Wednesday, November 25, 2009

Pengalaman di hospital

Pengalaman semasa menjaga nenekku di hospital minggu lepas, banyak buat aku berfikir. Lebih dua minggu nenekku ditahan, sebab tulang tangan dia patah dan pecah. Jadi, kami anak-beranaknya pun bergilir2 jaga dia tiap2 hari. Sekarang, Alhamdulillah dia dah dapat pulang ke rumah.

Semasa di sana, ramai pesakit aku dah jumpa. Disebabkan nenekku ditempatkan di wad ortopedik, jadi pesakit2 berkaitan dengan tulang sahajalah aku jumpa. Lepas selesai uruskan nenekku, aku pergi berbual dengan diorang. Kalau x pun, jalan2 je. Dan macam2 cerita aku dengar dan lihat.

Pesakit 1: Berumur 29 tahun. Tak kahwin lagi. Manis orangnya. Sampai sekarang dia ditahan di wad dan terpaksa bercuti dari kerja selama setahun. Kakinya sakit apa ntah, aku pun xpasti. Tapi mengikut ceritanya, benda ni baru je menyerang. Bila ingat kembali, dy pernah accident sikit masa kecil. Tapi effect dy sekarang baru nampak.

Pesakit 2: Mak cik. Lingkungan 50-an. Sakit stroke. Ibu tunggal dan mempunyai anak tunggal. Anak perempuan dia baru saja berumur 13 tahun. Tak bersekolah. Tiap2 hari anak dialah yang jaga dia. Tiap2 hari tanpa jemu dia jaga mak dia, mandikan, suapkan nasi dan macam2 lagi. Tak mengeluh sikit pun, malah selalu juga beramah mesra dengan orang lain. Bagus kan?? Kalu kita, macam mana? Boleh tak jadi macam dia?Cuba bayangkan, masa kita di tingkatan 1, apa kita dah buat?

Pesakit 3: Sakit stroke jugak kalau tak silap. Umur pun lebih kurang mak cik tadi. Tak boleh bergerak langsung. Tiap2 malam anak lelaki dan suami dia yang jaga. Mujurlah anak dia dah besar. Tapi cuba tengok di sini, anak LELAKI yang jaga ibu. Baguskan, dan memang WAJIB pun ke atasnya.

Pesakit 4: Seorang cikgu, berumur 47 tahun. Cina. Pesakit kanser. Katanya, bulan ni baru dia tahu yang dy menghidap penyakit kanser. Sebelum ni, dia xada langsung penyakit. Bila dia ada rasa sakit2 kaki nak jalan, baru dia cek dengan doktor. Lepas tu, dia dapt tahu yang dia ada sakit kanser kaki. Dan sekarng ni dah merebak dekat paru2 dan naik ke otak. Tahap ketiga. Cepat betul. Kami yang dengar pun terkejut. Tapi dia rilek je. Nampak mcam x sakit dan x mengeluh langsung. Malah katanya, dah nak kena sakit, nak buat macam mana?? Kena redhalah.Kena terima. Xkira sape pun, kalau dah nak kena tu, kena jugaklah. Hah, terkejut jugak aku dengar dia kata macam tu. Aku cuma mengiyakan saja. Terdetik jugak di hati, alangkah bagusnya kalu dia ni peluk agama Islam. Kan lebih baik, dan alangkah untungnya dia. . Kemudian, ramai juga doktor yang rekemenkan dia supaya buat kemoterapi. Tapi banyak kali dia menolak, sebab katanya nak buat apa?? Kalau buat pun, xkan sembuh jugak. Sama je kalau buat @pun tak. Semua orang akan mati jugak akhirnya. Cikgu ni cuma setuju nak buar radiografi di otak dulu, di samping makan supplement. Pasal kemo, dia akan fikirkan balik.

Pendapatku

Cuba kita lihat balik pesakit2 ni, dan perhatikan apa yang diorang dah buat. Bagus kan mereka?? Aku amat tertarik sekali dengan cerita cikgu cina dan anak lelaki yang setia menjaga ibunya. Tentang kisah anak lelaki tu, suka aku tegaskan tentang tanggungjawab seorang anak terhadap orang tuanya. Seorang anak memang WAJIB menjaga ibu dan bapa mereka xkira bila sihat ataupun sakit. Biasanya bila sihat, ramai anak2 akn berbakti kepada ibu bapa. Bila raya, ramai akan berkumpul . Tapi bila salah seorang sakit, ramai yang lari. Mulalah bergaduh pasal giliran nak menjaga. Kenapa perlu bergaduh?? Jijik ke dengan mereka?? Apa, mereka dah buat salah ke? X kan. Cuba kita ingat dan bayangkan balik semasa kita kecil, mereka jaga kita dengan teliti. Kalau sakit, sampai tak tidur malam. Kalau anaknya 12 orang, semua dia x abaikan kan?? Jadi sekarang, kenapa susah sangat orang nak balas balik? Tak senang hati aku kalu ada yang bergaduh pasal ni. Dari cerita yang pernah aku dengar dan lihat, bila si ibu sakit, anak lelaki terus serahkan kepada adik-beradik perempuannya untuk jaga ibu. Alasannya, xkan orang lelaki nak jaga perempuan?? Kan aurat? Dan begitu jugakla sebaliknya bila si ayah sakit. Anak lelaki yang jaga. Kenapa jadi macam ni? Sepatutnya dalam hal ni, semua patut lakukan peranan masing2. Xpatut bezakan antara lelaki dan perempuan. Ya, memang pada asalnya LELAKI xlepas dari tanggungjawab dia. Bila kahwin pun, dia wajib jaga ibu bapa selain dari isteri dan anak2nya. Perempuan pulak, dia kena ikut suami pula. Tak wajib baginya, tapi dia harus jagalah jugak kan, sebab dah jadi anak kan.

Pasal cikgu tu pulak, kagum sekali aku dengar ayat2 dia. Lagi sekali aku amat berharap jika dia masuk Islam. Cuba bandingkan dengan kita, bila kita ditimpa musibah, apa kita buat?? Kita terima dengan rela hati ke? Mesti mula2 mengeluh dan rasa xpuas hati. Xramai seperti cikgu ni. Dia boleh cakap, ada hikmah di sebalik semua, sedangkan benda ni dia pikir dengan sendiri. Kita pula, memang dah tau pasal ni, tapi xyakin pula. Lagi satu, pasal kanser pula. Hati-hatilah, sebab dia akn menyerang sesiapa saja x kira usia, walaupun keturunan kita xada. Sebagai contoh, cikgu tadi dan juga sepupuku. Sepupuku, yang sepatutnya ambil spm tahun ni, terpaksa tangguhkan sebab mengidap kanser tulang. Kasihan dia, lepas buat kemo, semakin hari semakin kurus dan botak. Apapun yang penting, jagalah pemakanan kita. Hindari makanan2 segera. Dan banyak2kan insafi diri.

Wallahualam.

2 comments:

Shito-Ryu Karate-Do said...

tok dae nok baco...
tapi nak komen,bersyukurlah kerana kita masih sihat...

Nikmatai maghbunun fihima kasirumminnas,assihatu walfaraghu...

2 nikmat yang manusia sering lupa,sihat dan lapang.

ibnah said...

betul2.


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .