Tuesday, November 30, 2010

Tagged

Skang ni nak jwb tag =)

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more." (amboi2...)

Ok lah, ni jawapannya:

1. Physically rendah jer tuan dy..huhu

2. Hidup nomad haha (k.bharu > p.jaya > kuching > j.bahru > kulai > pulai chondong > tanah merah )

3. Sek menengah setahun kat Maahad Pengajian Islam, n the rest kat Maahad Muhammadi Lilbanat

4. Kadang2 garang gak..

5. Skang kat UIA, amik ICT..pastu join group Inspire, Batch 10

6. x suka benda lasak

7. Anak sulung dr 4 beradik

8. Suke mkn tomyam n kuey teow

9. Suka mengamati perkara yang sedang berlaku dalam hidup sendiri, rakan2, family dll..Sedang belajar dari kesilapan dan pengalaman yang lalu

10. Bukan seorang yang senang menerima lelaki, tapi kalau terima tu kire...ahaha..tp better xyah dtg dekat la

11. Suka duduk berbual dengan rakan2 (perempuan la)

12. InsyaAllah seorang pendengar yang baik kepada masalah kawan-kawan, tapi prefer duk kat bilik sendiri lagi. xsuke berjalan kat bilik orang lain..hehe

13. Ramai panggil kak. Sebabnya berkawan ngan adik2..haha, dah sekelas, nk wat cmne..mjoroty of my friends lg muda kot.

14. Lahir pada 13 Mei 1989, ada mix Pakistan,tp xla ketara sgt

15. Bercita2 untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi

16. For my future..saya mahukan seorang yang mempunyai asas agama supaya dapat jadi imam saya, menerima saya seadanya, sangat memahami, setia, have good leadership in himself, dan menegur saya jika saya buat salah..etc

17. Actually bab2 academic ni, lebih suke menghafal dalam bahasa arab brbnding mmbaca dlm bahasa melayu n inggeris.

18. Not a shopaholic or materialistic girl insyaAllah

19. Xsuke sangat nak berkejasama ngan laki time buat kerja @ pape hal...byk nk kena jaga. susah

20. Suke kumpul video, tapi tak tengok pun. haha..Musik pun sangat jarang dengar

21. Sesiapa yang tengok saya buat pertama kali, mesti takut nak dekat atau tegur saya. Sebabnya mereka gerun tengok anak mata saya yang tajam. Nampak garang kata mereka. Haih kawan, nak buat camna, dah semulajadi kot..tak leh nak ubah..tapi alhamdulillah, lepas dorang kenal, boleh kata suka dan senanglah berkawan dengan saya :)

22. Teringin nak kahwin awal. Hehe..Boleh x? Senang sikit. Kurang sikit masalah hati. xpe, ade jodoh tu, sampailah..

23. Adik lelaki bawah saya pun belajar kat UIA gak, amik engine.Nama dy Farhan Syah. Tapi nanti akan gard sama2.

24. Skill memasak lak, baru je pandai sikit..Yang sup2 boleh la..Yang lain dalam proses belajar

25. Akhir kata, Mahu kawan supaya jadi cermin kepada diri saya. Jika saya buat salah, tegur saja, tapi cara elok la. InsyaAllah saya boleh terima. MArilah kita kejar redha Allah. buat apa2, kena ingat Allah.

Mangsa TAG:

-> Sumaiyah (orang yg tag sy)
-> Suhaila
-> Atikah Asmuni
-> Ummu
-> Awatif
-> K.wawa
-> Sabiela
-> Afiqah
-> Aqil
->Ammar

Fakta Mengenai Lelaki dan sedikit ttg wanita- oleh HM TUAH

Syukurlah walau siapa dan apapun Dia jadikan kita... lelaki atau perempuan.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. yang penting pandai menggunakan kelebihan dan kekurangan tersebut demi untuk kepentingan bersama.... Bukan untuk diri sendiri sahaja... kerana kita hidup bukan bersendirian...



Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr. HM Tuah

sekadar renungan bersama... semoga saling memahami antara satu sama lain..

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: - 1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran 3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun 4) Lelaki yang tenang dan lapang dada 5) Lelaki yang baik sangka 6) Lelaki yang tak pernah putus asa 7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.Perempuan yang gagah,adalah: - 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL

-copied from http://senyumsmile91.blogspot.com/

Tuesday, November 9, 2010

SAD

SAD tu apa? sedih ke? xah. SAD tu stands 4 System Analysis & Design,
iaitu salah satu subjek yang aku amik sem ni. Tp al-kisahnya, banyak plak crita sad yang relate ngan subjek ni kat aku. So SAD. huu.. xtau la nape. nak kata subjek xbez, bez je aku blaja. enjoyla, dy ada baca, mengira, melukis, wat website la, macam2. Tapi CAM aku sket je, sbbnye ade je bnda jadi time xam ni.

1. Mid-term 1st, hari jumaat, bulan puase: sejam ke 2 jam tah before exam, aku dapat mesej dr ibu saudara, mengatakan yang kazen aku, Jabbar tenat. Agak tekejut jugak dengar.
Dia ni dah lama skait, kena kanser tulang, baru je 19 tahun.
Setengah jam lepas tu, dpat mesej yang arwah dah meninggal.
Walaupun kazen je, tp rasa 'something' bila dah tau dy dah pergi tu. Sangat tekejut, xterkata. Macam2 rasa ada. Sebab time cuti, sempat la ziarah arwah n
berbual dengan dy. Tak sangka sebegini awal dia
pergi... Jadi, jawab exam pun dalam mood tekejut gak.
Tu yang kuar paling awal tu, sebab lepas tu rush nak balik kampung.
So, result pun xberpa elok la...xpela, nk wat cane...So SAD..

2. Hari yang sama jugak, sepatutnya petang tu aku kena masuk tutorial lab SAD,
dan kitorang kena wat assignment untuk dihantar on da spot. Tapi sebab balik
kampung kan, so xleh nak attend. Lepas tu, kawan aku tolong gitau kat madam
tutor. Dan madam tu sndri terus tkejut dengar kisah aku, n terus pesan kat
kawan, supaya pesan kat aku, nnati mintak kebenaran kat madam
sebenar(kelas), supaya aku bleh wat replacement. So, legalah
dengar..tapi...Bila balik sini, unfortunately madam x bagi..isk3..
walaupun da bagi alasan kematian, madam tetap xbagi, dy cakap, once u
did not attend, u'll get zero..in wat eva reason..huwaa..sedihnye rase time tu..
ilang banyak markah..tapi pk balik, xpela, nk wat cane, xde rezki, Allah
nak uji ler tu..sabarla, bulan pose kan...huhu..so SAD..

3. Mid-term2 : nasib bek tang ni xde pape..smooth je jwb.Markah pun tinggi la sket
dr yang sebelum, kna topup kat aku..huhu.Tapi xdela tinggi mana, sbb ade tmpt
jwb tu careless.Not SAD..

4. Report untuk projek 1 : Sorry to say, but grup kitorang dpt 0 over 5. Sedih gak,
sbb yang len ade gak markah, at last 1 ke. 2 ke..kn..salah kitorang gak, sbb xconsult
madam, tgk ok ke tak..gpun xsempat, xcukup masa..Then madam suh kitorang
wat skali lagi..So time tu, kitorang tukar la tajuk projek kitorang, senang sket. Consult
punya consult, baru bleh anta, tapi markah still zero...Bukan sebab x ok,
mdm puas ati da pon, tp mdm x nk bagi jugak..nk wt cmne kn..
mmg hntr kali ke-2 pun, kira xleh dikira da...huu..effect lagi CAM
gue...Tapi kitorang topup la balik dengan 2nd report yg kena wat,
skali ngn prototype..Alhamdulillah, puas ati gak la dengan
yg second tu, sbb byk kali kitorang consult..ok la markah tu..
so xdelah SAD mane..

5. Final exam: Exam pukul 2.30, tp pg tu dpt msj dari mak, dy ckp adik 2nd msuk
hspital, n has to go appendix surgery..Hah?? bile mase lak dy sakit? Aku xtau pun..
Mak cakap byk hari da, sampai kena merangkak, xleh nak bangun..Tu yang
kena masuk spital tu..Haih, kesian gak kat dy...Pastu pk nyer pk,
nape mesti ada smtg happen time nk xam SAD?nape SAD? haih....so SAD la..
Tapi xpe, papepun perjuangan harus diteruskan..So, aku buang semua jauh2,
n jawab leklok exam tu.. Aku lupakan kejap sume.. Dan berharap
yang xde pape bnda buruk yang jadi..Alhmdulillah, puas ati gak la jawab,
ok la..Dan alhamdulillah, pmbedahan selamat dijalankan,
alhamdulillah xde pape...

Kalo ikutkan, memang SAD story lah kisah idupku ngn subjek SAD ni..Tapi xpe,
think positif.. Allah nk uji akuu ler tu, Dy bg hint yg ak jgn SAD2 sgt.. Allah kan
suka orang yang bersabar..Nanti InsyaAllah adalah tu ganjarannya...mane
tau kan walaupun sume2 bnda ni jadi, tgk2 last skali aku dapat SAD A ke, A- ke..huhu...ameen..! InsyaAllah..heheh~

ok lah, smbung study. Final exam lom abis. Wassalam ~:)

p/s: jangan salahkan subjek SAD, dy xsalah...hik2

Saturday, November 6, 2010

x tenang

apa hal ngan aku skang ni.....?? hati xtenang....astaghfirullah...g la main jauh2, jgn dtg dekat...letih da main bab ni...aduih...

Friday, November 5, 2010

Maaf

Tiada kata yang lain bleh ku ucap selain drpd maaf...walaupun kmu xmnta maaf dgn ku, xpelah..ku maafkan..hanya maaf sahaja bleh ku ucap wat mse kang....maaf...buat mse skrg shj, len kali ok je...

Seseorang kena tegur

Teringat time test tilawah minggu lepas. Time tu, aku kena test dgn examiner 1. Ustaz tu suara dy agak lantang sket gak la bbanding ngan yang lain. Mula2 aku pun dah kena tegur ngan ustaz sbb kertas utk sain tu dah keronyok sket. heheh..yela, sbb lama beratur kn, mne tak kronyok..malu giler aku...huhu....

Then, aku pun stat mengaji. Alhamdulillah, smooth je aku ngaji..:)..Sampai je kat2 separuh muka ku baca, ustaz pun suruh benti. Tiba2 nmpk mata dy pndg kat budak sebelah yang kena dengan examiner 2. Ustaz pun terus cakap kat budak tu, "ha ni awak, tudung tu..nmpk belakang...Apa ni pakai tudung singkat2..Pakai elok2 sket, tengok macam ustazah tu, cara pakai tudung yang betul".Kuat jugak suara ustaz tu. Separuh kelas tu bleh dgr..Dahla ramai yang tengah beratur.. Lps tu, semua mata pandang kat ustzah belah sana. Nmpk ustzah tu angguk2(menunjukkan yg dy stuju ngan kata2 ustaz). Yela, dah budak tu pakai selendang, warna putih lak tu..Kalo belit cara xbetul, mne x jadi singkatnye, kan...Tapi aku paham, mesti budak tu dah rasa malu gila.

Lepas tu, ustaz dy sendiri lak sambung(examiner 2)..Dy cakap, " cuba kita pk, apa tujuan kite bertudung..ada syarat2 dy kan..janagn la main tutup mcm tu je...pakai elok2, baru nmpk kite ni perempuan yang betul..." . Ustaz aku yg td pun smbung lg, "Ha, yang awak kt blkg tu pun sama, xmo pkai tudung dingkat camtu. Lain kali tukar la ye.."..Tup2 kitorang dpt ceramah free kat situ.. memang betol la kn pe dy ckp..xde slh pon kn..Walaupun aku xkena, tp at least ustaz ingatkan aku balik...

Hrmm, papepun, sama2 lah kita renungkan balik..Sekian. :)
 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .