikutkan, dy ni cuma menantu.Kalau anak sendiri tu lainlah. Tp dy bleh buat semua. Kalau aku sndiri, xtaulah camne. Ala lgpun, tiap2 hr kerja dy mcm tu lah. Kalau x, xjd lah dy doktor kan.

Mulai skrg, tok mek kena pakai pampers. Memang sebelum ni pun dy dah lemah, lepas tu bila jd benda camni, lg la lemah. Aku sndri, xtau la plak bleh balik ble.. Tiap kali nak balik, ade je hal berlaku. Xpe, maybe semua tu ada hikmahnya..Hari ni, tokmek dan tok ayh duk rmh m.cikku skrang(same tempat ngan aku duduk, gombak).Lps ni, tinggal tanggungjawab kat m.cikku menjaganya sblm diorang balik ahd ni. Dan aku pun xlepas gak,sebab aku ni cucunya. Dah memang aku kena praktik dr skrg. Kalau x, smpai bila pun aku xmerasa. xkan nak biarkan je. Perasaan g*** aku kna buang jauh2.

Bila difikirkan balik, selalunya macam ni lah keadaan orang tua. Akan kembali seperti budak kecil bila terkena pada masanya. Bila berlaku keadaan macam ni, kita yg muda ni harus berfikiran waras. Tidak boleh mengeluh,merungut.. Sebab yg menjadi mangsanya ada pertalian darah dengan kita. Apatah lagi kalau orang lain. Kalau masa kita kita kecik, dorang bleh jaga kita dgn baik, xkan masa dorang tua kita xleh jaga?? Memang ada perbezaannya, tp dy berkisar tentang benda yang sama. Masa ni lah Allah nk uji kita. Jika kita xjalankan tanggungjawab kita, perkara yg sama akn berlaku kat kita bila kita tua nanti. Anak kita pun akan buat benda yg sama.

Buat masa skrg, aku akn cuba tolong mak cik ku, buat setakat mana yang aku mampu. Lgpun sekarang ni cuti. Bukan wat pape pun. Buat tok mek, didoakan agar tok mek cpt2 sembuh. Buat orang lain, aku nasihatkan kepada semua da diriku sndiri, ble berlaku bnda camni, jgn kita lari. Jika tidak, kita akan menyesal pabila org yg kita syg sudah pergi.. Cuba balas balik perbuatan mereka, kerana selama ni mereka dah menjaga kita dengan baik. Jangan biakan nasi menjadi bubur..

Wassalam..

Wednesday, October 14, 2009

Balik Kampung

Minggu lepas (lebih kurang seminggu), cenfos da start cuti. Lepas tu, macam biasala ramai ble da abes exam, tros je balik. Masa 2, aku hbis xam 5hb. Tp aku xtros balik sbb sem ni is my last sem (insyaAllah), so aku kena balik rumah m.cik kat Gombak dulu hntar smua brg2ku di sana. Kbtulan adikku pun berada di last sem yg same dgnku, so barang2 pon jd lah banyak kna bawak balik.

Itupun kitorang xp terus, kitorang p keesokannya. Banyak betul barang aku. Aku sndri pon xde idea dr mana datangnya semua brg2 tu. Ah, lantak dial ah.. Haa, ckp psl balik kampong plak, act mse tu xbeli pon lg tket. Ntah kenapa, tp sampai skrg pun aku xbalik2 kmpung lg. Bila nk bli tket jek, mesti ada hal nk wat. Isy3.. Asalnya, kitorang nak duk rumah cik ning (m.cik) semalaman je. Esokannya nk balik. Tp sebab ada hal, terpaksa tangguh sampai sabtu. Tp kitorang pun x kisah, sbb kat sni ada tenet. Kalo balik umah, xdek. Hahaha.

Bila tiba hari sabtu, aku dan adikku pergi lowyat sbb dy ckp nk terminate broadband dy. Tp smpi kat sne, dy lupa nk bwk lak. Aduiyh.. Tangguh plak nk pergi balik esoknya. Tp xjd dan mlm keesokannya pun xjd balik lg sebab atuk dan nenekku dtg kl. Jadi m.cik aku xjd la hantar aku pulang.. Kitorang xkisahpun kalau xbalik lg, sbb tiket pun xbeli lagi dan kalau duk rumah pun xde nak wat pape.

Hari Isnin plak, m.cikku pun ckp dy xboleh nk hantar kitorang sebab dy nk hntar atuk & nenekku pedi rumah m.cik sorang lg..So, terpaksa la kami tunngu lg.. Cerita hari selasa plak, kitorang pergi beli tiket. Mula2 decide nk balik mlm tu jugak, tp adikku plak ckp balik esok la, sebab alasannya xnak duk belakang. Pulak dah.. Sebenarnya rasa takut menyusahkan kat m.cik sebab duk lama kat rumah dy, tp xpelah sebab dy pun xkisah pun. Lgpun best gak duk rumah dy. Internet pun dapat. Hehe.

Last skali, beli la tiket utk mlm esok (mlm ni). Jadi mlm ni kami akn bertolak pulang ke kampong halaman. Agak lama jugak cuti, sebelum kami berdua msuk Gombak bulan 12. Sekarang, aku tengah merancang apa nk dibuat masa cuti ni.Harap2 benda berfaedahla. Kalau difikirkan balik, agak kelakar sebab kitorang asyik tangguh tarikh nak balik. Xtau kenapa, dan kami pun xberapa kisah sangat. Pelik kan?? Xmacam orang lain. Habis periksa je, trus balik. Xpelah, lain orang, lain lah cerita hidupnya. Yang penting, semua bahagia.

Oklah, sampai disini. Wassalam.

Friday, October 2, 2009

malas

sekarang ni aku rasa malas nak update blog. nape ah?? xtau nak letak ape.

 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .