Sunday, August 2, 2009

Buat renungan kalian..It's all about love!

Profesor Abdullah Nasih Ulwan pernah menulis dalam bukunya bertajuk Cinta. Dia membahagikan cinta manusia kepada 3 kategori.

Pertama, cinta kepada Allah dan rasul. Ini adalah cinta yang mulia.

Kedua, cinta sesama manusia. Di dalamnya ada cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada isteri dan anak-anak. Cinta ini adalah cinta biasa. Ia dibenakan dalam agama.

Ketiga, cinta nafsu iaitu cinta yang tidak dilandaskan syariat. Ia semata-mata berpaksikan cinta nafsu haiwan. Ini adalah cinta yang paling keji. Ia dilarang sesama sekali dalam agama. Bercinta antara teruna dan dara dibolehkan di dalam Islam dengan mengikut batas-batas syariat. Jika kita bercinta dan dalam masa yang sama dapat menjaga batas-batasnya, Insya-Allah kita akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar. Dengan pahala itu kita dapat menukarnya dengan syurga Allah.

Cara teruna dan dara bercinta ada banyak, yang menjadi asas dalam percintaan adalah komunikasi atau perhubungan. Apabila wujudnya komunikasi sama ada secara lisan, sentuhan ataupun pandangan, semua itu berkait rapat dengan hukum.

Macam mana mahu pilih pasangan hidup yang baik?

Kesilapan besar yang sering dilakukan oleh muda-mudi dalam memilih pasangan:-

Pertama, mengukur pada yang zahir. Contohnya apabila lihat yang cantik, terus berkenan. Nabi ada menyebut:

“ Barang siapa yang mengahwini wanita kerana kecantikannya, akan diharamkan ke atasnya hartanya dan kecantikannya.”

Kedua, mudah berkenan pada public figure. Biasanya lelaki suka memilih perempuan yang namanya disebut-sebut di khalayak ramai. Sebab inginkan populariti. Bukan tidak boleh, tetapi kena periksa dahulu kenapa namanya disebut-sebut. Jika kemasyhuran itu disebabkan ilmu dan keagamaannya, tidak mengapa. Jika sebaliknya, wajar dijauhi.

Ketiga, lelaki suka kepada perempuan yang pandai berceloteh dengan lelaki. Nabi ada bersabda:

“ Barang siapa yang banyak cakapnya, akan banyaklah dosanya. Barang siapa yang banyak dosanya, maka api nerakalah yang paling layak untuknya.”

Ciri-ciri wanita yang baik:

1. Dia diasuh dan dibesarkan dalm suasana keagamaan. Iaitu perempuan yang membesar dalam baitul muslim. Ibu bapanya berpegang teguh kepada agama, rajin beramal. Mencari rezeki yang halal, memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak dan mengasuh anak-anak dengan akhlak yang mulia.

Nabi bersabda sebagaimana mafhumnya:

“ Pilihlah tempat menyemai benih (zuriat) kamu kerana keperibadian pasangan kamu akan mempengaruhi zuriatmu.”

Persoalannya, banyak kes ibu bapa baik sahaja tetapi anak-anak macam hantu. Dan ada juga yang sebaliknya. Itu macam mana pula?

Jawapannya, semua ciri-ciri ini bukanlah sesuatu yang muktamad. Ia bukanlah 100% betul dan bukan 100% salah. Tetapi, ini adalah ciri2 yang digariskan dalam agama Islam. Islam meletakkan garis panduan untuk memudahkan urusan kita di kemudian hari, kebiasaannya tepat. Cuma, sekali-sekala ada juga kes yang ganjil.

2. Pilih yang rajin dan kurang berbual. Kerana perempuan akan banyak membantu lelaki menguruskan hal rumah tangga. Jika dia rajin bekerja, bererti dia seorang yang amanah. Tugas seorang suami sebenarnya adalah mendidik, mengajar anak-anak, mengemas rumah, memasak, menjahit dan membasuh. Malah nabi tidak pernah meminta Saidatina Aisyah menjahit pakaiannya. Keberadaan isteri cuma membantu meringankan bebanan suami.

Itulah gunanya isteri. Jika tidak sempat mengajar anak, ajar dahulu kepada isteri dan isteri akan ajar anak-anak. Jika dia seorang yang rajin, dia akan cepat belajar dan segera menyesuaikan diri. Sebab itu perlu pilih yang rajin. Kemudian pilihlah yang banyak belajar ilmu agama. Kenapa? Kerana ramai orang yang belajar ilmu agama tetapi malas mempraktikkannya. Lebih baik yang ilmunya sedikit, tetapi rajin beramal. Nabi juga ada menyebut:

“Sesiapa yang beramal dengan apa yang dia tahu, nescaya Allah akan mengajarkannya perkara yang dia tidak ketahui lagi.”

Lagi sabda nabi:

“Sebaik-baik amalan ialah yang berterusan sekali pun dibuat sedikit-sedikit.”

Rajin itu termasuk dalm ciri-ciri orang yang beragama. Sabda nabi:

“Sesungguhnya Allah menyukai apabila sesorang kamu beramal atau bekerja dan dia menekuni kerja itu.”

Kesimpulannya, semua ciri-ciri wanita pilihan tadi berkaitan dengan agama. Jika baik agamanya, Insya-Allah baiklah rumah tangganya. Hanya lelaki beriman dan bertaqwa mampu memilih perempuan yang beriman dan bertaqwa. Dan begitulah sebaliknya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..”

Jadi, sama-samalah kita bermuhasabah diri. Wassalam.

p/s: Actually petikan ni aku petik dr 1 novel yg b'tajuk "Warkah Cinta Berbau Syurga" oleh Us.Ubaidillah Alias. Novel ni amat berlainan b'banding novel yg lain..Amat menarik. Kalau ade sesiapa berminat, tryla cari buku ni..

2 comments:

su said...

eccey kila, sejak bile ske cintan cintun neh~? huhu~

nk kawen da~?

ibnah said...

xdek ah..sje ltk benda ni,sbb menarik..buku 2 len dr yg len


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .