Sunday, December 27, 2009

Peristiwa lucu

Lama betul aku xupdate blog. Xada peluang, sebab minggu2 lepas amat sibuk. Tambah2 laptop pun bukannya ada kat depan mata. Hehe. Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsi, tp kali ni biarlah sekadar cerita yang ringkas saja.

Ceritanya camni, semalam aku dan adikku (Farhan) plan nak keluar pergi Times Square, sebab nk terminate broadband. Dijadikan cerita, sebelum kami bertolak, adikku mesej, katanya bila dah naik bas, mesej kat dia. Sebabnya, mahallah dia selepas mahallahku. Kiranya bas akan lalu di mahallahku dulu sebelum lalu kat mahallah dia.

Lepas tu, tunggu punya tunggu bas pun sampai. Bila nampak je bas rapid, aku terus naik. Lepas tu aku terus mesej farhan, kata kat dia yang aku dah naik. Bila bas benti kat dpn mahallah dia, adalah nampak kelibat dia kat situ. Ingatkan dia nampak, jadi aku xlambailah kat dia. Tiba2, bas bergerak tapi xnampak pun dia naik. Aku pun jadi geramla dan terus lambai kat dia. Dia perasan, tapi bas dah gerak la. Sabar je la aku time tu.

Masa aku tengah taip mesej kat dia, datangla 1 mesej. Lepas tu, jadilah perbualan antara kitorang.

Farhan : Kak nak pergi mana?
Aku : Nak pergi putralah. kenapa xnaik bas td?? Kan kak dah mesej..
Farhan : Eh, bas yang kak naik tu u12 la.. bukan t231..
Aku : O eh?? haha.. em, pastu bas ni pergi mana?
Farhan : Greenwood.
Aku : Alamak, lepas tu camna ni weh??
Farhan : Berhenti la kat sana, lepas tu cari bas mana2 pergi putra.

Masa tu bukan main lagi aku rasa malu (malu dengan diri sendiri haha). yela, dah silap naik bas kan.. Tersengih sorang2 kat situ..haha,lawak betul. Sebelum ni, selalu naik bas t231, tak pernah la plak naik bas u12 ni. Lagipun, tak pernah tahula akan kewujudannya..hehe.. Bila nmpk bas je, terus redah. Bukan nak cek dulu. Hah, kan dah silap. Padan muka.

Tungu punya tungu, bas tak berhenti2. Lepas tu, ada sorang tekan loceng. Tapi aku x turun, sebab serba salah. Bas pun bergerak lagi. Bila rasa agak lama, aku tak tekan loceng, tapi tanya farhan," bas ni akn henti sendiri kat greenwood ke kita kena tekan loceng?". Farhan pun balas yang dia tak tahu. Lepas tu, mulala naik cuak. Aku kat mana ni?? Nasib baik ada sorang tu tekan loceng, jadi aku pun turunla terus. Xde idea pun tempat tu kat mana, yang penting kena turun. Bila dah jadi macam tu, aku pun tanpa ragu2 terus cari teksi. Bila dah dapat naik rasa lega. Biarlah mahal pun. Lepas tu, cakapla kat pak cik teksi nak pergi lrt putra.

Bila dah sampai, aku tengok keadaan sekeliling. "Rasa2 tempat ni macam familiar, tapi kenapa rasa macam bukan putra je??" Lepas tu, tengokla kat sign box, rupa2nya kat situ taman melati!! Lagi sekali terkena. Pak cik ni...ummpphh..

Lepas tu, terus beli tiket pergi putra. Masa naik escalator tu, baru terfikir. Kenapa aku beli tiket g putra plak?? Sepatutnya xpayahla, sebab kalau dari putra pun, tren akan lalu balik kat cni.. Apadaa... Tersengih lagi sorang2..Pastu pikir balik, xpelah, takut nanti naik xsama tren plak.. sabar je..

Last sekali, dapatla jumpa farhan kat putra. Tp xcerita la plak kat dia yg tersesat sampai kat Taman Melati. Malu. Senyap sudahla haha. Ada banyak lagi cerita yang berlaku lepas tu, tp xpayahla cerita. Agak kelakarla, dengan cerita finaz terblackout musolla la, dan macam2 lagi..haha.. Xpela, pengalaman.. Biasala hidup, ada pahit manisnya.

Pengajaran kat sini: Lain kali, kita kena alert dengan apa yang ada kat sekeliling kita. Jangan main redah je. Fikir dulu apa2 sebelum buat. Kalau x, nanti menyesal. Dalam keadaan macamku, duit dan masa pun membazir.. Tp xpelah, ujian tu.. Jadi, kita kenalah banyak2 bersabar.

Walalhualam.

2 comments:

bella said...

hahaha... mu ni kila..... naik bus ikot de.... huhuhu... doh tau saloh naik bus turun la dlm uia gak... ni pah mano tau, hahahaha.. bgus!! pengajaran buat mu....hahaha...

ibnah said...

dah tu nk wat gano...jd "blur" kejap time tu... heheh...xpelah,sekurang2nya dpt jd berani...


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .