Tuesday, January 5, 2010

Don’t judge a book by its cover (siri ke-2)

Kenapa siri ke-2?? Ada buat siri pertama ke sebelum ni? Actually xpun,, aku sengaja buat tajuk siri kedua sebab dah ada orang yang buat tajuk nisblum ni… jd bahagian aku ni dikira sambungan dari blog dialah.. Cuma bezanya, aku cerita pasal lain, dia cerita pasal lain.

Kalau ada sesiapa yang nak tahu pasal apa dia cerita, sila klik sini

Xmahu komen lebih2, tapi aku rasa ape yang dikatakannya tu betul. Benda ni banyak terjadi kat kawan2 aku ( bekas pelajar agama ). Memang xdinafikan, xsemua “output” yang keluar itu bagus.. Terutama bab pakaian (faham2 la yer ). Xmahu juga ulas bab ni lebih2, sebab semua dah tahu. Ianya bergantung pada diri masing2. Oklah, sambung pasal tadi. Walaupun outputnya macam tu, tapi InsyaAllah mereka2 ini banyak juga ilmu pasal agama. Yelah, dah belajar selama 5-6 tahun masa menengah dulu. Cuma masalahnya, tinggal nak amal je. Xsemua orang amalkan apa yang dah dipelajari. Walaupun macam tu, insyaAllah ilmu mereka masih ada. Masalahnya kat sini, ramai orang suka judge seseorang berdasarkan ape yang diorang nampak dari luar. Bila golongan2 ni bercakap, ramai juga yang berbahas, seolah2 xmahu terima apa yang mereka kata. Walaupun kadang2 pelajar agama ni bagi hadis bukhori & muslim, orang yang lain tetap nak pertahankan hadis2 lain lagi patut diterima.

Entahla.. Kadang2 bila ditanya dari sumber mana mereka tahu, mereka pun katalah dapat tahu dari situ, sini. Ye, memang betul xsalah pun bagi orang yang bukan bekas pelajar agama bagi pendapat, sebab kadang2 kata2 mereka ada juga betulnya. Bukan juga aku nak cakap kadang budak agama xbetul, cuma kadang2 mesti ada juga yang silap tafsiran.. so, jadilah perbahasan.. Walau camne pun, aku cuma nak nasihat kat semua janganlah mudah judge dan pandang remeh kat orang, dan cubalah saling terima pendapat masing2. Xsalah bagi sesiapa nak bagi pendapat. Kalau boleh, bincang elok2 dan jangan reject terus..

Berbalik pasal cerita aku pulak, sebenarnya ramai juga yang salah anggap pasal diriku bila mula2 kenal. Aduh,, lemahla aku bab ni. Semua orang pasti akan cakap pasal benda sama. Mula2 agak terkejut bila aku dengar macam2 jawapan bila aku tanya ramai orang, “what is your 1st impression about me?”, tapi lama2 dah ok la. Aku cuba terima apa yang mereka kata. Nak tahu apa diorang cakap? Dari dulu sampai sekarang, sama je jawapan. Diorang cakap, masa mula2 kenal, nampak macam sombong, garang, susah nak masuk dengan orang, serious je. Bila pandang orang, macam nak telan je.. haha..Betol ke?? mesti korang mengiyakan, kan?? Tapi lepas tu, semua mesti jawab, lama2 bila dah kenal, barulah ok. Barulah tahu yang aku ni baik sebenarnya (ni diorang yang kata ok). Barulah tahu yang statement sebelum ni semua salah.. Haaaa, kan??? Itulah, memang aku terkejut kot dengar mula2. Sampai ada 1 kes tu, xpayah tunggu aku tanya. Sebabnya ada satu hari tu, tetiba datangla mesej dalam inbox aku, dia kata dah lama da dia nak ckp pasal benda ni kat aku. Rupa2nya dia tak puas hati pasal mataku. Macam2 la dia cakap pasal aku. Sedih aku dengar . Aku pun terangkanla kat dia hal sebenar. Tapi still xnak terima. Lepas banyak sem dah lepas, dia mesej balik. Tapi kali ni dia ckp aku dah nampak ok la. Dia ckp waktu dulu, aku ni sebenarnya baik orangnya, cuma tang mata je yang kurang sikit. Hmmmphh.. Tapi satu je, sampai sekarang dia xnak mengaku siapa dia. Biarlah, lantakla dia siapa pun, asalkan dia dah sedar hal yang sebenar. Aku pun xkisah jugaklah cerita pasal dia kat blog ni.. Suka hatilah, biar sama2 rasa macam mana.

Kat sini, suka aku terangkan yang actually diriku ni sebenarnya bukan yang macam korang sangkakan. Bagi sesiapa yang dah kenal, dia akn setuju dengan apa yang aku kata. Betul x?? aku tahu, ramai orang yang tak puas hati pasal mata aku ni.. Dahtu, nak wat macam mana?? Dah memang semulajadi. Xboleh dah nak ubah. Nak kata aku jarang senyum, tak la pulak sebab xde pun yang kata aku jarang senyum. Diorang cakap suka senyum adalah( kat perempuan je.budak laki watpe, xpenting.) Cuma bab “mata” saja. Ntahlah, aku xreti nak buat macam mana. Ramai jugak yang takut nak dekat, sebab gerun. Mintak maafla semua, sebenarnya aku bukan macam tu. Dah xleh nak ubah. Aku xde pun langsung niat nak pandang korang semua macam tu.Kadang2 xsedar langsung yang aku dah buat orang anggap aku macam tu. Lainlah kalau ade sesiapa yang boleh bagi cadangan macam mana aku boleh ubah? Ada sesiapa??

In a nut shell (chewah), tolonglah ingat wahai manusia2 sekalian, janganlah kita mudah judge orang sembarangan. Sebab xsemua yang kita sangkakan itu betul. Memang betullah quote BI tu kata, “DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER”, ok?? Lagi sekali lagi aku nak minta maaf bagi sesiapa yang tak puas hati denganku, dan kalau boleh tolonglah mengaku diri tu sape kalau nak tegur orang pun. Bukan nak marah, tapi lagi selesa dan senang nak bincang.

Wassalam.

2 comments:

bella said...

hahaha... betol 2, dah mata mu gitu xleh nak ubah.. pada org yg judge kila 2, jgn main ckp je,pe prasaan ko bile org tuduh ko cm 2??? dulu 1st aku kenal kila pon aku ckp dia sombong(xda la sapa aku msg kila as a secret person yg bg cm2 komen tntg mata dia) but bila dah betol2 kenal nga dia baru la kita kenal sape dia sbnar... ala kbykan kita ni tgk org dari pndgn luaran(termasuk aku, 2 yang aku tulis pasal don't judge.....2).. so, ni la msa tuk aku n kita2 sume berubah....hehehehehehe......

Anonymous said...

sama ngan izzat..haha
ape kate kita operate lpas ni...nak??haha


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .