******
Saturday, August 22, 2009
Ahlan Ya Ramadhan..
Tapi zaman kita sekarang pulak berlainan. Terbalik. Bila bulan puasa dah dekat, ramai mengeluh (walaupun segelintir tidak).. Tv & radio pun mulala nak wat iklan raya walaupun lambat lg. Bila da dekat raya, semua hepi.. Yela, xkena puasa dah kan.. Baju raya lak, ada yang dah siapkan awal tahun lagi.. Banyak pasang lak tu.. Isy3..
Xpelah, apapun semua ni bergantung atas niat orang tu sendiri.. Cuma teringin nak pesan kat sini, bagi siapa2 yang ada keuzuran yang menghalangnya daripada puasa, jangan lupa lak nak ganti. Ingat, puasa tu wajib. Jangan amik remeh benda ni. Aku rasa pantang sangat kat orang yang wat sambil lewa je. Kalau xsempat ganti, kena ganti lagi n bayar fidyah. Kalau da tau, tp xwat gak xtaula nak cakap pe.
K lah, sambung balik pasal td, bila tibanya bulan puasa, sms pun mula masuk..
>> Bila anak bulan dah menangis, mak cik wat baju tersenyum2, harga tepung dan telur naik, mak sibuk merengek nak perabot baru dan iklan Yusuf Taiyoob berkumandang, itu tandanya bulan puasa dah dekat. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
>> كل عام وأنت بخير.. أهلا يا رمضان..
Marilah kita sama2 bertaubat, semoga Allah mengampuni kita.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun & Maha pedih azabnya..d’_’b
>> AHAD cari ISNIN, na k tanya nampak x SELASA Agar ingatkan RABU bagitahu KHAMIS supaya xlupe msj kat JUMAAT yg SABTU dah puasa!! Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. luv u fillah..
>> Bulan Ramadhan Bulan Mulia, sentiasa dinanti hmba bertqwa, maaf dipinta drpd ana, Insan yang banyak melakukan dosa. Say welcome to ramadhan say gudbye to syaitan.
>> Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah abaikanlah puasa umat NAbi Muhammad jika apabila sebelum memasuki bulan RAmadhan dia tidak melakukan 3 perkara:
1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada ke2 orang tuanya.
2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dgn org2 sekitarnya". Maka rasulullah pun ucapkan Amin3x.
>> Jangan lupa renew Lesen Mulut, servis hati, kawal kadar pencemaran mata % telinga, pelihara enjin perut, tax minda & cukai kesabaran. Anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah MAlam Lailatul Qadar 1430. Jom perbanyakkan Ibadah & Beramal pada Ramadhan ini.. Tuah anda sape yang tahu..! Amin. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
>> SAban tahun ramadhan bertandang dan pergi, mengetuk pintu hati, masuk tanpa disedari oleh hamba yang lupa diri, berakhirnya ia menjadi tangis buat si pengejar ukhrawi, kerana belum pasti, masihkah bernafas untuk bertemunya lagi.
>> Ketenangan ada dalam iman, bahagia ada dalam redha, sihat ada dalam solat, damai ada dalam zikhrullah, manfaatkanlkah bulan mulia yg tiba.. I'Allah pahala akan berganda. Slm ramadhan u shbt2. Ampun maaf dpinta. Moga Ramadhan kali ini penuh makna buatmu..
Dahla, penat da nak taip. Apapun, selamat menyambut ramadhan semua. Moga2 ramadhan kali ni lebih bermakna dari tahun lepas. Cuba kejar sebanyak mugkin pahala. Azamku kali ni, dapat habiskan Quran 30 juzuk dan dapat jumpa dengan malam lailatul Qadar di samping dapat smayang terawih tiap2 hari.. Amin..Ok, wassalam.
Malam.. Appreciation Night..
-->Lagi gambar.. Kitorang wat theme biru.. Tp yg xtahannya ada yang cakap, patutla warna biru, “IP”.. Isy, kebetulan je la..
Prep Tech..macho! (utk dak laki laa)
Friday, August 14, 2009
Memoriku di Ulu Yam
Ahad lalu, 9 hb Ogos PERDANA ada wat 1 rehlah dengan ahli2 kat Ulu Yam. Aku pun ikut sekali, ye la semestinya sebab aku jd salah sorang ajk. Personally, aku rasa sepanjang hari tu aku dapat banyak pengalaman yg xdpt ku lupakan bersama teman2. Pahit, manis, tawar, semua ada. Tp, 1st time aku rasa pengalamnku kali ni benar2 wat aku tertanya2 sampai skrg. Sebabnya, hari tu banyak betul ujian yang kitorang dapat dari awl sampai akhir. Boleh dikatakan setiap event ade je timbul problem. Tambah2 unit aku. Aku pun xtahu kenapa, tapi aku rasa aku kena lebih teruk dr pc. Hari tu aku pegang perhubungan & penempatan. ‘Partner’ aku lak xdapat hadir, tp xpelah aku xkisah sebab nak wat camne kan. Xde rezeki dy kot. Walaupun mulanya aku nampak kecik je tugas aku, tp masa kat sana baru aku rasa teramat berat sekali. Bukan tujuanku nak cerita semua masalah2 aku kat blog ni, tp saja2 buat tatapanku balik satu hari nanti. Bleh aku jadikannya sbg iktibar dan belajar dr kesilapan.
Ok, 1stly sebelum bertolak, aku kena bertolak lebih awal lg sebelum diorang semua. So, aku pun p lah naik kereta. Yang ikut sekali masa tu, aku, amirah, abdullah n ammar(tuan empunya kereta)..Pukul 7.55 pg, kami pun bertolak la. Sebelum sampai, aku cakap sampai kat sana benti kat p3. Sampai je, kami pun usyar2la tempat tu. Mula2 agak frust gak sebab tempat 2 x macam kitorang bayangkan. Terfikir gak, betul ke tempat kitorang benti ni?? Pas2, aku kluarkan hanset nak tepon ‘tuan empunya’ tempat ni. Tp banyak kali try, asyik xbleh. Kebetulan tempat tu no network coverage. Sebab lapar, kitorang pun makan la dulu kat warung. Tiba2, handsetku dpt signal. Cepat2 aku dail tuan dy, tp suara xjelas, akhirnya putus. Lps 2, try lg call ‘bos’ rehlah kitorang.Lg sekali xleh.Duk fikir2, makin dekat diorang nak sampai, makinlah “no netwok”. Masa duk makan2, kitorang tanyala m.cik kat situ betul ke situ tempat yang kitorang maksudkan. Sekali m.cik 2 cakap, cni p2 la dik, p3 kat ats lg..plak..terpaksa naik atas lg.
Banyak kali naik turun, akhirnya dapatla jumpa tempat yg sepatutnya. Sebetulnya, bukan p3, tp p2.5.macam2.Cepat2 kitorang masuk n cari dewan kitorang. Al-maklumlah, tuan dy lom sampai ag. So, kena masuk sndiri. Lps 2, kitorang pegi kat tempat mula2 kitorang sampai.Sebab expect diorang benti kat sana. Tepat jangkaan kitorang. Tgk2, diorang da sampai. Bas pun dah pegi. Lps 2, kitorang lak jd ‘tour guide’ diorang.Nasib baiik jln x jauh. Masa berbual ngan diorang, barula aku dapat tau yang diorang pun ade problem ngan bas mase otw.Drpd 2 bas, kena jd 1 bas campur laki pmpuan sbb bas 1 lg rosak.Kesian.
Mula2, stat aktiviti ngan modul. Sebab masa terpaksa dipendekkan, so gabungla time mandi ngan modul. Asalnya, plan yang lain. Tp ats sebab2 tertentu, kitorang wat mslmt bleh turun air waktu pg, n mslmin turun waktu ptg. Masa diorang wat modul, aku x turut serta sbb catering panggil aku pergi p2 uruskan air.Sbb sblm ni, aku yang wat panggilan nak wat tempahan tempat n air. Sampai kat sane, timbul satu masalah. M.cik xnak bagi kitorang beli air masak n air batu, alasannya sebab xcukup. Kalo nak jugak, harga kena bagi lg mahal la. Terkejutla aku, pdahal sblm ni aku dah call byk kali tuan punya kedai,wat deal. Sbb ada silap paham kot, timbulla benda ni.. Lepas ckap baik2, barula dapat.Bila da dapat, nak wat naik kat p2.5 lak 1 hal. Nak guna keta ammar wat naik, tuan dy da balik. Aduh..So, lpas 2, turunla nik, pak chu, hafizi,abdullah n fadzli nak angkat air 2 tong+air batu.Air 2, air bukit. Aku lak angkat 1 tong lg, yang ade air gula dan segala macam perkakas nak wat air..Berat gak woo~ angkat sorang2. Sepatutnya dgn aina, tp sblm 2 lg dy da naik atas sbb cr org, nak mntk tlg.So, bejalanla kitorang naik kat atas sambil bwk brg2. Kesian gak aku tgk dorang berlima, nak tlg pun xleh, pasal aku punya pun berat gak..
Sampai kat sane, semua nampak sakit pinggang..Kesian, tp lawak pun ade gak. Haha. Ha, lupa lak nak cite, sblm g tmpat catering, ada sorang wakil dr perhutanan datang kat tempat 2. Aku pun ckp la ngan dy, pasal aku incharge benda ni. Dy suruh aku tunjukkan bukti borang book dewan 2. Aik, aku pun trkejutla, pasal ‘tuan’ dy sblum ni xdek pun suruh aku isi borang ke ape. Dy ckp terus masuk je. Lg 1, dy tanye dah wat pembayaran ke blom. Aku ckp blum, sbb “tuan” dy xdpt dtg hari 2. Dy pun ckp, harga tempat tu RM100. Tambah lagi t’kejut aku.Sebab asalnya “tuan’ dy ckp RM20 je. Aku pun, ckp kat dy nak cancel tempat 2, biar kitorang p tmpat lain.Dy pun cpt2 cakap, xpelah korang amik tmpat ni RM20, ok? Nasib baik, aku pun ckp terima kasih byk2 n mintak maaf pasal hal ni. Dy pun pesan, lain kali kalo nk dtg lg tmpat ni, call dy.Cam2 la ceritanya.
Hr 2, sempat gak aku mandi wlupun mulanya xde niat. Lps diorang ajk, aku pun p la. Cuma masa 2 aku ngan mirah je lah. Yg lain dah mandi sblm 2. Masa duk dlm air, kat hujung tmpat 2 ade satu family duk lepak2. Agak ramaila gak. Pa.cik2 pun sama. Tp yg kitorang xpuas hatinya, 4,5 orang p.cik duk tgk2 kitorang. Xsedap hati btol mase 2.Lps 2, dy dtg dkt n bg ayam bakar. Aku pesan kat mirah, amik tp jgn makan. Nnt jd ape lak. Kitorang pun naik slow2, bila jauh dr tmpat 2, kitorang buang ayam 2.
Masa nak balik pun 1 hal, asalnya suh p.cik bas amik kul 3, tp sb b dy ada hal, dy ckp nak amik paling awal kul 5.30. Sebab rasa agak lewat, some brothers terus uruskan bas lain. Xtau la plak dorang carik bas lain. Actually mase 2, nak tepon p.cik bas asal (uia) pun agak susah, xdek line. Batery pun hampir2 habis. Msj je la kadang boleh. Agak desperate time 2. Bila dah dapat confirmation, kitorang pun pack la brg. Mase tu kul 3 lebih. Aku pun kenala tepon balik p.cik bas uia,cakap nak batal. 2pun guna bateri org lain. Bateri aku dah ‘kong’ da.Tunggu punya tunggu, bas xsampai2. tp kitorang wat biase je. Last skali, bas tu pun sampai dlm kul 5. Semua org pun happyla.
Tetiba masa naik 2, p.cik bas ni ckp xmau terima kitorang ramai2. Dy ckp kena buang separuh. Sebab padat sangat. Hah sudah. Deal punya deal, tetap xdapat. Bila tgk jam balik, kalo ikutkan masa 2 gak sama dgn waktu p.cik bas asal amik kitorang. Tp nak wat camne kan, benda da jadi. Masa 2 mmg kesian kat adik2, pasal smua xdpt balik skali. Kitorang pun try call balik p.cik uia, nak suh amik kitorang balik. Tp connection lost. Mase tu mmg tabik sgt2 la kat brothers, sbb dorang tunjukkan ‘ke-gentlemen’ dorang dgn bagi sisters balik dulu. Diorang terpaksa tunggu kat situ sambil harap kat kitorang dpt carik knderaan. Kesian sgt2 kat dorang. Brothers yang cuma ikut kitorang masa tu just 4 orang je. Gilir2 tukar batery hnset nak tepon orang cari transport.Kbtln sume gune sony. Dak2 lain kat blkg dah tdo sbb penat.Aku,aina,2 brothers n sorang lg sisters xdpt nak tdo. Line pun susah nak dapat.
Bila da dpt line, aku trus call p.cik uia. Kena marah kat situ. Xpelah, terima je. Tp dy xdpt nak amik gak sbb da hntr blk bas kat uia. Kena cari yg lain. Banyak gak call org, tp xdpt transport. Yela, kitorang bukan familiar pasal kl ni. Ttiba, dpt call dr bos. Dy ckp, dorang da dpt blk sndiri da. Selamat. Tp kitorang still xlega lg selagi dorang xsmpai kat uia. Sampai je uia, aku trus call salah sorang dr dorang. Dorang ckp, naik bas rapid. Okla, drpd xdpt balik lgsung. Mas 2, banyak msj masuk.Semua nama ada.Aduh.Pukul 7, p.cik uia call.Dy ckp, td dy baru otw nak amik yg slbihnya, tp tau2 dorang da blk. Plak.Melepas. Act bagus gak dy sbnry, wlupn marah2 kitorang, last skali, tlg gak. Esoknya aku dapat tau yang dorang sume smpi uia kul 10 mlm. K lah, da trlalu panjang ni. Apapun, hari tu aku dpt 1 pengalaman yang best..Walaupun semua benda nak jadi, tp xrasa rugi pun pergi hari tu..best3..K,Sampai sini je kali ni. Wassalam..
Wednesday, August 5, 2009
Hepinye..dapat hadiah hehe..
Alhamdulillah, hepinye hr ni.. Hr ni aku n ramai kawan2ku dpt hdiah... tau hdiah pe??hdiah mid-term programming ler hehe.... baik bebenor miss azimah 2... Maybe tujuan dy bg kat kitorang, sebab nak naikkan semangat kitorang kot..tp xsemua pun dapat hdiah...certain2 je la.. bagusla madam, darab 3 klas da bpe ringgit abis.. thanks a lot miss..syg miss.. len kali sy nak usaha kuat lg..hehe.. insyaAllah..
p/s: eleh,mase dpt hdiah baru ckp syg..
counter: hehe,xdekla gurau je..serius ni..
Sunday, August 2, 2009
Buat renungan kalian..It's all about love!
Profesor Abdullah Nasih Ulwan pernah menulis dalam bukunya bertajuk Cinta. Dia membahagikan cinta manusia kepada 3 kategori.
Pertama, cinta kepada Allah dan rasul. Ini adalah cinta yang mulia.
Kedua, cinta sesama manusia. Di dalamnya ada cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada isteri dan anak-anak. Cinta ini adalah cinta biasa. Ia dibenakan dalam agama.
Ketiga, cinta nafsu iaitu cinta yang tidak dilandaskan syariat. Ia semata-mata berpaksikan cinta nafsu haiwan. Ini adalah cinta yang paling keji. Ia dilarang sesama sekali dalam agama. Bercinta antara teruna dan dara dibolehkan di dalam Islam dengan mengikut batas-batas syariat. Jika kita bercinta dan dalam masa yang sama dapat menjaga batas-batasnya, Insya-Allah kita akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar. Dengan pahala itu kita dapat menukarnya dengan syurga Allah.
Cara teruna dan dara bercinta ada banyak, yang menjadi asas dalam percintaan adalah komunikasi atau perhubungan. Apabila wujudnya komunikasi sama ada secara lisan, sentuhan ataupun pandangan, semua itu berkait rapat dengan hukum.
Macam mana mahu pilih pasangan hidup yang baik?
Kesilapan besar yang sering dilakukan oleh muda-mudi dalam memilih pasangan:-
Pertama, mengukur pada yang zahir. Contohnya apabila lihat yang cantik, terus berkenan. Nabi ada menyebut:
“ Barang siapa yang mengahwini wanita kerana kecantikannya, akan diharamkan ke atasnya hartanya dan kecantikannya.”
Kedua, mudah berkenan pada public figure. Biasanya lelaki suka memilih perempuan yang namanya disebut-sebut di khalayak ramai. Sebab inginkan populariti. Bukan tidak boleh, tetapi kena periksa dahulu kenapa namanya disebut-sebut. Jika kemasyhuran itu disebabkan ilmu dan keagamaannya, tidak mengapa. Jika sebaliknya, wajar dijauhi.
Ketiga, lelaki suka kepada perempuan yang pandai berceloteh dengan lelaki. Nabi ada bersabda:
“ Barang siapa yang banyak cakapnya, akan banyaklah dosanya. Barang siapa yang banyak dosanya, maka api nerakalah yang paling layak untuknya.”
Ciri-ciri wanita yang baik:
1. Dia diasuh dan dibesarkan dalm suasana keagamaan. Iaitu perempuan yang membesar dalam baitul muslim. Ibu bapanya berpegang teguh kepada agama, rajin beramal. Mencari rezeki yang halal, memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak dan mengasuh anak-anak dengan akhlak yang mulia.
Nabi bersabda sebagaimana mafhumnya:
“ Pilihlah tempat menyemai benih (zuriat) kamu kerana keperibadian pasangan kamu akan mempengaruhi zuriatmu.”
Persoalannya, banyak kes ibu bapa baik sahaja tetapi anak-anak macam hantu. Dan ada juga yang sebaliknya. Itu macam mana pula?
Jawapannya, semua ciri-ciri ini bukanlah sesuatu yang muktamad. Ia bukanlah 100% betul dan bukan 100% salah. Tetapi, ini adalah ciri2 yang digariskan dalam agama Islam. Islam meletakkan garis panduan untuk memudahkan urusan kita di kemudian hari, kebiasaannya tepat. Cuma, sekali-sekala ada juga kes yang ganjil.
2. Pilih yang rajin dan kurang berbual. Kerana perempuan akan banyak membantu lelaki menguruskan hal rumah tangga. Jika dia rajin bekerja, bererti dia seorang yang amanah. Tugas seorang suami sebenarnya adalah mendidik, mengajar anak-anak, mengemas rumah, memasak, menjahit dan membasuh. Malah nabi tidak pernah meminta Saidatina Aisyah menjahit pakaiannya. Keberadaan isteri cuma membantu meringankan bebanan suami.
Itulah gunanya isteri. Jika tidak sempat mengajar anak, ajar dahulu kepada isteri dan isteri akan ajar anak-anak. Jika dia seorang yang rajin, dia akan cepat belajar dan segera menyesuaikan diri. Sebab itu perlu pilih yang rajin. Kemudian pilihlah yang banyak belajar ilmu agama. Kenapa? Kerana ramai orang yang belajar ilmu agama tetapi malas mempraktikkannya. Lebih baik yang ilmunya sedikit, tetapi rajin beramal. Nabi juga ada menyebut:
“Sesiapa yang beramal dengan apa yang dia tahu, nescaya Allah akan mengajarkannya perkara yang dia tidak ketahui lagi.”
Lagi sabda nabi:
“Sebaik-baik amalan ialah yang berterusan sekali pun dibuat sedikit-sedikit.”
Rajin itu termasuk dalm ciri-ciri orang yang beragama. Sabda nabi:
“Sesungguhnya Allah menyukai apabila sesorang kamu beramal atau bekerja dan dia menekuni kerja itu.”
Kesimpulannya, semua ciri-ciri wanita pilihan tadi berkaitan dengan agama. Jika baik agamanya, Insya-Allah baiklah rumah tangganya. Hanya lelaki beriman dan bertaqwa mampu memilih perempuan yang beriman dan bertaqwa. Dan begitulah sebaliknya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..”
Jadi, sama-samalah kita bermuhasabah diri. Wassalam.
p/s: Actually petikan ni aku petik dr 1 novel yg b'tajuk "Warkah Cinta Berbau Syurga" oleh Us.Ubaidillah Alias. Novel ni amat berlainan b'banding novel yg lain..Amat menarik. Kalau ade sesiapa berminat, tryla cari buku ni..