Semalam, tika aku sedang mengemas beg utk dibawa pulang, aku dikejutkan dengan berita tentang nenekku dikejarkan ke hospital. Kbtulan malam smlm, sepatutnya aku dan adikku balik ke rumah kami. Tapi, maak cik ku suruh batalkan sebab nk pergi tengok nenek kat hospital. Kebetulan juga, minggu ni atuk dan nenekku datang ke kl tidur bergilir2 kat rumah anak2 dy. Dan semalam pun patut diorang balik kampung.Tp xjd.
Petang semalam, nenek(tok mek) jatuh tangga kat rumah p.cik aku sorang lagi. Masa tu dy nak naik tangga. Tetiba dy jatuh tergelincir dan terus pengsan. Banyak darah mengalir. Mak cik ku (kat sini) pe lagi,terus bawak kitorang pergi nilai jumpe tok mek.
Agak jauh jalan dari gombak ke nilai. Dalam perjalanan, pak cik ku yg sorang lg ckp tok mek sepatutnya kena tahan kat wad sebab darah dy naik sampai paras 200. agak tinggi tu, tp dy sedar waktu tu. Agak kuat nenekku. Tp oleh sebab isteri pak cik ku tu doktor, tok mek pun xjd la masuk wad. Boleh bawak balik ke rumah.
Sampai je kat rumah pak cik, Kitorang pun pergi terus kat tok mek. Kesian sangat tengok dy, sebab dy nmpak sgt lemah. xlarat nak bangun langsung, orang lain kena papah dy. Lgpun dy dah tua. Tp nasib baik masa tu dy dah nampak ok.
Selang setengah jam lepas tu, tok mek ckp dy nak pergi tandas. So, aku papahla dy bangun. Tp, belum sempat dy bangun, dy dah pun habis ter******* kat situ. Itupun, dy sndiri xperasan. Mak cik ku yg ckp. Biasala waktu2 camni, semua boleh jd. Lepas tu, kedua2 mak cik ku bawak dy pergi tandas. Dua2 tolong dy basuh, tp yg paling aku respect, m.cik ku yg doktor tu. Petang sebelum tok mek jatuh pun, du dah siap mandikan semua. Kbtulan hari tu pun tok mek kena cirit birit. Kalau diikutkan, dy ni cuma menantu.Kalau anak sendiri tu lainlah. Tp dy bleh buat semua. Kalau aku sndiri, xtaulah camne. Ala lgpun, tiap2 hr kerja dy mcm tu lah. Kalau x, xjd lah dy doktor kan.
Mulai skrg, tok mek kena pakai pampers. Memang sebelum ni pun dy dah lemah, lepas tu bila jd benda camni, lg la lemah. Aku sndri, xtau la plak bleh balik ble.. Tiap kali nak balik, ade je hal berlaku. Xpe, maybe semua tu ada hikmahnya..Hari ni, tokmek dan tok ayh duk rmh m.cikku skrang(same tempat ngan aku duduk, gombak).Lps ni, tinggal tanggungjawab kat m.cikku menjaganya sblm diorang balik ahd ni. Dan aku pun xlepas gak,sebab aku ni cucunya. Dah memang aku kena praktik dr skrg. Kalau x, smpai bila pun aku xmerasa. xkan nak biarkan je. Perasaan g*** aku kna buang jauh2.
Bila difikirkan balik, selalunya macam ni lah keadaan orang tua. Akan kembali seperti budak kecil bila terkena pada masanya. Bila berlaku keadaan macam ni, kita yg muda ni harus berfikiran waras. Tidak boleh mengeluh,merungut.. Sebab yg menjadi mangsanya ada pertalian darah dengan kita. Apatah lagi kalau orang lain. Kalau masa kita kita kecik, dorang bleh jaga kita dgn baik, xkan masa dorang tua kita xleh jaga?? Memang ada perbezaannya, tp dy berkisar tentang benda yang sama. Masa ni lah Allah nk uji kita. Jika kita xjalankan tanggungjawab kita, perkara yg sama akn berlaku kat kita bila kita tua nanti. Anak kita pun akan buat benda yg sama.
Buat masa skrg, aku akn cuba tolong mak cik ku, buat setakat mana yang aku mampu. Lgpun sekarang ni cuti. Bukan wat pape pun. Buat tok mek, didoakan agar tok mek cpt2 sembuh. Buat orang lain, aku nasihatkan kepada semua da diriku sndiri, ble berlaku bnda camni, jgn kita lari. Jika tidak, kita akan menyesal pabila org yg kita syg sudah pergi.. Cuba balas balik perbuatan mereka, kerana selama ni mereka dah menjaga kita dengan baik. Jangan biakan nasi menjadi bubur..
Wassalam..
******
Friday, October 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment