Saturday, March 27, 2010

Khalifah Umar & TGNA

Tadi sewaktu membelek nota bm, terjumpala 1 kisah pasal Khalifah Umar. Ceritanya macam ni,

--> Soal menjaga kewangan, terutama berkaitan pengurusan amat diberi perhatian dalam Islam. Salah satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran ialah kisah mengenai Khalifah Umar Abdul Aziz yang telah didatangi oleh anaknya di pejabat baginda pada suatu malam. Khalifah Umar terlebih dahulu bertanya : " Kedatangan kamu atas urusan Muslimin atau urusan keluarga? " Selepas anaknya menjawab bahawa kedatangannya untuk urusan keluarga, lantas khalifah memadamkan lampu pejabatnya. Apabila anaknya bertanya tindakannya itu, Khalifah Umar pun menjawab: "Lampu ini ialah milik negara, sedangkan kamu datang untuk urusan keluarga". Lalu baginda pun menyalakan lampu miliknya sendiri. Inilah keyinggian sifat amanah dalam diri khalifah Umar ketika menjaga dan menguruskan harta kaum Muslimin. <--

Tengok kat sini, betapa jaganya baginda terhadap amanahnya. Kita, macam mana? Hmm, tiba2 teringat pula tentang Tuan Guru Nik Abd Aziz (TGNA ). Perwatakan beliau hampir sama dengan perwatakan khalifah Umar. Amat kagum sekali bila saya baca tentang beliau. Di dalam pejabatnya, mestilah banyak lampu untuk dinyalakan. Tapi, bila beliau hendak buat kerja, Tok Guru cuma nyalakan lampu yang ada dekatnya saja (yang mahu guna). Kira kawasan lain yang xdigunakan, beliau
xnyalakan la. Bagus kan? Hmm, kita lak camn
a? Kalau kita, opkos majoriti siap amik kesempatan lagi. Ramai yang kata, dah kita dapat, gunakan je la.Isy, xpatut2..

Lagi cerita pasal TGNA, Tok Guru siap boleh turun makan kat warong2 kecil tanpa segan silu pun. Siap bergaul ngan penduduk lagi. Tengok?? Dan saya pernah juga dengar 1 cerita ni, ada sorang laki ni ( bukan orang kelantan kalau xsilap ), kereta dia rosak kat tepi jalan. Lepas tu, berhentilah 1 kereta ni untuk tolong dia. Kereta dia macam orang2 biasa yang lain. Dia pun nampaklah seorang pak cik tua turun dari kereta dan tolong dia. Dia tidak kenal langsung pak cik ni. Lepas siap, dia pun ucapla terima kasih.. Esoknya, dia beli satu surat khabar. Dia sangat terkejut bila tengok muka surat pertama, ada sorang ni, muka dia sangat iras pak cik yang tolong dia semalam. Bila baca nama, dia sangat terkejut bila tau yang pak cik tu MB besar Kelantan! Dia pun rasa sangatla kagum sebab Tok Guru sangatla tidak meninggi diri..

Kesimpulannya, pandai2la kita amik iktibar dari cerita ni. =)

32 comments:

TheSinner™ said...

Cayalah pemimpin ambo...Tok Guru Haji Hadi pun gapo kure nyo...hebat jugok!
pemimpin UMNO-BN ado ko hok gitu?kepada pengundi dan orang BN,dah2 la tu perjuangkan rasuah dan dosa!

ummu khosyatillah bt muzakir said...
This comment has been removed by the author.
bella said...

hahaha...
TAKBIR ALLAHUAKBAR!!!
sokong TOK GURU.........

ummu khosyatillah bt muzakir said...

kdg2 kita ni tlalu suka mncari kesalahan org lain
sampai segala kebaikan org tu ditutup dgn kesalahan yg kecil

bella said...

ape ummu kate tu pom betol jua....
tapi apakah kesalahn kecil yang anda maksudkan itu????
huhuuhuhu

ibnah said...

aah ummu, ape dy?? jwb2..

TheSinner said...

UMNO-BN tu buat kesalahan kecil ke ummu?
hanya menduga...
Wallahu A'lam.

ummu khosyatillah bt muzakir said...

hemm..
mereka yg btanya lebih tahu dr mereka yg ditanya.
x gitu?

aku abid said...

salam..

subhanallah.. TGNA mmg pemimpin cth masa kini.. mg Allah sentiasa merahmati beliau..

errmmm.. ummu sayang.. kesalahan kecik tue apa?? kalo nak kata umno wat kesalahan kecik tue rasanya salah tue.. rasuah.. pemimpin tak adil.. bukan kecik tue.. nak list kan bnyk sngt.. kang tak larat bc..

umno mmg bagus sbb da bnyk wujudkan kemajuan. tp ingt. JGN SAMPAI KEBAIKAN DGN MEMAJUKAN TARAF HIDUP KITA MEMBUATKAN KITA TAK NMPK KEBURUKAN MEREKA.

kdg2 Allah akn uji kita dgn nikmat kesenangan. bila da senang kita lupa apa tujuan hidup kita.

kita kena pilih pemimpin yg mengamalkan al quran n sunnah. bukan pemimpin yg corrupted!

semoga btemu d jannahNy.. ameen..

p/s: aku akn tetap trus bjuang bsama TGNA.. :)

TheSinner said...

tak faham bahasa berbunga-bunga...

bella said...

Ameen... betol juga irma
aku org pas.. but not all pemimpin BN jahat n pemimpin PAs baik...
inshaAllah jika mereka yang melaksanakan perintah menurut Al-Quran dan Hadis dengan betol mereka akan mendapat keberkatan dari Allah di dunia lebih2 lagi di akhirat kelak...

bila dah di berkati oleh Allah..
inshaAllah hidup bertambah tenang...

mmg diakui pemimpin PAs especially TGNA seorang pemimpin yg disnjung (idola aku).. jgn la kita sewenang2 nya melafazkan kata pemimpin BN begitu begini.. pemimpin PAs juga ada.... jadi mane yang terbaik tu kiyta ikut and mane yng xbaik tu kita jgn ikut la....

AKU tetap sokong HIJAU.. xpasal2 kena btg idung sendiri

=]

TheSinner said...

tak semestinya kita tak boleh sebut keburukan mereka yang biru...sebab keburukan yang dilakukan di khalayak ramai boleh di cakap...

Tambah-tambah kat Malaysia ni, tak semua kenal siapa itu biru yang sebenar...kalu kita tak cakap keburukan mereka, tetap birulah otak mereka yang mengikut...

bella said...

mmg.... tetapi hijau pon ada...
depan mata... biru lagi la...

kalo kita amik keburukan mereka untuk membaiki diri kita or mereka akan berubah... its ok.. but..
if keburukan itu lah juga memecah belah kan kita......


setiap org da pendapat msg.. bagi org yang penah mengalami lain dgn org yang mndgr melalui telinga sahaja...

mmg tidak di nafikan juga mereka terlibat dgn perkara2 yg xelok...
tapi kita juga xlari dari itu.. jika anda kata "tak semestinya kita tak boleh sebut keburukan mereka yang biru...sebab keburukan yang dilakukan di khalayak ramai boleh di cakap..."

so bagi yng hijau yang mempunyai keburukan juga boleh di ckp2?????
igt xsemua biru iru buruk n xsemua hijau itu baik.....

=]

bella said...

tapi aku ttap sokong hijau and akan buat yang terbaik untuk HIJAU!!!!!!!!!!

TAKBIR ALLAHUAKBARRRRRRRRR

aku abid said...

pas tak sempurna.. bn pun tak sempurna.. so.. carila yg paling sempurna antara yg tak sempurna..

yg pasti.. sokongla pihak yg punya matlamat utk menegakkan kembali khilafah.

(n_n)v

bella said...

yup...

islamic ways....

Allahu Akbar!!!

ibnah said...

oops.. alamak, xsangka la plak jd kontroversi kat sni..

hmmm... maaf, sy cuma cerita pasal TGNA n Khalifah Umar.. rasanya xde kaitkan ngan unsur politik langsung..

fuh, xberani sy nk komen lebih2. apa2 pun, semua ada pndpt dy masing2, dan mmg kita perlu tgk kbaikan n kburukan kdua2 belah pihak..

apa yg kita nmpk baik, kita ikut. apa yg kurang, kita jdkan iktibar. walau apa pun,smua pndpt bleh ditrima. emm, btul ckp irma. di antara yg xsempurna,carilah yg plg smpurna antara mereka, yg brpandukan Quran n Sunnah..

p/s: harap2 smua kat sni berada dlm keadaan tenang blaka.. =)

TheSinner™ said...

Eh2...kenapa bila ada satu-satu perbahasan, orang akan kata "harap2 smua kat sni berada dlm keadaan tenang blaka.. =)" sedangkan dalam perbahasan tu bukan ketidaktenangan yang dicari tetapi kebenaran.

to Bella : bagi saya, berburuk sangka atau menyebarkan berita orang muknin adalah haram. Dah boleh jika dilakukan terang-terangan supaya menjadi iktibar.
Mungkin ada yang melakukan terang-terangan, tetapi saya mahu tanya, adakah dengan kita menyebarkan berita keburukan itu membawa kebaikan kepada Islam? Kalau ya, sebarlah berita itu kerana itu harus. Tetapi jika yang harus itu membawa keburukan kepada Islam, apa gunanya kita sebar jika Islam kita jatuhkan?
Betul tak?

Dan kita menyebar keburukan BN yang terang lagi bersuluh kerana ia membawa kebaikan kepada 'hijau' dan 'hijau' di sini adalah yang menegakkan Islam.

Harap boleh faham apa yang saya nak sampaikan.

Dan berkaitan yang pernah anda alami itu, jangan dijadikan sebagai dendam kerana dendam itu termasuk dalam 7 penyakit hati.

Wallahu A'lam bissowab.

ummu khosyatillah bt muzakir said...

Cuba menenangkn diri dgn berbicara mgunakan akal yg terbatas.

“Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.” ~imam Al- Syafie

the sinner: xsalah memanifestasikan sokongan. Tapi xperlu menuding jari, siapa yg btl mahupun yg salah. Kita ad pendapat masing2, dan org respek dgn pandangan anda.

bella: erm.. btl tu.. xde masalah dgn mereka yg menyokong mana2 pihak. Tp xpayah rasanya smpai menjatuhkn yg lain. Semua org ad biah, keadaan dan situasi yg berbeza. Kita xsama.. huhu.

irma: irma ku syg (nk jugak!), kita selalu bncg psl bnda ni, kn? xde perkara yg sempurna. Mcm kita selalu setuju: lebih yg sini, kurangnya kat sana.. lebih yg sana, kurangnya kat sini.Apa2 pun, msh bbaki setahun utk buat keputusan. Manfaatkn masa yg tinggal.

kak kila: sori kak kila. Terbanyak lak komen kat sini. btw, kata nk belanja cendol.. Bilakah? hehe

Maaf sekiranya terkasar bahasa
org xmelihat komen2 di sini sbgai sesuatu yg negatif
(walaupun parah ditembak btubi2!)
Tapi lebih kpd perkongsian ilmu dn pendapat dgn mgunakan medium yg bkesan
insyaALLAH

Rasanya org yg tersilap.
Tegak berdiri di tempat yg salah.

Harap kita habis kat sini saja, ya.. =)

p/s 1: suka bhsa bbunga2.. indahnya Melayu, menegur tp masih bersopan.

p/s 2: mcari kesalahan dlm ‘kesalahan’. Dimana?

p/s 3: ambil masa utk faham bahasa yg berbelit2.. maaf

allahualam

bella said...

the sinner...
=]
saya xckap saya berdendam..
Astaghfirullahal'azim.....
saya kata perkara yang di dengar melalui mulut org xsama dgn yang kita alami sendiri...'

bila da bukti betol2... boleh la la....
ape yang kamu kata "Dan kita menyebar keburukan BN yang terang lagi bersuluh kerana ia membawa kebaikan kepada 'hijau' dan 'hijau' di sini adalah yang menegakkan Islam."

pihak hijau pon byk yang terang lagi bersuluh...BN....emmmm...


jgn begitu... anta pasti??? n betol2 pasti???? jgn suke pandang kelemhan org n kesalahan org..
jika islam mahu bangkit... kita periksa dulu dimana kelemahan kita... pada masa yang sama kita akn tahu kelemahan dia.....
kita tau kesalahan org,. sedangkan kesalahan kita pon kita xsedari(aku xckp yang hijau salah.. aku pon skong hijau,,,aku xnk org tgk kelemahan kita,..kita periksa dulu...)

Ummu: menjatuhkan????
huhuhu...saya xmenjatuhkan sape.. tapi cuba bngkait tuk diri sendiri...
=]

ok la... setakat ini sahaja huraian saya pada hari ini.. oleh sebab baru habis BM... (susah sgt)..

wallahu'alam...

Allah lebih mengetahui..
Alhamdulillah....

tatata...

ibnah said...

ummu: xpe2.. lg byk, lg bagus.. hehe.. xkisah.. nnt bleh kita renung2kan..

yg lain: no komen (sbb br lpas abis exam, jd blur)

nk komen, komen je. tp jgn delete blk.. =)

TheSinner™ said...

Mungkin ada lagi yang tak faham apa yang saya nak katakan...memang susahn nak memahamkan orang yang tak faham apa kita cakap...

saya tak mahu menghurainya lagi...cuma saya nak cakap, keburukan BN perlu kita sebar-sebarkan dan keburukan PAS kita tegur dari dalam.

Jika kita sendiri yang sebar-sebarkan keburukan PAS, maka ramailah jadinya jumlah yang menyebar. Sebab BN pun habis-habisan menuduh PAS yang bukan-bukan. Fitnah pun banyak. Jadi, kita perbaiki PAS dari dalam dan kita tentang habis-habisan kerana BN adalah musuh Islam.

kepada UMMU : anda ni BN ke?huhu...gurau je...

Kepada yang BN tu, fikir-fikirkanlah jika anda sayangkan Islam.
Sokonglah PAS tanda anda menyokong ulama'. Ulama' itu pewaris Nabi. Nabi itu pembawa Islam. Islam itu agama yang diredai Allah.

Nak harap BN naikkan Islam, jatuhkan Islam adalah. Tengok betapa berbezanya Islam di Malaysia yang diperintah BN dengan Brunei.

Hidup ISLAM! Allahu Akbar!

bella said...

ni the last time...

the sinner!!!!!

saya paham sgt ape kamu nk ckp...
=]

saya xkata nk heboh kan keburukan pas.... tapi perbaiki dari dalam and sedar kesalahn kita dulu baru cari kesalahn org...mmg beto ape kamu nk ckp... xdinafikan ...

nk berckp pon kena pkir dulu......

xpasal2 menunding jari ke muka sendiri... ok fine kita hebohkan keburukan dia... n jom ape kita dapat n kita lihat.....

JOM kita heboh kan!!!!!!!!!!!!!!

=]


dah la...
salam


EXAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

TheSinner™ said...

fuh! marah nampak...hehe...relax sis...

study elok2...

study2 juga, tapi kena ingat setiap perbuatan kita, kita fikir apa kepentingannya untuk Islam.
Adakah ia adalah satu kesalahan?
Supaya sentiasa berhati-hati...ni namnya takwa...

Wallahu A'lam.

bella said...

ni betol2 last...

of course saya amik berat tntng itu...
kalo xda makna nya saya nk mengomen byk2 sume ni.....


at least kita leh tukar2 pendapat....

ilex der... saya xmarah.....

*sambung stido!!!!

[",]

syuhada said...

Subhanallah...alhamdulillah.Sgt kagum dgn ketokohan tok guru.Masih ada pemimpin yang begini.Selama ni kalau dilihat pemimpin-pemimpin di Malaysia ni,rumahnya beratus ribu,juta pun ada.Tapi tok guru,elektrik seposen pun xnk gune,sbb rakyat punye...

Bnyk btul komen ttg politik.Hurm,bagi sy tidak perlu la nak gado2 pasal politik ni.

Sy lihat,org sekarang ni lbh ramai yg lihat Islam dlm politik,bknnya nak tgk politik dalam Islam.

Untuk mengundi ti,kepada rakan-rakanku yang bakal bergelar pengundi tahun depan,tengok la kepada matlamat parti tu.

Sebagai Islam,kita wajib menyokong parti yang betul-betul mahu merealisasikan Islam di Malaysia.Bukan hanya cakap kosong.

Dari segi isu kartika pun kita dah boleh lihat.Hukuman ditentang oleh pemimpin kerajaan sendiri,sedangkan rotan merupakan hukum yang datang dari Allah tapi kenapa pemimpin kerajaan menentang? Hukum Allah sepatutnya wajib kita laksanakan....jadi fikirkanlah.

Janganlah kamu melantik orang yang jahil sebagai pemimpin.
Maksud jahil ialah orang yang tidak faham agama.
Faham pula bukanlah sekadar tahu rukun-rukun islam dan iman,tapi boleh menghurai hukum-hukum dari kitab-kitab tafsir,yang boleh membaca,mentafsir dan mengajar orang tentang kandungan Al-Quran.Itulah pemimpin yang kita cari....

Wallahu'alam.sedia dikritik dan dikomen. :)

pija ni... said...

salam...hehehe...ni comment dri org yg xde blog...ngeh45~
khusyuknye tgk korg discuss psal hal ni...hehehehe~
sokong 100% dgn pe yg dibincangkan...xpndy nk ckap bab2 politik ni..hehehe~
tpi,alhamdulillah, saye mmg dibesarkan oleh mak abah yang mmg menyokong 100% parti pas...ngeh45~
mmg da nmpak secare jelas yg pas mmpin berteraskan hukum2 Allah..cume msih rmy 0rg2 diluar sne yg tkut untuk menerimanye...hehehehe~

pensel kayu said...

moga Allah panjangkan umur tok guru..

bella said...

syu yup.............

ahad ni...xsure lagi... tgk lu leh x nk balik...hehehehehe

ibnah said...

syuhada: yeah, itu yg kita nak...bagus3.. pandai dirimu berkata2..
orang lain pun.. sy hargai smua komen2 kat sni..trimas!
tp jap, bkn tok guru xguna sposen pun, em dy guna jugak, tapi skdr yg memadai utk kerjanya saja..

pija: yaup, masih ramai org yg ragu2 utk mnerimanya d luar sana..

محمد زهراوي : ameen... =)

TheSinner™ said...

maksud tak guna sedikit pun saya rasa tak guna duit rakyat...Tok Guru hanya guna duit gajinya sahaja...tu pun elaun dia ambik skt je..

Sumaiyah said...

nak mencelah boleh?
(wpun da lmbt)

tugas sbg individu muslim jgn lupa.
uhuk3


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .