Monday, September 27, 2010

Antara .....??

Dia datang serentak...xtahu nk pilih yang mana..walaupun hati ini berat pada yg itu......boleh dikatakan semua yang harus dibuat,telah dilaksanakan...skarang tinggal tawakkal..huh...apepun, harus diingatkan, selagi belum ada apa2 ikatan yang sah, hati ni jangan berat kat mana2..sbb kita xtahu lagi jodoh kita ngan sapa..Rezeki, ajal maut, jodoh dan lain2 semua Allah dah tetapkan..jadi bersabarlah duhai hati...tenangkan fikiran..jangan fikir sangat, nanti kita juga yg terseksa..

Cuma ingt 1 je pesan ustz, cari 1 waktu, yang penting kamu kena tenang..dan tanya hati kamu, kamu mahu yang mana..dan hatimu akan menjawab, dan itulah jawapannya..yang penting waktu itu hati kena tenang, jangan berat kat sapa2...sebab dalam Quran Allah berfirman, "ma kazabal fuadu illa man ro'a"..maksud dy..." tidak akan berdusta hati itu, kecuali apa yang dia nampak"

jadi, bersabarlah banyak2...

kata2 bawah ni, copy drpd kak wawa,

Cukuplh skdr mncuri pndang dr sipi. memerhatikn tingkh & gerak geri. mata jgn smpai b'tentang.. istighfar jd pndinding diri. bahagiakn, rasa tenang & b'bunga dihati. nnti t'senyum sndiri :) xmampu & xberhak memiliki, ckuplh kalaupn hanya kesempatan utk memandang & menolehnya lg..

Sgt sakit memendam rasa. lelah. tp xpa, pcaya sgala psti ada hikmahnya. p'temuan, p'kenaln & sbgainya. p'lahan2,blajar utk menerima kenyataan. pcaya pd takdir & ketentuan. yakin janji Allah itu b'sifat pasti. Allah dh aturkn & menulis ketetapn. payah utk melupakn, sedikit mengambil masa apatah lg bl dia b'ada di depan mata. doa byk3.. mmg utk melupakn x semudah saat & ketikanya Allah m'anugerahkn perasaan suka dlm hati kita. bl b'depan, rasa nk dipejamkn mata. tp xpa.. kena pndai2 mnjaga. insyaAllah :)

x salah menyimpul impian & cita2. pd akk, xda angan2 xda kenyataan. krn angan2lh kita b'usaha utk mncipta kenyataan. xckup dgn hanya b'serah. Allah menilai usaha & memandang ikhtiar kita. jgn putus pd doa & hrp. b'usaha utk jd sepertinya. p'baiki diri utk duduk sama rndah & b'diri sama tggi. insyaAllah.. klu si soleh yg dihati, b'usahalh utk mnjadi si solehah yg dirindui. insyaAllah.. pcaya pd ketentuanNYA. hati dia milik Allah, mhonlh hatinya drpd Allah. insyaAllah.. klu sgguh itulh tkdirnya, masanya akn tiba bilamana Allah akn meletakkn hatinya & hati kita diatas garisn yg sama. doa byk3.. Allah xjemu mndengar doa & rintihan hamba :)



Monday, September 20, 2010

Midterm yang umph!

21hb: midterm oop


24hb:



8.30am : midterm ungs


10.00am: midterm sad


3.00pm : lab tutor sad+on da spot assignment


5.00pm: midterm calc


fuh, mmg mncabar!!!

Thursday, September 9, 2010

Hasil sentuhan tanganku~


Balik raya ni, aku plan awal2 nk wat kuih raye, wlupun dah ade kuih raye cap tunjuk.hahaha
so, 2, 3 hari lepas aku buatla satu jenis(tp disebabkan rasa malas melanda diri, so 1 jenis la..yelah, nk pk sal xam lagi huhu)..so, aku buat je la cornflakes madu. kalo taun2 lps, ade gak 2,3 jenis plus kek.tp kali ni, mala.har3Adikku lak, balqis, buat biskut cornflakes + kek batik.huhu, ini lah hasil kerja tanganku.


bkn byk ni je k, adalah lg lam bekas..1st time wat ni, mnjadi..huhu chedap!! rangup!

rupenye senang je nak buat dy, iaitu campur mentega, madu dan gula, then masak sampai cair.then gaul ngan cornflakes dan susun dalam kertas kecik2 tu.kalo nk bg dy keras n bercantum, letak lam oven. siap!

utk hr ni lak, aku wat puding koktel, tapi kastard dy xkeras sgt, hopefully sedap la mcm yg dah biase aku wat tuh~huhu

wlupun huduh sket ghopenye dr pndgn atas, tp at least mnjadila..heheh..act kalo tgk kt pndgn tepi lagi lawa sbnrnya sbb dy 3 lapis.tp disebabkan rumah aku xde bekas kaca lutsinar, so xleh amik gambor lew..
kalo n k tau, lapisan kat bawah sekali ade jelly + buah koktel yg mcm2 jenis.Lapisan kedua lak ada kastard+susu cair+air koktel. Dan lapisan atas sekali lak ada jelly dan letak la buah pape pun..Aku letak laici je..kalo letak buah kiwi, lg lawa kn?huhu, try la buat..sedap, confirm!

Wednesday, September 1, 2010

wanita~

Wanita ibarat epal, jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…
doa la byk2...
Allah xkn mempersiakn ketabahn hti seorg hambanye...

Tuesday, August 31, 2010

Ujian Di Bulan Yang Mulia-Ramadhan

Assalamulaikum semua. Lama benar kan aku x update blog ni?xpelah, kali ni aku update yek..
Hrmm, nk luahkan bnda...i need n want to post it here..supaya tenang sket ati ni..hrmm, tika ni 21 Ramadhan.Sudah masuk 10 mlm terakhir..Jom buat qiam tiap2 hari, moga kite dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar..Alhamdulillah, setakat ini, aku dapat menjalaninya dengan baik. Namun bagiku, bulan inilah yang aku rasa satu persatu ujian datang tanpa henti kepadaku. Dalam waktu yang singkat, macam2 hal dah terjadi. Ya Allah, moga aku masih tabah dan sabar menghadapi ujian-Mu...Aku tahu dan yakin yang Engkau sayang kepadaku, sebab tu Engkau perhatikan dan berikan ujian kepadaku.. Huhu..
MyEm0.Com

Memang macam2 benda yang datang kot, xkira dari masalah berkaitan ngan pelajaran, peribadi, keluarga n so on..Segalanya berlaku ngan pantas. Bila je selesai satu masalah, kes len pulak yang timbul. Tapi xpe, aku tetap bersyukur sebab aku diberi peluang untuk menimba pengalaman dari benda2 tersebut. At least ia membuatku berfikir dan mengambil iktibar.Dan apa yang dah berlaku tu, biarkanlah ia berlalu. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Sekarang ni, fokus kat masa depan. Aku harap kalian juga tabah hadapi ujian yang datang. Think positive. Semoga kita semua diberi hidayat dan petunjuk yang benar. Ya Allah, kasihanilah hamba2 mu...ameen...ok lah, skang ni aku nak kongsi yang aku amik dari iluvislam. jom hayatinya sama2.:)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik... untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah... !
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111)


Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta? (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.
from:iluvislam.com

Monday, June 28, 2010

Perasaan bercampur aduk

MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.ComMyEm0.Com MyEm0.Com

maafla kawan, nk release tension jap. hehe~:)


Friday, June 4, 2010

Rasukan tanpa Henti – Part 2

Ok, seperti yang dijanjikan, kali ni aku akan sambung cerita yang part 2 hari tu. Maafla, lambat sikit update, sebab sibuk. Hehe…

Ok, waktu malam hari pertama tu, pada jam 5 pagi barulah keadaan mulai tenang. Aku sempat lihat bagaimana ustaz hendak keluarkan ‘benda’ itu daripada badan adik yang aku pegang tu. Amatlah payah sekali, sebab benda tu sangat2 degil. Tidak lama setelah tu, benda tu pun keluarlah setelah dia katakan, “ Kawan2, keluar!!!”. Kemudian, budak2 lain pun dah xkena dah, kecuali dalam badan ali (prmpuan )tadi. Dia ni pun susah jugak, sampai ustaz kata, “ni bawak sekampung ke apa?” Hahaha..

Bila keadaan reda, semua diarahkan untuk tidur. Aku lihat semua dalam keletihan, tapi alhamdulillah, keadaan tenang sekali. Namun aku dan beberapa kawan aku tak dapat lelapkan mata sangat, asyik terfikir2. Sampai esok paginya aku cakap kat kak hani, “ kak, boleh x kita stop setakat ni je? Rasa badan ni xberapa kuat nak teruskan”. Kak hani pun kata, “ Tak boleh, kita kena teruskan jugak. Kita x boleh tunjuk diri kita ni lemah “.

Dan aktiviti2 hari tu pun diteruskan juga, sempatla sampai ke ldk 3. Alhamdulillah, x ada apa2 yang berlaku sepanjang waktu tu. Namun, semua dalam keadaan bejaga2 dan buat tak tahu je. Lepas tu, lebih kurang pukul 5 petang, sesi explorace dirancang akan bermula. Aku, selaku ajk sport & rec bersama bairah, terus jalankan tanggungjawab kami dengan buat briefing pasal checkpoint kat adik2. Walaupun hati ni rasa xberasa sedap, aku cuba jugak untuk teruskan. Then, sejurus sahaja lepas aku cakap explorace akan bermula, tiba2…

“ Kak fasi, cepat! “ Dalam hati aku berkata, “apa pulak kali ni..” Aku pun ke belakang. Tengok2 adik yang namanya ira tu pun sudah terkena lagi sekali. Dia duduk di barisan sebelah kanan. Lepas tu, ali yang duduk sebelah barisan kiri pulak menjerit. Bila aku tanya kenapa, dia kata “Panas2!!” dan jerit lagi dengan kuat. Jadi, explorace hari tu pun tergendala. Dan seperti semalam, keadaan makin lama jadi makin teruk, sampai budak lelaki pun terkena. Ramai sekali yang bejangkit. Kami semua, fasi2, cikgu2, dan adik2 yang kuat semangatnya sedikit cuba tolong sedaya upaya. Dari seorang, ke seorang adik2 yang lain aku dan kawan2 pegang. Ada jugak sepasang adik-beradik yang terkena, sampaikan kena pisahkan diorang dari duduk dekat2, dengan tirai di surau.

Waktu2 diorang meracau, keadaan amat kalut sekali. Tak menang tangan kami dibuatnya. Dan, waktu tu, aku memilih untuk memegang seorang pelajar yang ditempatkan di bahagian surau lelaki setelah diarahkan ustazah. Ya Allah, amat kuat sekali badan dia. Walaupun kami sudah tahan dengan badan, tapi kadang2 terpelanting jugak kami dibuatnya. Kasihan sekali aku tengok budak ni. Sekejap ok, sekejap x. Aku dapat rasakan, yang budak ni mahu melawan ‘benda’ tu. Dia cuba sedaya upaya melawannya jugak. Sesekali dia ikut kami sebut Allahuakbar, ayat kursi, dan sesekali juga dia meronta, dan cakap dia panas. Waktu dia nampak dah ok sikit, aku cuba dekati kepala dia, aku ajar dia baca qursi kuat2, cakap kat dia, ‘adik, jangan takut. Ingat Allah lagi kuat.. Benda tu xada apa2. Kita boleh lawan dia. Ikut akak baca ayat qursi eh? ‘ Dia pun mengangguk dan ikut kami baca ayat qursi. Lepas tu tiba2, badan dia jadi kuat balik. Dia bangun terduduk, dan peluk kaki aku kuat2. Agak berdebar2 jugak aku time tu. Lepas tu dia kata, “ Kak, saya takut kak…Tolong saya” ..Sungguh kasihan sekali aku kat dia. Aku pun apa lagi, peluk la dia balik, dan cuba tenangkan dia. Bila je keadaan dia nampak macam dah ok, tiba2 dia ternampak kakak dia yang juga terkena meracau2. Hmm, dia pun lagilah menjerit. “Kak, kakak saya tu kak! Saya nak pergi kat dia..Kesian dia kak..” Lagi sekali dia kuatkan badan dan kami terus tahan dia, dan bawa dia jauh sikit supaya dia x nampak kakak dia ..Ya Allah,waktu tu AlLah je la tahu bagaimana keadaan kami..

Makin dekat maghrib, makin kuat rasukan2 tersebut. Tok imam yang datang, kelihatan sedang cuba sedaya upaya keluarkan ‘benda2’ tersebut. Mereka2 yang terkena tu siap begaduh lagi lelaki perempuan. Si perempuan berkata, “Lelaki jalang! Berambus kau dari sini”. Si lelaki pun balas balik dengan meraung.. Aduih..Dan ada jugak ketika dua2 orang peljar perempuan yang sampai bertumbuk…aduh, ganaz2.. nasib baik dapat dileraikan oleh tok imam dengan ‘mengunci’ diorang…

Lebih kurang jam 10.30 malam, benda tu semua berakhir.. Lama jugak tu, yelah dari pukul 5 petang lagi kan… Bila je pengetua tiba malam tu, dia pun beri kebenaran kat adik2 untuk pulang. Tapi kami fasi2 tidak pulanglah, sebab ada lagi adik2 yang akan pulang pada esok hari. Memandangkan ramai jugak yang tak balik lagi, kami pun terpaksalah fikir plan lain. Kak Dal ada bertanya, “ Esok macam mana kila, nak wat explorace jugak ke atau yang macam plan dulu? Barang2 explorace tadi punya xguna lagi”. Fikir punya fikir, kami pun rancangla nak buat explorace jugak. Harap2 sangat esoknya semua berjalan lancar.

Dan keesokaan harinya pun tiba. Alhamdulillah, explorace berjalan dengan lancar. X ada gangguan langsung. Budak2 pun nampak gembira.. Selesai saja explorace, mereka semua diarahkan ke kantin untuk sarapan.. Selang saja beberapa minit.... zup ‘benda2’ tu menyerang lagi..Fuh! skali lagi! Memang ‘mereka’ tak mahu mengalah ni nampaknya walaupun budak2 yang banyak kali terkena sudah balik. Budak2 lain pulak diserang ‘mereka’ lagi..

Jadi, buat kali terakhirnya untuk hari itu, kami bertarung sekali lagi.. Tengahari baru dia surut.. Walaupun keadaan fizikal kami semua sudah tidak berapa kuat, namun kami gagahkan juga.. Kelihatan ramai juga abang2 senior cuba menolong keluarkan ‘mereka’. Macam2 cara dibuat. Pagarla, tu lah ni lah… Adik2 tersebut juga cuba untuk tolong diri mereka sendiri. Suara mereka menyebut Allahuakbar diselangi sengan suara ‘mereka’ yang cuba melarang kami dari ajar adik2 tersebut.. Fuh, Allah sajalah yang tahu..

Dan akhirnya, ‘mereka’ semua mengalah waktu tengahari. Sempat juga aku berbual dengan salah sorang adik yang sudah sedar. Katanya, waktu dia xsedar, dia sempat berbual dengan ‘dia’.’Dia’ siap pesan lagi suh kosongkan kelas kat tingkat atas tu.. Amboi, sukati dia je.. Dan aku dapat tau yang rupanya ada satu kelas kat atas tu asalnya stor, then dijadikan kelas. Jadi, ‘diorang’ marahlah.. Lepas tu budak tu ada jugak cerita, sebelum benda tu masuk, benda tu duk main terbang pusing2 kat atas kepala dia. Bila dia rasa takut, benda tu terus saja masuk. Kesian sangat kat dia. Kami pun banyakla nasihat kat dia, sentuh pasal solat dia, penjagaan aurat dia dan macam2. Dia pun mengangguk2 dan kata akan cuba berubah sikit2..Alhamdulillah..

Dan kami semua pun pulang pada waktu petang setelah adik2 semua sudah pulang. Penat, tapi seronok juga sebab dapat pengalaman macam ni. Bila tiba saja di kampus, selepas seminggu baru keadaan kami semua betul2 ok. Bukanlah aku nak katakan yang kami semua juga terkena, tapi yelah nak normalkan balik keadaan kami tu, biasalah amik masa. Dalam seminggu tu, kami jadi sangat ‘alert’. Haha, bukan pe, dengar je jeritan sikit, kami terus berpaling cari arah suara.. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah, kami semua xada apa2. Ingatlah wahai teman2 seperjuanganku yang turut turun ke sekolah tu, pengalaman seperti ini susah nak jumpa, lagi2 bila ia berlaku berturut2. Dan bersyukurlah kita telah dipilih untuk pergi dan diuji, sebab Allah tahu kita semua mampu menghadapinya. ..Sekian sudah ceritaku, wassalam..

p/s: Cerita ni adalah versi dari apa yang aku nampak. Namun, mungkin dari fasi2 yang lain ceritanya lain sikit sebab itu yang mereka lihat dan rasa. Tapi jangan risau, temanya sama. Dan juga ku ingin meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa kat sini..Maklumlah, aku bukan seorang penulis. sekadar mahu berkongsi cerita :)


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .