Kawan? Ada apa dengan kawan? Baru2 ni, kerap kali juga terfikir, apakah kawan penting dalam hidup kita? Mana lebih senang, hidup dengan ramai kawan ke sorang2? Kalau disentuh bab ni, susah jugak nak pikir. Walau macam mana pun, masing2 ada baik dan buruknya. Bila diikutkan pengalamanku, bila timbul je masalah yang libatkan kawan, rasa lebih baiklah nak wat apa2,sorang2. Xpayah tunggu kawan. Nanti kita sendiri yang rugi. Tapi kadang2 fikir jugak bila masalah terpaksa ditanggung sendiri, rasa lebih baikla pulak kalau ada kawan. Ha, macam mana tu?? Mana lebih baik??
Aku menulis ni bukan apa, tapi sebab baru2 ni, benda ni selalu je bermain kat fikiranku. Bila diingat balik, memang susah nak pikir. Yelah, tambah2 diri ni perempuan. Kalu ditanya kawan2 perempuan lain pun, dia akan setuju dengan kata2ku. Kalau nak tahu, perempuan ni cepat sangat sensitif. Bila datang je satu benda atau masalah baru, diorang akan selalu fikir pasal benda tu, besar2kan hal tu. Bila xdapat selesai(sebab diorang nampak benda ni sbg masalah besar), kawan pulak jadi mangsa. Cepat betul terasa ngan kawan dia. Kenapa la susah sangat eh nak lupakan benda2 kecil begini?? Bila mood xstabil, memang kami nampak macam susah nak selesaikan. Tapi bila mood dah ok, bila dipikir balik, barulah sedar yang benda tu kecik je sebenarnya. Kenapala aku dulu xleh nak pikir?? Ha, masa ni la baru terasa nak gelak sorang2.
Macam mana yer?? Susah jugak nak kontrol emosi ni. Ntahla.. tambah2 bila makin besar, makinla sensitif. Cuma bergantung kat seseorang fikir mana baik, mana buruk. Tapi, ada jugak orang kata, menurut kajian, lelaki lebih cepat sensitif dari perempuan. Ha, betul ke?? Ntahla belalang, aku pun xtau.. Apapun bagiku, ada ketika kita perlu berseorangan, xperlu bantuan sesiapapun. Kalau tidak, kita sendiri yang rugi. Dan ada juga ketika kita perlukan kawan, kalau tidak dari segi bantuan apa2 pun, sekurang2nya boleh jadi tempat luahan perasaan hati. Sebabnya, mereka sebaya dengan kita. Ada kalanya mereka lebih memahami perasaan kita berbanding family. Masalah sensitive tu, itu cuma faktor umur. Ia xkekal. Masa nilah kita dapat jadikan dia sebagai pengajaran. Pengajaran yang dapat mematangkan diri. Bila dah dewasa, ok la tu.. Betul x??
OKlah, sampai disini aja. Wassalam.
2 comments:
Semuanya bergantung kepada keimanan.
Kalau orang tu imannya tinggi,Allahlah yang selalu menjadi peneman di kala susah ataupun senang.
Kita kena jadi seperti itu.
Kalu ambo, coklat boleh tenangkan fikiran.
Hidup bersama keluarga adalah yang paling seronok.
Apatah lagi bersama kelurga bawah kita.
Wallahu A'lam.
Ya, betul tu. Itu yang kita nak dan seharusnya capai. Bila iman kita tinggi, Allah akan selalu menjadi peneman kita dikala susah dan senang.
Post a Comment