Monday, May 16, 2011

Hidup bukan senang

Hrmm, susah sebenarnya hidup ni. Bukan senang nak tempuh satu2..Allah tidak akan terlepas pandang pun kita. Setiap waktu, setiap detik, pasti akan diujiNya. X kira dalam bentuk apa pun. Namun, setiap cabaran itulah yang mematangkan kita. Cuma yang berbezanya, cara pembawaan masing2.. Jadinya, renungkanlah dan selamat beramal! Hehe~


Hari ni umurku dah mencecah 22 tahun 3 hari..Sanah helwah kila!! Moga menjadi lagi matang dan berusaha menjadi lebih baik..ameen...;)

Wednesday, May 11, 2011

Juz joking!

Baru ni, dapat la 1 mesej. Then rasa boring kan, saje je la forward kat kawan2..hehe..Mesejnya berbunyi:

"Kawan2,tolong doakan saya ye. Sedih ni. Tadi gi medical check up..Dr sahkan saya kena penyakit 
VERYCUTELITIST iaitu penyakit MAKIN CUTE! Hehe dun worry x brjangkit, just susah nak baik je..=)"

Ngeh3..then antara yang balas:

Nad: Poyo lah k.kila! Kes xde keja la ni. Haha
Fiqah: Ngeng.haha (baru je nak taip xpe,orang doakan..huhu)
Afrah: Isk3..Terkejut je..InsyaAllah sy doakn ek. Moga cepat sembuh ek..
Inayah: Eeee..Menyampas i..haha
Kema: Ee kak kila ni. Kuasam ek. Ingatkan ape lah td..Grr nak kena rotan neh.
Watif: Ngek..Ingat ada penyakit apa la...cis..
Sumaiyah: kak kila!! Ada nak kena tampo ni haha
Hajar: Uh...memang kiut! ;) --ni mcm perli je..huhu

Hehe..saje je main2..sayang jugak dorang ni kt sy kn, huhu.... :)

Wednesday, May 4, 2011

Pandai buat mushroom sup?



Hrm..sedapnya..kali ni tetiba plak aku terliur nak buat mushroom soup plak...
Search punya searh resepi kt tenet, ni ada la 2 resepi..

1.Dari TryMasak


Caranya:
             
Cendawan Swiss Brown 
Cendawan butang 

Lobak merah (1/2 biji)
Sadri (1/2 batang)
Bawang (leek) (1/2 batang)
Bawang besar (1 biji)
Kentang - dibuang kulit (2 biji)
Air rebusan ayam (200ml)
Whip cream (1/2 cawan)
Serbuk lada putih 
Garam 
Minyak - untuk menumis 


1) Mula-mula potong bawang besar, batang bawang, batang sadri,    cendawan, dan potong dadu        
    kentang.
2) Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang bersama lobak, batang sadri dan batang bawang.
3) Masukkan hirisan cendawan, kentang dan air rebusan ayam. Masak sehingga semua bahan tersebut 

    empuk.
4) Kemudian biarkan sup tersebut sejuk.
5) Kemudian mesin dan hancurkan sup tersebut sehingga sebati.
6) Masukkan semula sup ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan hirisan cendawan, garam dan

    serbuk lada putih.
7) Akhir sekali curahkan krim dan kacau rata.
8) Sup cendawan sedap dihidang ketika panas.


**************************************************************


2. Dari blog orang lain

Bahan-bahan;
200g isi ayam - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dihiris
250g mentega
1 tin cendawan butang - dipotong nipis
240g tepung gandum
1 1/2 liter air
500ml susu segar
2 ketul kiub ayam
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
bahan perasa secukupnya


Cara memasak:

  1. Panaskan mentega di dalam periuk dengan api perlahan sehingga cair.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga layu.
  3. Masukkan isis ayam dan cendawan tadi. Kacau sehingga ayam masak.
  4. Masukkan tepung gandum. kacau sehingga kuning.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau selalu agar tepung tidak berketul. Biar mendidih.
  6. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  7. Kemudian kisar semua bahan yang dimasak tadi tetapi jangan terlalu halus.
  8. Masukkan semula semua bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk dan masak semula di atas api yang perlahan.
  9. Masukkan susu segar, kiub ayam, perasa, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
p/s:lebih kurang je..
Hrm..nak cubalah nanti--Wassalam!

Monday, May 2, 2011

::AIT 2011::

Assalamualaikum...

Setiah sekian lama, akhirnya ku update jugak blog ni..yeehaa!
Hehe,ikutkan hati nak je update. Tapi, perasaan M.A.L.A.S telah menyelubungi diriku...haduih la...xleh jadi ni..
Ok lah, apa2 pun kali ni aku nak update cerita tentang AIT 11(padahal orang lain dah update lama da)..Huhu..



Alhamdulillah, kelab yang aku join (INSPIRE) telah buat program untuk kemasukan baru. Nama dy Advance Intensive Training (AIT). Tempatnya kat Lubok Manggis, Hulu Langat pd 18-21 April. Kalau korang nak tahu, ni lah fasa terakhir yang adik2 kena lalui sebelum diorang officially bergelar part of Inspirians..Lepas tu, barulah diorang dapat turun sekolah untuk jadi fasi. Kami dulu pun lalui jugak bnda ni (tahun lepas), tapi kat 
SG Congkak..ni gamabr time kitorang dulu..


Kalau dulu, aku jadi peserta, sekarang aku ditaklifkan pulak jadi subcom PC. wah! xpernah terbayang untuk jadi one of the PC kot.Dahla AIT plak tu..Agak mencabar.Masa mula2 dapat mesej tu, aku rasa terkejut gak.Sebab xpernah pun ada pengalaman jadi PC ni. Ni 1st time. Tapi ntah kenapa, aku juz terima je..orang kata, cari pengalaman kan...Kali ni, PC Crew adalah aku, awatif dan kak nadz(head pc). Dan alhamdulillah, banyak ilmu dan pengalaman aku dapat time jadi PC ni..Memang kalau difikirkan, ia sesuatu yang sukar. Tapi, kalau teori tanpa praktikal, xjadi jugak kan.. tol x?

Bukan nak cakap apa, tapi faham2 kan la perasaan macam mana bila kita buat sesuatu yang xpernah kita lakukan. Complicated kan? nak cakap apa kat depan?Sepanjang program tu, aku banyak menagambil kesempatan berbincang2 dengan awatif n senior, mcm mana nak jadi PC yang ok. Aku teringat time aku AIT dulu, 1 of our PC is kak fiqah. Dy sgt2 bez! Teringin kami nk jadi mcm dy, sbb dy sgt menghiburkan. Time dy cakap2 dpn kami, terasa aura dy (mcm rasa rapat sgt ngn kami). teringin nak jadi mcm dy.

Tapi kan, mne leh kita jadi org lain2. Kita adalh kita..Juz be urself..Teringat senior2 cakap "Buat apa kiata nak tiru orang? jadilah diri kita sendiri. Bukannya kita x ada kelebihan..Buat je apa2 yang korang rasa nak buat. Lawak ke, apa2 la buat je..Ok je punye..Ni lah masanya kita nak cari pengalaman. Kalau x, bile lg?" (lebih kurang macam tu la dialog dy). Aku amat terkesan ngn ayat ni. Betul la pa dy kata kn,ap kurangkah kita? hihi memang rasa makin hari makin improve. Aku mengaku, aku bukanlah salah sorang PC yang baik, huhu..orang baru blajo katakab..hihi...so, salah silap tu maafkan lah yek...

k lah, cakap banyak pulak da. Jom la enjoy tgk gambar2 bawah ni. terbaik la diorang! dah la pecahkan rekod lelaki paling ramai join.alhamdulillah... :)






ni la part yg plg best skali..Inspire-ceria-Hey!

Terharu-Adik2 buat persembahan special utk komiti2


Solat atas tanah

Barisan trainers-jaga adik2 baik2 yek.. ^^

k.hani,watif,sy,k,sya,k.mim,n k.gee kt blkg

komiti+senior
Yang bawah ni, time kitorang AIT lak...huhu

Grup kami-Psychogenius


Time survival-masak nasi+sardin+telur


kena denda-kena alihkan batu2 supaya aliran air berubah


Ok lah, secara keseluruhan alhamdulillah program ini berjaya. Semoga semua dapat bawak balik sedikit sbnyak ilmu2 dan pengalaman untuk dibawa balik. Dan semoga kita istiqamah dalam menerusakan perjuangan dalam INSPIRE. Turun sekolah elok2 tau.. Papepun, adik2 n akak2 n abang2 mmg baik + sporting. Xkedekut ilmu dan x abaikan kitorang. Terasa ukhuwah keluarga Inspire.. Peace!! ^-^


Wassalam ~:)

 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .