Monday, June 28, 2010

Perasaan bercampur aduk

MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.ComMyEm0.Com MyEm0.Com

maafla kawan, nk release tension jap. hehe~:)


Friday, June 4, 2010

Rasukan tanpa Henti – Part 2

Ok, seperti yang dijanjikan, kali ni aku akan sambung cerita yang part 2 hari tu. Maafla, lambat sikit update, sebab sibuk. Hehe…

Ok, waktu malam hari pertama tu, pada jam 5 pagi barulah keadaan mulai tenang. Aku sempat lihat bagaimana ustaz hendak keluarkan ‘benda’ itu daripada badan adik yang aku pegang tu. Amatlah payah sekali, sebab benda tu sangat2 degil. Tidak lama setelah tu, benda tu pun keluarlah setelah dia katakan, “ Kawan2, keluar!!!”. Kemudian, budak2 lain pun dah xkena dah, kecuali dalam badan ali (prmpuan )tadi. Dia ni pun susah jugak, sampai ustaz kata, “ni bawak sekampung ke apa?” Hahaha..

Bila keadaan reda, semua diarahkan untuk tidur. Aku lihat semua dalam keletihan, tapi alhamdulillah, keadaan tenang sekali. Namun aku dan beberapa kawan aku tak dapat lelapkan mata sangat, asyik terfikir2. Sampai esok paginya aku cakap kat kak hani, “ kak, boleh x kita stop setakat ni je? Rasa badan ni xberapa kuat nak teruskan”. Kak hani pun kata, “ Tak boleh, kita kena teruskan jugak. Kita x boleh tunjuk diri kita ni lemah “.

Dan aktiviti2 hari tu pun diteruskan juga, sempatla sampai ke ldk 3. Alhamdulillah, x ada apa2 yang berlaku sepanjang waktu tu. Namun, semua dalam keadaan bejaga2 dan buat tak tahu je. Lepas tu, lebih kurang pukul 5 petang, sesi explorace dirancang akan bermula. Aku, selaku ajk sport & rec bersama bairah, terus jalankan tanggungjawab kami dengan buat briefing pasal checkpoint kat adik2. Walaupun hati ni rasa xberasa sedap, aku cuba jugak untuk teruskan. Then, sejurus sahaja lepas aku cakap explorace akan bermula, tiba2…

“ Kak fasi, cepat! “ Dalam hati aku berkata, “apa pulak kali ni..” Aku pun ke belakang. Tengok2 adik yang namanya ira tu pun sudah terkena lagi sekali. Dia duduk di barisan sebelah kanan. Lepas tu, ali yang duduk sebelah barisan kiri pulak menjerit. Bila aku tanya kenapa, dia kata “Panas2!!” dan jerit lagi dengan kuat. Jadi, explorace hari tu pun tergendala. Dan seperti semalam, keadaan makin lama jadi makin teruk, sampai budak lelaki pun terkena. Ramai sekali yang bejangkit. Kami semua, fasi2, cikgu2, dan adik2 yang kuat semangatnya sedikit cuba tolong sedaya upaya. Dari seorang, ke seorang adik2 yang lain aku dan kawan2 pegang. Ada jugak sepasang adik-beradik yang terkena, sampaikan kena pisahkan diorang dari duduk dekat2, dengan tirai di surau.

Waktu2 diorang meracau, keadaan amat kalut sekali. Tak menang tangan kami dibuatnya. Dan, waktu tu, aku memilih untuk memegang seorang pelajar yang ditempatkan di bahagian surau lelaki setelah diarahkan ustazah. Ya Allah, amat kuat sekali badan dia. Walaupun kami sudah tahan dengan badan, tapi kadang2 terpelanting jugak kami dibuatnya. Kasihan sekali aku tengok budak ni. Sekejap ok, sekejap x. Aku dapat rasakan, yang budak ni mahu melawan ‘benda’ tu. Dia cuba sedaya upaya melawannya jugak. Sesekali dia ikut kami sebut Allahuakbar, ayat kursi, dan sesekali juga dia meronta, dan cakap dia panas. Waktu dia nampak dah ok sikit, aku cuba dekati kepala dia, aku ajar dia baca qursi kuat2, cakap kat dia, ‘adik, jangan takut. Ingat Allah lagi kuat.. Benda tu xada apa2. Kita boleh lawan dia. Ikut akak baca ayat qursi eh? ‘ Dia pun mengangguk dan ikut kami baca ayat qursi. Lepas tu tiba2, badan dia jadi kuat balik. Dia bangun terduduk, dan peluk kaki aku kuat2. Agak berdebar2 jugak aku time tu. Lepas tu dia kata, “ Kak, saya takut kak…Tolong saya” ..Sungguh kasihan sekali aku kat dia. Aku pun apa lagi, peluk la dia balik, dan cuba tenangkan dia. Bila je keadaan dia nampak macam dah ok, tiba2 dia ternampak kakak dia yang juga terkena meracau2. Hmm, dia pun lagilah menjerit. “Kak, kakak saya tu kak! Saya nak pergi kat dia..Kesian dia kak..” Lagi sekali dia kuatkan badan dan kami terus tahan dia, dan bawa dia jauh sikit supaya dia x nampak kakak dia ..Ya Allah,waktu tu AlLah je la tahu bagaimana keadaan kami..

Makin dekat maghrib, makin kuat rasukan2 tersebut. Tok imam yang datang, kelihatan sedang cuba sedaya upaya keluarkan ‘benda2’ tersebut. Mereka2 yang terkena tu siap begaduh lagi lelaki perempuan. Si perempuan berkata, “Lelaki jalang! Berambus kau dari sini”. Si lelaki pun balas balik dengan meraung.. Aduih..Dan ada jugak ketika dua2 orang peljar perempuan yang sampai bertumbuk…aduh, ganaz2.. nasib baik dapat dileraikan oleh tok imam dengan ‘mengunci’ diorang…

Lebih kurang jam 10.30 malam, benda tu semua berakhir.. Lama jugak tu, yelah dari pukul 5 petang lagi kan… Bila je pengetua tiba malam tu, dia pun beri kebenaran kat adik2 untuk pulang. Tapi kami fasi2 tidak pulanglah, sebab ada lagi adik2 yang akan pulang pada esok hari. Memandangkan ramai jugak yang tak balik lagi, kami pun terpaksalah fikir plan lain. Kak Dal ada bertanya, “ Esok macam mana kila, nak wat explorace jugak ke atau yang macam plan dulu? Barang2 explorace tadi punya xguna lagi”. Fikir punya fikir, kami pun rancangla nak buat explorace jugak. Harap2 sangat esoknya semua berjalan lancar.

Dan keesokaan harinya pun tiba. Alhamdulillah, explorace berjalan dengan lancar. X ada gangguan langsung. Budak2 pun nampak gembira.. Selesai saja explorace, mereka semua diarahkan ke kantin untuk sarapan.. Selang saja beberapa minit.... zup ‘benda2’ tu menyerang lagi..Fuh! skali lagi! Memang ‘mereka’ tak mahu mengalah ni nampaknya walaupun budak2 yang banyak kali terkena sudah balik. Budak2 lain pulak diserang ‘mereka’ lagi..

Jadi, buat kali terakhirnya untuk hari itu, kami bertarung sekali lagi.. Tengahari baru dia surut.. Walaupun keadaan fizikal kami semua sudah tidak berapa kuat, namun kami gagahkan juga.. Kelihatan ramai juga abang2 senior cuba menolong keluarkan ‘mereka’. Macam2 cara dibuat. Pagarla, tu lah ni lah… Adik2 tersebut juga cuba untuk tolong diri mereka sendiri. Suara mereka menyebut Allahuakbar diselangi sengan suara ‘mereka’ yang cuba melarang kami dari ajar adik2 tersebut.. Fuh, Allah sajalah yang tahu..

Dan akhirnya, ‘mereka’ semua mengalah waktu tengahari. Sempat juga aku berbual dengan salah sorang adik yang sudah sedar. Katanya, waktu dia xsedar, dia sempat berbual dengan ‘dia’.’Dia’ siap pesan lagi suh kosongkan kelas kat tingkat atas tu.. Amboi, sukati dia je.. Dan aku dapat tau yang rupanya ada satu kelas kat atas tu asalnya stor, then dijadikan kelas. Jadi, ‘diorang’ marahlah.. Lepas tu budak tu ada jugak cerita, sebelum benda tu masuk, benda tu duk main terbang pusing2 kat atas kepala dia. Bila dia rasa takut, benda tu terus saja masuk. Kesian sangat kat dia. Kami pun banyakla nasihat kat dia, sentuh pasal solat dia, penjagaan aurat dia dan macam2. Dia pun mengangguk2 dan kata akan cuba berubah sikit2..Alhamdulillah..

Dan kami semua pun pulang pada waktu petang setelah adik2 semua sudah pulang. Penat, tapi seronok juga sebab dapat pengalaman macam ni. Bila tiba saja di kampus, selepas seminggu baru keadaan kami semua betul2 ok. Bukanlah aku nak katakan yang kami semua juga terkena, tapi yelah nak normalkan balik keadaan kami tu, biasalah amik masa. Dalam seminggu tu, kami jadi sangat ‘alert’. Haha, bukan pe, dengar je jeritan sikit, kami terus berpaling cari arah suara.. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah, kami semua xada apa2. Ingatlah wahai teman2 seperjuanganku yang turut turun ke sekolah tu, pengalaman seperti ini susah nak jumpa, lagi2 bila ia berlaku berturut2. Dan bersyukurlah kita telah dipilih untuk pergi dan diuji, sebab Allah tahu kita semua mampu menghadapinya. ..Sekian sudah ceritaku, wassalam..

p/s: Cerita ni adalah versi dari apa yang aku nampak. Namun, mungkin dari fasi2 yang lain ceritanya lain sikit sebab itu yang mereka lihat dan rasa. Tapi jangan risau, temanya sama. Dan juga ku ingin meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa kat sini..Maklumlah, aku bukan seorang penulis. sekadar mahu berkongsi cerita :)


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .