******
Sunday, December 27, 2009
Peristiwa lucu
Ceritanya camni, semalam aku dan adikku (Farhan) plan nak keluar pergi Times Square, sebab nk terminate broadband. Dijadikan cerita, sebelum kami bertolak, adikku mesej, katanya bila dah naik bas, mesej kat dia. Sebabnya, mahallah dia selepas mahallahku. Kiranya bas akan lalu di mahallahku dulu sebelum lalu kat mahallah dia.
Lepas tu, tunggu punya tunggu bas pun sampai. Bila nampak je bas rapid, aku terus naik. Lepas tu aku terus mesej farhan, kata kat dia yang aku dah naik. Bila bas benti kat dpn mahallah dia, adalah nampak kelibat dia kat situ. Ingatkan dia nampak, jadi aku xlambailah kat dia. Tiba2, bas bergerak tapi xnampak pun dia naik. Aku pun jadi geramla dan terus lambai kat dia. Dia perasan, tapi bas dah gerak la. Sabar je la aku time tu.
Masa aku tengah taip mesej kat dia, datangla 1 mesej. Lepas tu, jadilah perbualan antara kitorang.
Farhan : Kak nak pergi mana?
Aku : Nak pergi putralah. kenapa xnaik bas td?? Kan kak dah mesej..
Farhan : Eh, bas yang kak naik tu u12 la.. bukan t231..
Aku : O eh?? haha.. em, pastu bas ni pergi mana?
Farhan : Greenwood.
Aku : Alamak, lepas tu camna ni weh??
Farhan : Berhenti la kat sana, lepas tu cari bas mana2 pergi putra.
Masa tu bukan main lagi aku rasa malu (malu dengan diri sendiri haha). yela, dah silap naik bas kan.. Tersengih sorang2 kat situ..haha,lawak betul. Sebelum ni, selalu naik bas t231, tak pernah la plak naik bas u12 ni. Lagipun, tak pernah tahula akan kewujudannya..hehe.. Bila nmpk bas je, terus redah. Bukan nak cek dulu. Hah, kan dah silap. Padan muka.
Tungu punya tungu, bas tak berhenti2. Lepas tu, ada sorang tekan loceng. Tapi aku x turun, sebab serba salah. Bas pun bergerak lagi. Bila rasa agak lama, aku tak tekan loceng, tapi tanya farhan," bas ni akn henti sendiri kat greenwood ke kita kena tekan loceng?". Farhan pun balas yang dia tak tahu. Lepas tu, mulala naik cuak. Aku kat mana ni?? Nasib baik ada sorang tu tekan loceng, jadi aku pun turunla terus. Xde idea pun tempat tu kat mana, yang penting kena turun. Bila dah jadi macam tu, aku pun tanpa ragu2 terus cari teksi. Bila dah dapat naik rasa lega. Biarlah mahal pun. Lepas tu, cakapla kat pak cik teksi nak pergi lrt putra.
Bila dah sampai, aku tengok keadaan sekeliling. "Rasa2 tempat ni macam familiar, tapi kenapa rasa macam bukan putra je??" Lepas tu, tengokla kat sign box, rupa2nya kat situ taman melati!! Lagi sekali terkena. Pak cik ni...ummpphh..
Lepas tu, terus beli tiket pergi putra. Masa naik escalator tu, baru terfikir. Kenapa aku beli tiket g putra plak?? Sepatutnya xpayahla, sebab kalau dari putra pun, tren akan lalu balik kat cni.. Apadaa... Tersengih lagi sorang2..Pastu pikir balik, xpelah, takut nanti naik xsama tren plak.. sabar je..
Last sekali, dapatla jumpa farhan kat putra. Tp xcerita la plak kat dia yg tersesat sampai kat Taman Melati. Malu. Senyap sudahla haha. Ada banyak lagi cerita yang berlaku lepas tu, tp xpayahla cerita. Agak kelakarla, dengan cerita finaz terblackout musolla la, dan macam2 lagi..haha.. Xpela, pengalaman.. Biasala hidup, ada pahit manisnya.
Pengajaran kat sini: Lain kali, kita kena alert dengan apa yang ada kat sekeliling kita. Jangan main redah je. Fikir dulu apa2 sebelum buat. Kalau x, nanti menyesal. Dalam keadaan macamku, duit dan masa pun membazir.. Tp xpelah, ujian tu.. Jadi, kita kenalah banyak2 bersabar.
Walalhualam.
Wednesday, November 25, 2009
Pengalaman di hospital
Pengalaman semasa menjaga nenekku di hospital minggu lepas, banyak buat aku berfikir. Lebih dua minggu nenekku ditahan, sebab tulang tangan dia patah dan pecah. Jadi, kami anak-beranaknya pun bergilir2 jaga dia tiap2 hari. Sekarang, Alhamdulillah dia dah dapat pulang ke rumah.
Semasa di sana, ramai pesakit aku dah jumpa. Disebabkan nenekku ditempatkan di wad ortopedik, jadi pesakit2 berkaitan dengan tulang sahajalah aku jumpa. Lepas selesai uruskan nenekku, aku pergi berbual dengan diorang. Kalau x pun, jalan2 je. Dan macam2 cerita aku dengar dan lihat.
Pesakit 1: Berumur 29 tahun. Tak kahwin lagi. Manis orangnya. Sampai sekarang dia ditahan di wad dan terpaksa bercuti dari kerja selama setahun. Kakinya sakit apa ntah, aku pun xpasti. Tapi mengikut ceritanya, benda ni baru je menyerang. Bila ingat kembali, dy pernah accident sikit masa kecil. Tapi effect dy sekarang baru nampak.
Pesakit 2: Mak cik. Lingkungan 50-an. Sakit stroke. Ibu tunggal dan mempunyai anak tunggal. Anak perempuan dia baru saja berumur 13 tahun. Tak bersekolah. Tiap2 hari anak dialah yang jaga dia. Tiap2 hari tanpa jemu dia jaga mak dia, mandikan, suapkan nasi dan macam2 lagi. Tak mengeluh sikit pun, malah selalu juga beramah mesra dengan orang lain. Bagus kan?? Kalu kita, macam mana? Boleh tak jadi macam dia?Cuba bayangkan, masa kita di tingkatan 1, apa kita dah buat?
Pesakit 3: Sakit stroke jugak kalau tak silap. Umur pun lebih kurang mak cik tadi. Tak boleh bergerak langsung. Tiap2 malam anak lelaki dan suami dia yang jaga. Mujurlah anak dia dah besar. Tapi cuba tengok di sini, anak LELAKI yang jaga ibu. Baguskan, dan memang WAJIB pun ke atasnya.
Pesakit 4: Seorang cikgu, berumur 47 tahun. Cina. Pesakit kanser. Katanya, bulan ni baru dia tahu yang dy menghidap penyakit kanser. Sebelum ni, dia xada langsung penyakit. Bila dia ada rasa sakit2 kaki nak jalan, baru dia cek dengan doktor. Lepas tu, dia dapt tahu yang dia ada sakit kanser kaki. Dan sekarng ni dah merebak dekat paru2 dan naik ke otak. Tahap ketiga. Cepat betul. Kami yang dengar pun terkejut. Tapi dia rilek je. Nampak mcam x sakit dan x mengeluh langsung. Malah katanya, dah nak kena sakit, nak buat macam mana?? Kena redhalah.Kena terima. Xkira sape pun, kalau dah nak kena tu, kena jugaklah. Hah, terkejut jugak aku dengar dia kata macam tu. Aku cuma mengiyakan saja. Terdetik jugak di hati, alangkah bagusnya kalu dia ni peluk agama Islam. Kan lebih baik, dan alangkah untungnya dia. . Kemudian, ramai juga doktor yang rekemenkan dia supaya buat kemoterapi. Tapi banyak kali dia menolak, sebab katanya nak buat apa?? Kalau buat pun, xkan sembuh jugak. Sama je kalau buat @pun tak. Semua orang akan mati jugak akhirnya. Cikgu ni cuma setuju nak buar radiografi di otak dulu, di samping makan supplement. Pasal kemo, dia akan fikirkan balik.
Pendapatku
Cuba kita lihat balik pesakit2 ni, dan perhatikan apa yang diorang dah buat. Bagus kan mereka?? Aku amat tertarik sekali dengan cerita cikgu cina dan anak lelaki yang setia menjaga ibunya. Tentang kisah anak lelaki tu, suka aku tegaskan tentang tanggungjawab seorang anak terhadap orang tuanya. Seorang anak memang WAJIB menjaga ibu dan bapa mereka xkira bila sihat ataupun sakit. Biasanya bila sihat, ramai anak2 akn berbakti kepada ibu bapa. Bila raya, ramai akan berkumpul . Tapi bila salah seorang sakit, ramai yang lari. Mulalah bergaduh pasal giliran nak menjaga. Kenapa perlu bergaduh?? Jijik ke dengan mereka?? Apa, mereka dah buat salah ke? X kan. Cuba kita ingat dan bayangkan balik semasa kita kecil, mereka jaga kita dengan teliti. Kalau sakit, sampai tak tidur malam. Kalau anaknya 12 orang, semua dia x abaikan kan?? Jadi sekarang, kenapa susah sangat orang nak balas balik? Tak senang hati aku kalu ada yang bergaduh pasal ni. Dari cerita yang pernah aku dengar dan lihat, bila si ibu sakit, anak lelaki terus serahkan kepada adik-beradik perempuannya untuk jaga ibu. Alasannya, xkan orang lelaki nak jaga perempuan?? Kan aurat? Dan begitu jugakla sebaliknya bila si ayah sakit. Anak lelaki yang jaga. Kenapa jadi macam ni? Sepatutnya dalam hal ni, semua patut lakukan peranan masing2. Xpatut bezakan antara lelaki dan perempuan. Ya, memang pada asalnya LELAKI xlepas dari tanggungjawab dia. Bila kahwin pun, dia wajib jaga ibu bapa selain dari isteri dan anak2nya. Perempuan pulak, dia kena ikut suami pula. Tak wajib baginya, tapi dia harus jagalah jugak kan, sebab dah jadi anak kan.
Pasal cikgu tu pulak, kagum sekali aku dengar ayat2 dia. Lagi sekali aku amat berharap jika dia masuk Islam. Cuba bandingkan dengan kita, bila kita ditimpa musibah, apa kita buat?? Kita terima dengan rela hati ke? Mesti mula2 mengeluh dan rasa xpuas hati. Xramai seperti cikgu ni. Dia boleh cakap, ada hikmah di sebalik semua, sedangkan benda ni dia pikir dengan sendiri. Kita pula, memang dah tau pasal ni, tapi xyakin pula. Lagi satu, pasal kanser pula. Hati-hatilah, sebab dia akn menyerang sesiapa saja x kira usia, walaupun keturunan kita xada. Sebagai contoh, cikgu tadi dan juga sepupuku. Sepupuku, yang sepatutnya ambil spm tahun ni, terpaksa tangguhkan sebab mengidap kanser tulang. Kasihan dia, lepas buat kemo, semakin hari semakin kurus dan botak. Apapun yang penting, jagalah pemakanan kita. Hindari makanan2 segera. Dan banyak2kan insafi diri.
Wallahualam.Sunday, November 15, 2009
Senam ruhuljadid
Sememangnya hidup ini banyak dugaan dan cabaran. Life is not as easy as we think. Moga2 kita dapat teruskan aktiviti2 harian selepas dapat semangat baru (ruhuljadid) dari senaman ni.
Thursday, November 12, 2009
Lemah
Wednesday, November 4, 2009
Aku dan perubahanku.
Di sekolah dulu, aku boleh dikatakan aktif dalam persatuan juga walaupun tidaklah sekuat mana pun. Tambahan pula, aku tinggal di asrama. Jadi, agak ramai ustaz yang mengenaliku dan aku pun agak rapat dengan mereka. Sewaktu di sekolahku dulu, aku rasa amat gembira sekali. Sebabnya saban hari aku tinggal bersama kawan2, ada ceramah agama yang xperlu aku cari sendiri, dan etika pakaiannya yang buatku rasa selamat. Ye, memang pakai tudung bulat ni lagi senang dan rasa selamat. Dan aku tidak mempunyai seorang pun kawan lelaki waktu itu. Tidak ada seorang pun.Sampaikan kalau pergi kedai nak beli sesuatu, aku rasa agak segan nak bercakap dgn golongan adam ini.
Tapi itu semua cerita dulu. Sekarang dah lain. Sekarang ni aku dah melangkah ke alam universiti. Suasana belajar yang bercampur lelaki dan perempuan. Masih ku ingat lagi, waktu mula2 daftar masuk ke Uia. Kali pertama melangkah ke kelas pertama, aku berasa lain macam sangat. Sebabnya kelas itu bercampur dengan lelaki. Mungkin orang lain xfaham apa masalahnya, tp xpelah. Biar aku sahaja yang memahaminya. Mungkin ada sesetengah pihak yang pernah berada di tempatku, akan memahaminya. Bukan nak kata kami anti lelaki, tapi kami xbiasa dengan keadaan sebegitu.Bulan2 terawal aku belajar di
Makin lama aku fikir, aku rasa xpatut aku jadi begini, terus diam je bila ada lelaki. Sebabnya aku xakan dapat lari dari semua ni. Semua benda akan melibatkan semua pihak tambah2 lagi waktu bekerja kelak. So, lama2 aku biasakan diri dengan diorang. Kalau diorang tanya apa2, tegur ke, aku jawab. Kalau aku xjawab, takut mereka pulak akan fikir budak sekolah agama ni macam2. Jadi, lama2 perasaan berdebar, takut semua tu terus hilang. Adakah aku gembira dengan semua benda ni? Ye, pada mulanya. Sebab aku dah rasa selesa kerja dengan mereka. Dalam kelas pun, ada juga ketika waktu aku menyampuk. Dalam meeting pun sama. Kalau ada apa2 yang xpuas hati, aku terus bagi cadangan. Kadang2 siap perli pun ada. ( Maafla ye kepada sesiapa yang pernah bekerja denganku, hatinya terasa ke apa. Hehe.. ).Tapi sekarang, bila aku fikir balik, aku rasa x gembira. Sebabnya, aku rasa perangaiku dah mula berubah kearah yang tidak baik. Memangla orang kata kalu kita pandai jaga batasannya apa salahnya. Tapi sejauh mana kita pandai menjaganya?? Adakah tiap2 waktu kita sedar apa yang kita lakukan??
Aku pun masih ingat lagi sewaktu mula2 masuk dulu, seorang kawanku ada bercerita yang dia waktu itu mempunyai 3 orang pakwe dalam satu masa. Mak aih… terkejut gila aku dengar. Boleh pulak dia. Dan ada juga jenis kawan2ku yang solatnya xcukup. Walaupun ni benda biasa, tapi bagi aku ia perkara besar dan serius. Sebab kawan2 ku dulu xalami benda sebegini. Bila dah tengok depan mata barulah terkajut. So, adalah jugak aku ikhtiar cari cara xnak biarkan kawan2ku terus hanyut. Tapi kesannya hanyalah sedikit. Aku xkisah sebab sekurang2nya aku dah
Aku dan pendirianku.
2,3 hari lepas, aku pergi ke sekolah lamaku. Niat yang utama nak ambil sijil spm ku yang x seberapa menarik. Sambil2 tu lawat kawasan sekolahku yang semakin lama semakin banyak perubahannya. Tapi sekejap saja, lebih kurang sepuluh minit. Siap je ambil sijil, aku terus ke luar pagar mencari adikku. Aku tidak tahu kenapa, tapi hatiku rasa xselesa nk singgah lama2 di sekolah ku itu, Sebab takut jumpa mana2 ustaz yang mengenaliku. Haha, mungkin orang akan berasa hairan, apasal aku nak lari dari ustaz lak?? Apa yang nak ditakutkan? Kalau orang lain, diorang sengaja cari ustaz ustazah.
Tidak mengapala bagi orang lain nak fikir apa pun. Tp aku punya alasanku tersendiri. Mungkin ada yang akan gelak bila aku katakan sebabnya nanti, tapi padaku tidak. Ianya merupakan satu perkara yang besar. Nak tahu sebab apa?? Sebabnya adalah tudung yang aku pakai. Bagi sesiapa yang mengenali sekolah Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu, tahulah mereka bagaimana pakaian yang selalu dipakai oleh pelajarnya , iaitu tudung bulat bersama baju kurung @ jubah. Jadi, apa kaitannya dengan tudung yang aku pakai?? Aku pakai tudung bawal ke? Oh tidak..tudung itu, tidak ku pakai. Yang ku pakai sekarang adalah tudung tiga segi berbidang besar sedikit.
Tudung
Teringat satu ketika mana aku hadiri jamuan hari raya. Waktu itu, adalah beberapa orang yang datang awal. Tiba2, terjadilah perbincangan mengenai isu tudung. Nak dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah ( lelaki ) tanya aku dan 2, 3 orang kawan aku ( perempuan ), “Eh nk tanya, kenapa la orang perempuan ni susah sangat nak pakai tudung labuh??”
Amboi soalan… straight to the point.. Punyala terkejut kitorang dengar soalan tu. Mujurla waktu tu kami pakai pakaian yang mengikuti syarat. Dan dia tidaklah nak tujukan soalan tu kepada kitorang. Cuma mahu mencari sebab sahaja. Mula2 kami agak terkedu seketika sebelum jawab soalan itu. Xtau nak cakap macam mana. Lepas itu kami pun jawab, sebenarnya benda ni depends on every individual. Xreti nak ulas panjang2, tapi setiap orang tu berbeza.
Manusia ni macam2. Kita x boleh nak expect orang ni macam ni, orang tu macam tu. Bukanlah niat diri ini nak memihak kepada pihak yang tidak bertudung labuh, tapi sedang
Aku yakin, ramai perempuan juga nakkan yang terbaik buat diri mereka, tapi belum tiba masanya lagi. Dan mereka amat perlukan seseorang yang dapat membimbing mereka. Buat pengetahuan lelaki2 semua, perempuan ni amat sensitif. (Ayat ni juga kami dah pesan kat budak lelaki td). Sekali orang lelaki tegur, sampai bila2 dy akan ingat dan berasa malu. Bila dy rasa malu, dy xkan berubah. Makinlah dy nak buat. Kalau kawan perempuan sendiri tegur pun xmenjadi. Kadang2 aku sendiri pun xfaham ngan perangai perempuan ni. Lelaki boleh nak tegur, tp dengan cara elok lah. Bukan straight 2 da point. Sebagai contoh, jika si A ada yang tak kena dengan perangai @ pemakaiannya, lelaki boleh tegur si A melalui kawan si A. ( ada org tghla ). Cara ni, perempuan boleh terima teguran lelaki. Dan ada bermacam2 lagi cara, jadi bergantung pada setiap orang nak fikir dan guna.
p/s: Maafla tetiba rasa nak pos pasal ni
