Wednesday, May 4, 2011

Pandai buat mushroom sup?



Hrm..sedapnya..kali ni tetiba plak aku terliur nak buat mushroom soup plak...
Search punya searh resepi kt tenet, ni ada la 2 resepi..

1.Dari TryMasak

video

Caranya:
             
Cendawan Swiss Brown 
Cendawan butang 

Lobak merah (1/2 biji)
Sadri (1/2 batang)
Bawang (leek) (1/2 batang)
Bawang besar (1 biji)
Kentang - dibuang kulit (2 biji)
Air rebusan ayam (200ml)
Whip cream (1/2 cawan)
Serbuk lada putih 
Garam 
Minyak - untuk menumis 


1) Mula-mula potong bawang besar, batang bawang, batang sadri,    cendawan, dan potong dadu        
    kentang.
2) Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang bersama lobak, batang sadri dan batang bawang.
3) Masukkan hirisan cendawan, kentang dan air rebusan ayam. Masak sehingga semua bahan tersebut 

    empuk.
4) Kemudian biarkan sup tersebut sejuk.
5) Kemudian mesin dan hancurkan sup tersebut sehingga sebati.
6) Masukkan semula sup ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan hirisan cendawan, garam dan

    serbuk lada putih.
7) Akhir sekali curahkan krim dan kacau rata.
8) Sup cendawan sedap dihidang ketika panas.


**************************************************************


2. Dari blog orang lain

Bahan-bahan;
200g isi ayam - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dihiris
250g mentega
1 tin cendawan butang - dipotong nipis
240g tepung gandum
1 1/2 liter air
500ml susu segar
2 ketul kiub ayam
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
bahan perasa secukupnya


Cara memasak:

  1. Panaskan mentega di dalam periuk dengan api perlahan sehingga cair.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga layu.
  3. Masukkan isis ayam dan cendawan tadi. Kacau sehingga ayam masak.
  4. Masukkan tepung gandum. kacau sehingga kuning.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau selalu agar tepung tidak berketul. Biar mendidih.
  6. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  7. Kemudian kisar semua bahan yang dimasak tadi tetapi jangan terlalu halus.
  8. Masukkan semula semua bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk dan masak semula di atas api yang perlahan.
  9. Masukkan susu segar, kiub ayam, perasa, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
p/s:lebih kurang je..
Hrm..nak cubalah nanti--Wassalam!

0 comments:

 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .