Wednesday, November 4, 2009

Aku dan pendirianku.

2,3 hari lepas, aku pergi ke sekolah lamaku. Niat yang utama nak ambil sijil spm ku yang x seberapa menarik. Sambil2 tu lawat kawasan sekolahku yang semakin lama semakin banyak perubahannya. Tapi sekejap saja, lebih kurang sepuluh minit. Siap je ambil sijil, aku terus ke luar pagar mencari adikku. Aku tidak tahu kenapa, tapi hatiku rasa xselesa nk singgah lama2 di sekolah ku itu, Sebab takut jumpa mana2 ustaz yang mengenaliku. Haha, mungkin orang akan berasa hairan, apasal aku nak lari dari ustaz lak?? Apa yang nak ditakutkan? Kalau orang lain, diorang sengaja cari ustaz ustazah.

Tidak mengapala bagi orang lain nak fikir apa pun. Tp aku punya alasanku tersendiri. Mungkin ada yang akan gelak bila aku katakan sebabnya nanti, tapi padaku tidak. Ianya merupakan satu perkara yang besar. Nak tahu sebab apa?? Sebabnya adalah tudung yang aku pakai. Bagi sesiapa yang mengenali sekolah Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu, tahulah mereka bagaimana pakaian yang selalu dipakai oleh pelajarnya , iaitu tudung bulat bersama baju kurung @ jubah. Jadi, apa kaitannya dengan tudung yang aku pakai?? Aku pakai tudung bawal ke? Oh tidak..tudung itu, tidak ku pakai. Yang ku pakai sekarang adalah tudung tiga segi berbidang besar sedikit. Ada bidang 50,55 dan 60. So, apa masalahnya?? Salahkah aku pakai tudung tu??

Ada masalahnya sebenarnya, dan ianya adalah dua benda yang berbeza pabila dipandang oleh kami. Tambahan pula, aku agak rapat dengan ustaz2. Jadi, jika diorang terserempak denganku, aku jadi segan. Benda ni dapat diketahui oleh pandangan mereka. Walaupun mereka tidak ada kata apa2(sebab tidak ada salahnya), aku dapat rasakan yang mereka mesti rasa agak kecewa pabila anak2 muridnya berubah imej. Alangkah lebih baik jika kami semua mengekalkan imej2 kami yang terdahulu. Tapi apakan daya, setiap orang ada alasannya tersendiri. Bagiku pula, aku berpakaian sebegini oleh kerana aku memikirkan akan kerjayaku kelak. Seterusnya, keadaan familiku. Aku rasa tidak perlu nak ulas lebih2. Faham2 je la. Apa yang pasti, aku dengan pendirianku. Setakat ini, aku adalah diriku yang sebenarnya. Dan aku berharap agar satu hari nanti, jika ada peluang, aku akan berubah kearah yang lebih baik.

3 comments:

aku abid said...

takda masalah tudung apapun..

cuma.. sudah pasti ustz n ustzh akn rasa sedikit terkilan.. sbb guna tudung bulat sngt bagus. tp, dlm al quran, Allah tak sebut pun tudung bulat. yg penting menutup aurat..

bila da menepati syarat2 menutup aurat, apa yg nak dibahaskan lagi???

Islam itu indah.. Islam itu mudah..

takut2 bila kita berpikiran sempit sngt dgn mengatakan perlu pki tudung bulat je, ada yg tak bley terima.. camana kita nak dakwah kat org kalo org tak bley terima..

cukupla menepati syarat yg Allah tetapkan..

pandangla pandangan Allah..

ibnah said...

btul la tu apa yang ko katakan.. xperlu dipersoalkan.. cuma adalah lebih baik jika kita bertudung bulat.. apapun bergantung pada diri masing2 mana yang lebih baik utk dy..

Rerama Ungu said...

From you:

Dan aku berharap agar satu hari nanti, jika ada peluang, aku akan berubah kearah yang lebih baik.

Sedikit teguran dalam ayat ni.

Janganlah kita asyik menunggu peluang tiba kerana kita sepatutnya mencari peluang.

Sama juga dengan perubahan. Jangan menunggu hidayah keran Allah sudah lama memberi anda hidayah.
Mind is one of the guidances from Allah.

Sedikit teguran:

Tentang tudung tu,

Maaf cakap sebab mungkin akan nampak tidak senonoh.
Walaupun tudung tu bentuk bula,bentuk tiga segi atau petak,biarlah labuhnya menutupi pinggul kerana baju atau jubah anda tidak mampu menutupnya.
Aku mengetahui perihal ini daripada kawanku.


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .