Saturday, August 22, 2009

Ahlan Ya Ramadhan..

Tahun ni, 1 Ramadhan bersamaan dengan 22 Ogos 2009, hari Sabtu.. Bermula la puasa semua umat Islam.. Ada yang dapat berbuka dengan keluarga, ada jugak yang xdapat berbuka dengan keluarga, dengan teman2 sahaja.. Bila tibanya bulan puasa, teringat kisah zaman nabi.. Zaman nabi dulu, bila tiba bulan puasa, baginda dan para sahabat rasa amat gembira xsabar nak sambut.. Bila raya dah dekat, semua rasa sedih sebab bulan puasa yang penuh barakah dah nak pergi meninggalkan mereka..

Tapi zaman kita sekarang pulak berlainan. Terbalik. Bila bulan puasa dah dekat, ramai mengeluh (walaupun segelintir tidak).. Tv & radio pun mulala nak wat iklan raya walaupun lambat lg. Bila da dekat raya, semua hepi.. Yela, xkena puasa dah kan.. Baju raya lak, ada yang dah siapkan awal tahun lagi.. Banyak pasang lak tu.. Isy3..
Xpelah, apapun semua ni bergantung atas niat orang tu sendiri.. Cuma teringin nak pesan kat sini, bagi siapa2 yang ada keuzuran yang menghalangnya daripada puasa, jangan lupa lak nak ganti. Ingat, puasa tu wajib. Jangan amik remeh benda ni. Aku rasa pantang sangat kat orang yang wat sambil lewa je. Kalau xsempat ganti, kena ganti lagi n bayar fidyah. Kalau da tau, tp xwat gak xtaula nak cakap pe.

K lah, sambung balik pasal td, bila tibanya bulan puasa, sms pun mula masuk..
>> Bila anak bulan dah menangis, mak cik wat baju tersenyum2, harga tepung dan telur naik, mak sibuk merengek nak perabot baru dan iklan Yusuf Taiyoob berkumandang, itu tandanya bulan puasa dah dekat. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. 

>> كل عام وأنت بخير.. أهلا يا رمضان..
Marilah kita sama2 bertaubat, semoga Allah mengampuni kita.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun & Maha pedih azabnya..d’_’b
>> AHAD cari ISNIN, na k tanya nampak x SELASA Agar ingatkan RABU bagitahu KHAMIS supaya xlupe msj kat JUMAAT yg SABTU dah puasa!! Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. luv u fillah..
>> Bulan Ramadhan Bulan Mulia, sentiasa dinanti hmba bertqwa, maaf dipinta drpd ana, Insan yang banyak melakukan dosa. Say welcome to ramadhan say gudbye to syaitan.
>> Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah abaikanlah puasa umat NAbi Muhammad jika apabila sebelum memasuki bulan RAmadhan dia tidak melakukan 3 perkara:
1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada ke2 orang tuanya.
2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dgn org2 sekitarnya". Maka rasulullah pun ucapkan Amin3x.
>> Jangan lupa renew Lesen Mulut, servis hati, kawal kadar pencemaran mata % telinga, pelihara enjin perut, tax minda & cukai kesabaran. Anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah MAlam Lailatul Qadar 1430. Jom perbanyakkan Ibadah & Beramal pada Ramadhan ini.. Tuah anda sape yang tahu..! Amin. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
>> SAban tahun ramadhan bertandang dan pergi, mengetuk pintu hati, masuk tanpa disedari oleh hamba yang lupa diri, berakhirnya ia menjadi tangis buat si pengejar ukhrawi, kerana belum pasti, masihkah bernafas untuk bertemunya lagi.
>> Ketenangan ada dalam iman, bahagia ada dalam redha, sihat ada dalam solat, damai ada dalam zikhrullah, manfaatkanlkah bulan mulia yg tiba.. I'Allah pahala akan berganda. Slm ramadhan u shbt2. Ampun maaf dpinta. Moga Ramadhan kali ini penuh makna buatmu..

Dahla, penat da nak taip. Apapun, selamat menyambut ramadhan semua. Moga2 ramadhan kali ni lebih bermakna dari tahun lepas. Cuba kejar sebanyak mugkin pahala. Azamku kali ni, dapat habiskan Quran 30 juzuk dan dapat jumpa dengan malam lailatul Qadar di samping dapat smayang terawih tiap2 hari.. Amin..Ok, wassalam.

0 comments:


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .