Tuesday, January 26, 2010

Apa kata anda?

Kisah A

Ada satu mlm tu, ada sorang budak ni, dia pergilah ke satu kedai makan. Lepas tu, dia pun order la 8 roti canai kosong untuk dibawa pulang. Sementara menunggu roti canai tu siap, dia berbual dengan mak dia. Bila je roti canai tu siap, dia terus membayarnya dan pulang ke rumah. Sampai je di rumah, dia cepat2 hidang roti canai tu disebabkan lapar. Masa tengah makan tu, dia bilang roti tu. Tengok2, roti tu ada 7 je. Kiranya, peniaga tadi terlupa nak bagi dia satu lagi la. Em, persoalannya, kat sini kita nak salahkan siapa? Peniaga tu ke? Adakah dia dapat dosa kerana xjujur? Kalau peniaga tu tak sengaja, macam mana? Dan macam mana pula kalau budak tadi dah berjalan 9,10 langgkah, lepas tu baru dia tersedar, tapi dia x panggil??Hah, macam mana?? SmileyCentral.com
Say Something!

Kisah B

Keesokan harinya, budak tadi pun berhajat nak pergi ke pasar malam. Dia pun bersiaplah. Lepas dia siap, dia terus pergi ke pasar malam tu bersama adiknya dengan membawa rm10. Puas dia berjalan, dia pun berhenti kat satu kedai ni. Dia berkata dalam hati, "aku nak makan nasi kerabu la. nampak sedap je."Kemudian, dia pun order 2 bungkus sebab adik dia pun nak jugak. Lepas siap je, pekedai pun mintak rm6 dan dia pun bagilah kat mak cik tu rm10. Then pekedai tu bagi dia duit baki balik. Lepas tu, dia pergi kat kedai jual ayam goreng pulak (ala, ayam macam kfc tuh). Disebabkan terliur, dia pun pilih ayam yang besar sekali, harganya rm4. Dengan gumpalan duit yang ada kat dia, dia pun keluarkan rm1 dan selebihnya dia bagi kat pekedai. Kemudian, termakbullah akad jual beli.

Selesai saja membeli, dia pun pulang. Sedang berjalan tu, agak2 2,3 minit lepas tu, dia pun terfikir2 dan terkira2 duit yang dia belanja tadi. Tiba2, dia tersedar yang dia lupa nak bagi lagi rm1 kat pekedai tadi. Dia monolog dalam hati, "nak bagi ke tak nak ah?? tapi, pak cik tadi xcakap pape pun..".. Masa tu, kaki dia melangkah lagi. Fikir punya fikir, nasib baiklah hati dia terbukak nak bagi balik rm1 tu kat pak cik tadi. Sebabnya, dia rasa tidak sedap hati. Jadi, selesailah urusan dia selepas dia bagi balik kat pekedai tu. Persoalannya juga di sini, apa hukum kalau dia tak pulangkan duit tu kat pekedai tadi?? Yela, pekedai tu pun xcakap apa2.. Apa pendapat korang?? Pernahkah kalian berada di situasi ni?? Kalau korang, apa yang korang nak buat??
SmileyCentral.com

9 comments:

Rerama Ungu said...

Situasi pertama, roti tu ada tujuh sebab dia dah makan sekeping roti...

Situasi kedua, kalau dah ragu, kenala bagi...mana tahu mungkin orang tu tak panggil sebab dia pun tak perasan.

Wallahu A'lam.

ibnah said...

situasi pertama, dia bilang memang ada tujuh, termasuk skali ngan yg dia makan. lupa nak cerita, masa tu da nak bahagi kat semua ahli keluarga dia 2 keping sorang. tu yg xckup.

situsi dua, kalau dia tetap xnak bagi duit masa tu, apa jadi kat dia?

Rerama Ungu said...

Situasi kedua kalau dia yakin dia bagi tak cukup ataupun dia ragu-ragu,kalau dia tak bagi memang bahaya.

Hutang tu.

Dan dia seorang yang tahu.

Kalau orang lain tahu boleh orang tu tolong bayar kalau dia mati.

Kalau orang tak tahu,kalau dia mati xde orang nak bagi tahu.

Unknown said...

situasi 1st, terpulang pada diri utk halalkan atau tidak. se-elok - eloknya halalkan je la sebb mungkin mamak roti canai tu tak perasan.

situasi 2nd, kalau ada sifat ragu2 tu kene laa pulangkan balik. heheh best nye main comment2 ni

ummu khosyatillah bt muzakir said...

salam.
cth mcm ni.
kita dpt markah exm
bila cek balik,
sir salah masuk markah.
kalu kurg, mesti kita minta utk tambah
tapi kalau tlebih, jujur ke kita nk mengurangkannya?
tambah lak kalu dikurangkan markah tu,
kita akn gagal paper..
ermm..

ibnah said...

khairul: betul3..
ummu: emm,samalah tu kondisi dy.. emm..

ummu khosyatillah bt muzakir said...

ermm..
kalu makanan xpayah kisah sgt
anggap tu bkn rezeki je..
tapi kalu markah ni..
org ralat sikit..hehe

Rerama Ungu said...

makanan...markah...

kita tak persoalkan pun kalau terlepas ibadah...

ibnah said...

aah kan?? betul gak tu... hmm... tq ingat2kan..


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .