Wednesday, November 4, 2009

Aku dan perubahanku.

Di sekolah dulu, aku boleh dikatakan aktif dalam persatuan juga walaupun tidaklah sekuat mana pun. Tambahan pula, aku tinggal di asrama. Jadi, agak ramai ustaz yang mengenaliku dan aku pun agak rapat dengan mereka. Sewaktu di sekolahku dulu, aku rasa amat gembira sekali. Sebabnya saban hari aku tinggal bersama kawan2, ada ceramah agama yang xperlu aku cari sendiri, dan etika pakaiannya yang buatku rasa selamat. Ye, memang pakai tudung bulat ni lagi senang dan rasa selamat. Dan aku tidak mempunyai seorang pun kawan lelaki waktu itu. Tidak ada seorang pun.Sampaikan kalau pergi kedai nak beli sesuatu, aku rasa agak segan nak bercakap dgn golongan adam ini.

Tapi itu semua cerita dulu. Sekarang dah lain. Sekarang ni aku dah melangkah ke alam universiti. Suasana belajar yang bercampur lelaki dan perempuan. Masih ku ingat lagi, waktu mula2 daftar masuk ke Uia. Kali pertama melangkah ke kelas pertama, aku berasa lain macam sangat. Sebabnya kelas itu bercampur dengan lelaki. Mungkin orang lain xfaham apa masalahnya, tp xpelah. Biar aku sahaja yang memahaminya. Mungkin ada sesetengah pihak yang pernah berada di tempatku, akan memahaminya. Bukan nak kata kami anti lelaki, tapi kami xbiasa dengan keadaan sebegitu.Bulan2 terawal aku belajar di sana, bukanlah perkara yang amat aku suka. Sebab sikit2 mesti ada group work bersama lelaki. Aku pula jadi agak pendiam waktu itu. Sampaikan budak2 lelaki di kelasku memanggilku dengan gelaran lain, bukan dengan nama sebenar sebab diorang tak tahu nama sebenar. Tp xpelah, aku tidak kisah sangat sebab maksud nama itu agak elok juga. Lagi satu, waktu meeting. Aku pun asyik diam je. Kalau ada ape2 aku nk cadangkan, aku xberitahu depan2. Aku beritahu orang atas aku(perempuan). Sebelum meeting pulak, atau jika ade sape2 ckp nk jumpa (atas urusan kerja), aku terus jadi berdebar walaupun ajak kawan teman. (ni debar sebab xbiasa k).

Makin lama aku fikir, aku rasa xpatut aku jadi begini, terus diam je bila ada lelaki. Sebabnya aku xakan dapat lari dari semua ni. Semua benda akan melibatkan semua pihak tambah2 lagi waktu bekerja kelak. So, lama2 aku biasakan diri dengan diorang. Kalau diorang tanya apa2, tegur ke, aku jawab. Kalau aku xjawab, takut mereka pulak akan fikir budak sekolah agama ni macam2. Jadi, lama2 perasaan berdebar, takut semua tu terus hilang. Adakah aku gembira dengan semua benda ni? Ye, pada mulanya. Sebab aku dah rasa selesa kerja dengan mereka. Dalam kelas pun, ada juga ketika waktu aku menyampuk. Dalam meeting pun sama. Kalau ada apa2 yang xpuas hati, aku terus bagi cadangan. Kadang2 siap perli pun ada. ( Maafla ye kepada sesiapa yang pernah bekerja denganku, hatinya terasa ke apa. Hehe.. ).Tapi sekarang, bila aku fikir balik, aku rasa x gembira. Sebabnya, aku rasa perangaiku dah mula berubah kearah yang tidak baik. Memangla orang kata kalu kita pandai jaga batasannya apa salahnya. Tapi sejauh mana kita pandai menjaganya?? Adakah tiap2 waktu kita sedar apa yang kita lakukan??

Aku pun masih ingat lagi sewaktu mula2 masuk dulu, seorang kawanku ada bercerita yang dia waktu itu mempunyai 3 orang pakwe dalam satu masa. Mak aih… terkejut gila aku dengar. Boleh pulak dia. Dan ada juga jenis kawan2ku yang solatnya xcukup. Walaupun ni benda biasa, tapi bagi aku ia perkara besar dan serius. Sebab kawan2 ku dulu xalami benda sebegini. Bila dah tengok depan mata barulah terkajut. So, adalah jugak aku ikhtiar cari cara xnak biarkan kawan2ku terus hanyut. Tapi kesannya hanyalah sedikit. Aku xkisah sebab sekurang2nya aku dah cuba. Tapi sekarang dah bermacam2 cerita aku dah dengar sampai boleh dikatakan kalis dengannya. Aku pun sendiri xkuat untuk melawannya. Sedih sekali, sekarang aku dah jadi amat lemah. Bila dah majoriti ramai kawan2ku macam 2, aku pula macam mana??Mungkin sekarang tidak lagi, tapi masa akan datang, macam mana?? Naudzubillah..

Adakah tindakan dan sikap aku sekarang betul?? Boleh sesiapa bagi komen?? Aku buntu sekarang.

5 comments:

aku abid said...

salam kila..

hmm.. tak dinafikan lumrah utk kita rasa bila kita berubah

cumanya nak kata kat sini.. dlm islam dah digariskan camana kita nak bermuamalat. cuba yg tbaek utk follow. insyaAllah akn jd lebey baek..

jgn lupa gak.. mhn doa pd Allah setiap masa. mhn Allah jg kita terutamanya hati kita nie.. sbb.. bila bergerak keja sama2, masa nie la hati kita diuji sngt2.

think +ve okek!

Rerama Ungu said...

pendapat saya:

Lebih baik anda jadi seperti dulu cuma satu yang anda perlu ubah.

Jadi seperti dulu,tetapi cakap bila perlu.

Dalam hidup saya,dulu saya lebih pemalu daripada seorang perempuan.
Saya pun sedih kerana sekarang malu tu hilang. Saya nak jadi macam dulu.
Dalam hidup saya juga saya temui seorang perempuan yang saya amat kagum kepadanya.
Pernah dua tiga kali berkerja sekali. Saya tengok beliau seorang yang amat pendiam.
Tetapi bila suaranya diperlukan,suaranya itu akan membuat orang lain senyap dengan cadangan yang cukup-cukup bagus bagi saya.
Tidak pernah saya kagum kepada seseorang perempuan yang pernah saya jumpa seperti saya mengagumi beliau.

Semoga kita tidak hanyut dengan sesuatu yang kita sangka halal tetapi sebenarnya halal itu nafsu kita yang menghalalkannya.
Sama-sama kita menuju jalanNya.

ibnah said...

bukan think +ve saja,tapi kena do something with +ve thinking..alangkah baiknya jika jadi seperti dulu.. doakn ye! apapun, terima kasih atas ingatan dan pendapat anda.

Sumaiyah said...

hehe
nk menyampok ar
be urself je kak
peduli mende depa nk ckp
mmg ar x dinafikan, saya pn berubah byk sejak masuk uia, ye ar, sejak dajah 5 duk ngan kelompok wanita2 jek. la ni cm terkezut gak. tp dah masuk dlm masyarakat. ni ar depa ckp culture shock.

btw, terpulang le pd dirik sendirik.
be strong n Allah will always be with us n help us. InsyaAllah.

psssttt:kalu nk cari geng, i can volunteer myself! ahaha =D

ibnah said...

be urself???tu betul, tp mne lg baik?? dulu ke skarang??

campur dua2 la kan... ambil yang positif, buang yang negatif..n be ourself.

thanks kalian :)


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .