Saturday, May 29, 2010

Rasukan Tanpa Henti- Part 1

Fuh, lama betul ku x update blog. Nak buat macam mana, masa tidak mengizinkan..Apapun, kali ni aku hendak cerita tentang pngalaman baruku yg takkan ku lupa sampai bila2. Sengaja aku nak post kat sini, supaya dapat dijadikan iktibar buat semua dan juga untukku baca balik bila2 aku lapang. Sebenarnya cerita yang aku nak cerita ni, berlaku masa 7, 8 & 9 Mei lalu. Cuma hari ni baru aku berkesempatan untuk cerita mengenainya. Hmm, apa yang menariknya? Cepatlah cerita wahai pemilik blog...

Ok2, sabar.. Hehe.. Al-kisahnya begini. Pada minggu tersebut, grup aku di bawah kelab INSPIRE telah diberi tugas untuk turun sekolah sebagai fasi dengan mengadakan satu program untuk pelajar2 islam di SMK Miharja, Cheras. Jadi, lebih kurang pukul 3 petang, 7 Mei bersamaan hari Jumaat, pasukan kami pun bertolak la ke sana.. Jumlah fasi semua ada lebih kurang dalam 16 org, tidak termasuk trainer & observer iaitu kak dal, kak hani, kak ros, che su, a.zizan, dan a.farhan.

Sampai saja di sana, kami pun memulakan program dengan beramah mesra dengan adik-adik. dan program itu diteruskan dengan sesi solat jemaah, makan dan juga LDK 1 pada waktu malam. Tibanya tengah malam, adik-adik tersebut dibenarkan untuk tidur. Dan kami pun terus mengadakan postmoterm kami. Tiba-tiba dekat pukul 1 lebih pagi....

"Kak2, cepat! Ada kawan saya menangis", kata seorang pelajar. Mulanya kami ingatkan benda biasa, mungkin adik yg mnangis tu xbiasa berjauhan dengan mak ayah. Jadi, adalah sorang fasi lihat keaadaan adik tersebut. Dan aku pula, terus ke bilik air bersihkan diri setelah selesai postmoterm. Selesai sahaja, aku terus keluar dari bilik air dan lihat ramai pelajar dan fasi berrkumpul di bilik yg ditempatkan untuk kami (surau).Dan, mulalah terdengar laungan, pekikan, tangisan dari beberapa orang pelajar. Aku yang pada mulanya agak panik dengan 'kejutan' tersebut, tiba-tiba dipanggil oleh seorg rakan fasi untuk pegang ibu jari kaki sorang budak ni. Ramai sekali orang pegang dia, tapi biasalah, 'dia' jadi kuat. Budak2 lain yang terkena pun sama. Kemudian, kedengaran lagi jeritan dari budak ni nak lepaskan diri. Mulanya kami agak panik, dan hanya mampu berzikir dan baca ayat kursi. Manakala pelajar2 yang lain, membaca surah yasin.

Lepas tu, makin ramai pula bilangan pelajar yang berjangkit. Pada masa itu, barulah aku sedar yang aku ni berada di tahap mana dan rasa sangat tidak kuat. Oleh sebab itu, aku memilih untuk tidak memegang dan memandang budak ini, dan terus keluar membaca surah yasin. Selesai saja membacanya, aku dapat rasakan yang diri ini sudah bertambah lega dan kuat sedikit. Pekikan2 tersebut masih juga tidak behenti. Sambil menunggu ketibaan ustaz, kami hanya mampu membaca ayat2 suci dan memegang adik2 tersebut.

Kemudian, aku mendekati seorang pelajar yang sedang menangis. Ramai dari kawannya yang sedang menenangkannya. Aku pun cuba sedaya aku untuk mententeramkan adik tersebut. Sekejap dia ok, sekejap x ok. Dia terus menangis sebab kasihankan kawannya dan tidak mahu membuka mata. Kami ajarnya berzikir dan bnda2 yang sewaktu dengannya. Tapi still jd benda sama, cuma yang untungnya dia tak kena rasukan lagi.

Lepas tu, mak guard pun datang juga kat budak tu setelah dia sudah lihat adik2 yang lain. Aku lihat mak guard itu memeluknya, dan cuba tenteramkannya dengan beri minum air yasin. Adik itu pun terus cakap yang dia kasihankan kawannya. MAk gad cakap sabar2, bawak banyak mengucap. (untuk pengetahuan, mak gad ini kuat juga, dia pandai 'scan' org2 yg terkena dan tolong juga sikit2 semua budak yang terkena sambil cakap2). Then, mak gad tanya adik itu, nama dia siapa. Adik tu pun jawab,"ira" . Memang betul pun nama dia tu. Then xlama tu, mak gad tanya lagi, "nama kau siapa?"..Adik itu menjawab "tak tahu". MAk gad: "Kau tinggal kat mana?"..ira: "tak tahu, aku tak ingat".. Mak gad pun ckp, "tak ingat yer, cepat korang pegang budak ni".
Aku pun, adala terkejut jugak sebab dia xingat nama dia. Untuk pengetahuan, jika diorang tak ingat, maksudnya dia sudah terkena lah tu. Berdebar jugak hati ni, tapi aku cuba gagahkan dan yakinkan diri yang aku hanya takutkan Allah.

Waktu itu, aku pegang ibu jari belah tangan kanan dia. Dan yang lain di tempat lain. Mak gad di kepala. Sambil baca ayat qursi, aku dengar perbualan di antara 'adik itu' dengan mak gad..Maka, terjadilah perbualan antara 'mereka':

>> " Kenapa kau tinggal kawan kau ali (azlin)?", mak gad tanya
>> "aku tak tahu..aku kasihankan dia... aku nampak dia tiba2 jatuh dan pengsan, kemudian aku larilah", jawab 'ira'
>> " Dah, sudah! ko tinggalkan badan dia sekarang"
>> " Tak nak, aku nak budak ni jugak. dah aku tak dapat ali, aku amik budak ni lah"
( ali time tu ada di blkg berdekatan dengan budak ni juga sedang dipegang oleh fasi2 yang lain )
>> " Kenapa ko nak dia?"
>> " Sukati aku lah, dah sapa suruh ali senyum aku? Dia intai aku kat tingkap, dan senyum kat aku. Jadi, aku ingat dia nak kawan dengan aku lah "
>> " Kau xpayah nak perasan. Dia xnak pun kawan ngan kau"
>> "Aku xkira, aku nak jugak ambil ali. Aku nak kawan dengan dia. ALIIIII!!!!"
tiba2 nampak ali kat belakang cuba menggagahkan diri mendekati ira, tapi ditahan oleh fasi yang lain. Aku pun masih dengan kebisuanku, tapi tetap teruskan pembacaan ayat2 suci.
>> "dah, sudah! Ni aku nak tanya, rumah ko kat mana?"
'Dia' pun mnggerakkan tangan kanan dia yang aku pegang ni. Sangat gagah sekali dia angkat, walaupun aku dah cuba menahan. Ingatkan sebab apa dia nak angkat, rupanya dia nk tunjukkan 'rumah' dia tu. Aku dapat tahu setelah dia kata"Aku nk tunjuk tempat tinggal aku lah".hoho..rumah dia kat blkg bgunan sekolah, atas pokok. Fuh!

Mak gad tanya lagi >> " Ko ni agama apa ni?Ko laki ke pmpuan?"
'Dia' pun jawab >>" Pmpuan! Hahaha, bodohla ko ni. Dah aku macam ni, mestilah kafir, bodoh! nih, korang duk baca apa tu, lailahaillallah2..ape tu?x jadi apa2 la kat aku..ni, air ape ko bg kt aku ni? x berkesan la.. Aku xmau keluar jugak. "
Mak gad >>" Kalo xjadia apa2, apsal xminum air ni? Minumlah, apsal ko tolak??"
'Dia' >> "Hahaha,aku selesa kot duk kat dalam budak ni.. weh, korang tak kesian ke kt budak ni? Dia lemah tau x, korang duk pegang2, pcit2 jari.. korang pergilah baca doa, solat, mintak tolong ngan tuhan ko pasal bnda ni. Tp aku still xmau benti jugak! aku nak pnggil kawan aku ramai2. KAWAN2!!!"
tup, dengan pantas kawan aku tutup mulut dia setelah mak gad terpaksa pergi kat budak lain. Barulah aku tahu time tu, rupanya 'dia' yang berada dalam badan budak ni adalah si ketua! fuh!!

Kami teruskan pembacan, manakala 'dia' pula terukan percakapannya tanpa henti. Hajar pula (kawan) pegang kepalanya, dan dengar dia ckp kt bnda tu >> "ko ni bisinglah, duk senyap xbleh ke?"
>> " wei. ko nak tau x? kalo aku senyap, atau tdur, budak ni xkan sedar taw. aku akn bawak dia pergi. haha, selesa aku duk dalam badan budak ni. tu la korang, aku da lama bagi amaran, tapi korang masih nk teruskan. tengoklah ape jadi sekarang. hahahaha."
aku pun time tu mula berani nak cuba bercakap2 dengan dia. yang banyak lawan ckp dia, aku nga hajar. fizah ada jugak jerkah dia sket2. Wawa pun ada skali pegang dia. hmm, ada jugak dia ckp kt salah sorang dari kami, " ko takut, tapi still nak pegang ngan aku". Fuh, dia tahu kot sapa kuat, sapa lemah!
lagi katanya >> " yg korang kacau tmpt aku ni knp? budak ni xnak dtg pon kat cni. ustzah yg bodoh tu la yg paksa budak ni dtg. ko tgk, ape dah jadi skang? mana ustzah yg bodoh tu? Aku nk tengok dia".
hajar >> "ko ni perasan la, ni bkn tempat ko"
'Dia' >> " Ni tempat akulah. Aku bagi pnjam siang je, knp ko kacau jugak waktu malam?"
Aku >> " Kitorang cuma guna tempat ni untuk tiga hari je. Kejap je. Lagipun, mana ada kitorg kacau kau. Kitorg wat hal sndiri"
'Dia' >> " Aku xkira! ni tempat aku jugak! aku dah lama bg amaran,tmpt ni keras! tapi korg masih teruskan.."
Hajar >> " eeh, ko ni perasanla! tengok, pandai pulak ko ckp bahasa melayu yer.."
'Dia' >> " Ala, selama ni aku xboleh nk bercakap. skati aku la.. Time aku masuk badan orang ni lah aku bleh cakap. "
Aku >> "Tengok, ko pndai pulak guna bahasa kitorang. kalo ko bleh pnjam bahasa kitorg, xkan kitorg xleh pnjm tempat ni untuk 3 hari je?"
'Dia' >> " Xkira, xboleh jugak. aku bagi pinjam siang je. hmmm, korang nak tahu x kenapa Allah ciptakan aku? Allah ciptakan aku, sebab untuk aku sesatkan manusia! supaya umat Islam ikut aku masuk neraka!"
Kami pun tergamam sekejap. Jadi, sedarlah wahai kalian memang benar katanya itu. Benar seperti yang telah disebutkan dalam Al-Quran. Huh...
Dia teruskan lagi >> " Korang nama je Islam. Tapi, sembahyang entah apa2. Tengoklah, berapa kerat je yang sembahyang.. hahaha, nama je Islam! Korang dah lama menguji kesabaranku. darah merata-rata kat dalam tandas. "
Lagi sekali kitorg tergamam. terfikir sejenak, mengenangkan dosa2 kita... tengok, dalam diam 'mereka' perhatikan kita. so kawan2, renung2kanlah..

Ketika pelajar2 lain meraung2, dia teruskan lagi prckapan, asyik ckp, "aku nk ira"...bila time aku balas kt dia balik, dia ckp, "ko lah ikut aku". Then aku balas balik, " watpe? bukannya best pon..xmau lah".. Dia balas lagi, "ikut aku best.." ceh, skati dy je.. then dy ckp lg org tu bodohla, ni la macam2.. dan aku banyak juga lawan dy balik. Ada jugak time salah sorg fasi lelaki jerkah kat bdak lain yg terkena, dia ni pun gelak. Dia ckp, " eh, knp abang tu menjerit ah?? haha, tengokla manusia, x sabar! "
Hmmm...nmpk x kt cni, dy ckp mnusia cpt x sabar. Dia pun pe lg, suka lah. LAgi2 kalau kita cpt marah. Lagi dia suka. Kan marah itu api.

Yang pentingnya kat sini, ada satu part yang aku xkan lupa. Aku akan ingat sampai bila2. Nak tergelak pun ada jugak. Rasanya time tu dia dah geram sanagt kot aku asyik lawan2 dia. Dia pun apa lagi, ugut aku lah. Katanya., "Kang aku masuk badan ko kang". Terkejut gak aku. Hajar pun sambung bagi pihak aku, " masuklah kalo berani". Aku pun, tmbh lg snyap bila hajar cakap camtu. Dia pun smbung lagi, " Nasib baik tudung LABUH" . Fuh, lg tergaman + nak tergelak aku dibuatnya... Kt sini pon, buat aku terfikir, sbnrnya benda ni tengok kat hati kita ke pemakaian kita? Hmm, rasanya dua2 kot..haha..lagi satu, time kitorg suruh dy pergi kt ustzah yg tudung labuh tu, dia ada kata gak, " ustazah tu terlalu kuat untuk aku" .. Hmmmm...berfikir sejenak..

Ok lah, sampai di sini saja dulu aku bercerita. Lain kali aku sambung lagi, sebab ceritanya belum habis. Ku kira pada mulanya ia hanya setakat hari tu saja, tapi rupanya tidak. Ianya berlanjutan selama tiga hari tanpa henti. Hari pertama ni pun berakhir pada pukul 5 pagi. Jadi, korang nantikanlah ceritaku yer untuk sambungan..:) salam~:)

 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .