Wednesday, November 4, 2009

Tudung

Teringat satu ketika mana aku hadiri jamuan hari raya. Waktu itu, adalah beberapa orang yang datang awal. Tiba2, terjadilah perbincangan mengenai isu tudung. Nak dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah ( lelaki ) tanya aku dan 2, 3 orang kawan aku ( perempuan ), “Eh nk tanya, kenapa la orang perempuan ni susah sangat nak pakai tudung labuh??”

Amboi soalan… straight to the point.. Punyala terkejut kitorang dengar soalan tu. Mujurla waktu tu kami pakai pakaian yang mengikuti syarat. Dan dia tidaklah nak tujukan soalan tu kepada kitorang. Cuma mahu mencari sebab sahaja. Mula2 kami agak terkedu seketika sebelum jawab soalan itu. Xtau nak cakap macam mana. Lepas itu kami pun jawab, sebenarnya benda ni depends on every individual. Xreti nak ulas panjang2, tapi setiap orang tu berbeza. Ada yang tahu sangat pasal hukum ni, tp buat xtahu. Ada yang tahu dan ada rasa nak berubah, tapi rasa dirinya belum bersedia lagi. Nak berubah perlahan2, bukan drastik. Ada jugak yang tak mahu pakai sebab takut orang pandang slack, @ pakwe lari. Ada yang nak pakai, tapi keadaan sekeliling yang memaksa dia supaya xpakai.

Manusia ni macam2. Kita x boleh nak expect orang ni macam ni, orang tu macam tu. Bukanlah niat diri ini nak memihak kepada pihak yang tidak bertudung labuh, tapi sedang cuba memahami keadaan diorang. Ramai dari kalangan mereka perlukan bimbingan, bukan teguran yang pedih. Dan bimbingan tu banyak cara, xsemua cara mereka boleh terima. Yang menjadi masalahnya kat sini, kaum lelaki. Memangla orang kata semua lelaki nak yang terbaik buat mereka. Tapi, cubalah faham keadaan perempuan dahulu. Memang agak susah nak faham, dan mereka xkan faham. Sebab lelaki dan perempuan lain. Perangai pun berbeza. Ramai juga yang merungut pasal ni. Nak buat camna , perempuan pun susah nak faham lelaki. Lelaki ambil semua benda mudah je. Betul x??

Aku yakin, ramai perempuan juga nakkan yang terbaik buat diri mereka, tapi belum tiba masanya lagi. Dan mereka amat perlukan seseorang yang dapat membimbing mereka. Buat pengetahuan lelaki2 semua, perempuan ni amat sensitif. (Ayat ni juga kami dah pesan kat budak lelaki td). Sekali orang lelaki tegur, sampai bila2 dy akan ingat dan berasa malu. Bila dy rasa malu, dy xkan berubah. Makinlah dy nak buat. Kalau kawan perempuan sendiri tegur pun xmenjadi. Kadang2 aku sendiri pun xfaham ngan perangai perempuan ni. Lelaki boleh nak tegur, tp dengan cara elok lah. Bukan straight 2 da point. Sebagai contoh, jika si A ada yang tak kena dengan perangai @ pemakaiannya, lelaki boleh tegur si A melalui kawan si A. ( ada org tghla ). Cara ni, perempuan boleh terima teguran lelaki. Dan ada bermacam2 lagi cara, jadi bergantung pada setiap orang nak fikir dan guna.

p/s: Maafla tetiba rasa nak pos pasal ni

24 comments:

ummu khosyatillah bt muzakir said...

salam..
amboi.. senang je budak lelaki tu ckp ek..
knapa nk pertikaikan sdgkan bertudung labuh tu bukannya wajib.
asalkan menutup yg sepatutnya ditutup, kira ok la tu..

aku abid said...

patutnya lelaki tue tnya...

"napa org pompuan nie susah sngt nak pki tutup aurat.."

tudung labu ke tak.. bukan persoalannya..

CONNIE said...

sy teringin nk konsisten bertudung labuh. sbb mak sy ckp , org bertudung labuh nampak manis :).

doakn sy eh.

ibnah said...

ummu: rasanya ayat " sdgkan bertudung labuh tu bukannya wajib" mcam xberapa kena je..buknnya x wajib, tp kalu kata tudung bulat tu xwajib btol gak.

muqarabah: btol gak tu..

connie: memang nampak manis. I'Allah awak boleh..

Rerama Ungu said...
This comment has been removed by the author.
CONNIE said...

Ibnu Umar. betul ke pakai tudung labuh wajib? y sy tahu, wajib bertudung menutup sampai ke dada.

psl nmpak manis tu,terima kaseh mengingatkn.tp mungkin awak perlu bace semula komen sy sebelum ni.did i said, sy nk pakai tudung labuh sbb nmpak mnis??


and i want to add something, tegur la org secare ikhlas,dan elakkn menggunakn bahasa y kasar,serta memalukn org.

bukan ke lagi bagus tegur secare berhikmah dgn mengunakan bahasa yang lemah lembut.

ibnah said...

ibnu umar: rasanya niat connie utk konsisten bertudung labuh bukan nak suruh nampak manis atau nak menunjuk2. cuba think positive dr kata2 dy..

Dan bagi ayat "Aku yakin, ramai perempuan juga nakkan yang terbaik buat diri mereka, tapi belum tiba masanya lagi" bukanlah bermaksud kami xmahu lakukan perubahan, tapi belum bersedia sepenuhnya lagi. Nak berubah perlahan2, bukan drastik. Bukankah kesannya lagi lama??

Rerama Ungu said...

baca ayat anda...

anda nak consistant sebab tu..

sy teringin nk konsisten bertudung labuh. sbb mak sy ckp , org bertudung labuh nampak manis :).

to ibnah:
xsemetinya

Anonymous said...

salam ummu :)
saja2 jenguk sini..update selalu ye
hehe

ibnah said...

ekin_melah: ni bukan blog ummu..sori.

SyiFa' said...

susah nk ubah persepsi seseorang thadap sesuatu.apa yang penting,CUBA memahami sesama sendiri.

J I W A said...

agaknye ibnu umar ni kene belum bace lagi kitab usul dakwah karangan dr abd karim zaidan....

malu kite dgn mubaligh kristian kalau nak banding cara dakwah mcm ni bro ibnu umar...hehehehehe

Rerama Ungu said...

To Mr:

Saya rasa anda yang patut malu kerana anda tidak dapat membezakan islah dan dakwah...
minta anda belajar balik dan tengok hadis-hadis kalau ada.
bezakan Islah dan dakwah ya...

Belajar biar dengan guru bukan dengan buku...

J I W A said...

islah bukan dalam dakwah?
dakwah bukan islah?

nampak cara anda nak mengislahkan pun nampak tak hikmah....
mcm ni ke nak islah?

mane hikmah?
mane peringatan yg baik
baru nk jadal.

thanks :)

Rerama Ungu said...

tu sebab saya nasihatkan anda cari hadis-hadis yang berkaitan...belajar sejarah Nabi...jangan main cakap pakai nafsu...mana saya tahu saya tak berhikmah?boleh anda bezakan hikmah ke tidak?hikmah tak semestinya lembut atau tegur secara sembunyi...cuba anda fikir satu,mengapa hudud dibuat ditempat terbuka?
fikir,jangan main nak menang je...biar kita bercakap untuk mencari kebenaran...jangan nalk hentam je...jangan nak kata orang ni tak berhikmah ke murtad ke sesat ke...tengok pada orang yang buat tu...

Rerama Ungu said...

pembetulan...mana anda tahu saya tak berhikmah

ibnah said...

mr, nk tanya. islah tu apa?? jadal tu apa?? kurang faham sikit di sini. harap bleh kongsi ilmu.

Nad Izza said...

Bismilah.
Assalamualaikum.

masyaAllah...

kenapa antum semua nak bertelagah soal mcm ni...

sesungguhnya keikhlasan memerlukan asbab kerana itulah fitrah manusia iaitu level pertama Hidayah- Hidayah Ilham Al-Fitri.
(siapa yang belajar BTQ patutnya tahu)

Seseorang yang ingin brubah ke arah kebaikan perlulah dibimbing dengan baik. Andai menggunakan perkataan yang kurg sesuai, berkesankan dakwah kita?

Dakwah perlulah dilakukan dengan akal dan hati. Bukan sekadar hati. Kerana orang yang baik tapi tak cerdik mudah ditipu manakala orang yang cerdik tapi tak baik adalah penipu.

Antum semua perlu bersabar... Berdakwahlah dengan cara yang terbaik dengan menggunakan kata-kata yang baik. Bukankah itu SUNNATULLAH?

Ana harap antum semua fikir-fikirkan. Ana tak niat nak tegur siapa-siapa.Niat kita adalah untuk belajar dan berkongsi. Bukan mengajar.

Wallahua'lam.

Salam ziarah. Maaf ana interupt walaupun ana tak kenal antum semua. Tapi harap-harap,kita jangan bertelagah sesama kita yang sama-sama beragamakan agama ISLAM.

Jangan bertelagah hanya untuk mempertahankan ego masing-masing mahupun nak menang. Sesungguhnya orang yang berilmu tanpa beramal adalah orang yang kurang bijak.

~Wassalam~

Rerama Ungu said...

teguran kepada yang di atas...

anda perli bezakaan bertelagah dgn berbincang...walaupun di sini nampak panas,anda tak boleh nak nilai hati seseorang kerana tuannya pun xleh nilai...hanya Allah yang tahu...


satu lagi,anda kena tahu bezakan Islah dengan dakwaah...

dan anda perlu bezakan uslubnya...

'berkesankan dakwah kita?'
keberkesanan dakwah ni kerja Allah...

"Antum semua perlu bersabar... Berdakwahlah dengan cara yang terbaik dengan menggunakan kata-kata yang baik. Bukankah itu SUNNATULLAH?"

berdakwah lain,Islah lain kata tok guru Nik Abdul Aziz

Nad Izza said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

yosh..u guys seriously sgt peka thdp perkara2 ni..well,i hope my post will not be deleted by the blog's owner..here is my opinion regarding this issue..well first of all..tdg labuh/segi tiga/bujur/bintang dll x menjadi masalah..as long as it covers the aurah..in the quran Allah did mention that in annur:31,x de plk Allah ckp wajib pki tdg labuh kan..it is guys' fault if they see the aurah of the girs..on the first sight still not consider as sin..then after you the guys glanced for the 2nd time,here goes the "special" reward for you..
2ndly,i dont really agree that women MUST wear the 'tdg labuh bulat/tajam'..for someone taking irk,law..it might be fine for them..but in case for engin students,are you expecting them to wear ''tdg labuh''?silap haribulan blh harms their safety.or arkitek,takkan nk pegi constructing site pki tdg lbh kot..huhu..next is,guys yg tanya knape perempuan ssh sgt pki tdg labuh tu,surely org yg sgt stereotype..ya,many of them posses a very good akhlaq n nice..but there are some too yg spoiled..i do have lots of "TLC" friends...AND I DO know some of them wearing that for bad intention,howevr those who wears tdg lbh i can honestly say you're sweet though..
Lastly,why some of the guys bother us not wearing tudung labuh..we have our own reason too why we wont wear that..why bother us,sdgkan there are many girls outside the campus yg lg teruk..just my 5 cents thought on your discussion..

aku abid said...

to anonymous

tak salah dak engin pki tudung labuh.. mungkin awk je yg nmpk itu sbg masalah or halangan..

wallahu a'lam..

ibnah said...

saya xakan delete komen2 di sini, dan berharap juga sape2 yang pernah tinggalkan komen xakn delete komennya..

ya, anonymous.. mmg betul apa yang kamu katakan.. dia kena tengok pada tempat dan keadaan jugak.. walaupun nampak lebih elok pakai tudung yang lebih labuh..
( p/s: muqarabah, tudung labuh di sini maksudnya tudung bulat ke?? )

tapi seperti yang anonymous kata,jika tempat itu blh harms their safety, macam mana?? kita harus fikir yang mana lebih baik, asalkan kita ikut syarat2nya.

walau apapun, terima kasih atas idea2,komen2 dan pendapat anda semua.. diharapkan kita semua dapat fikir2kan..wassalam.

p/s: anonymous, why don't u show to us who u are??

ummu khosyatillah bt muzakir said...

salam..
nk komen juga walau dh terlambat..
kak kila, maksud org..
kita wajib menutup aurat, tp xwajib btudung labih..
rasa nya kita xde hak menentukan bagaimana cara seseorg tu bpakaian
tp kita ad hak menegur kalu mereka melampaui batas dlm adab bpkaian..
beza tu..

xsempat baca komen dr ibnu umar (dah delete)
mgkin kalu org sempat baca, barangkali kita blh bincang smula..

expectation seorg lelaki thadap seorg prmpuan: TERLALU TINGGI.

kwn kak kila tegur knapa prmpuan susah nk pakai tudung labuh..
knapa dia x tegur: kenapa perempuan susah nk pakai tudung?
tu sbnrnya persoalan yg lebih manis utk dperdebatkan..

nk berubah ni senang je.. cuma nk mengekalkannya yg susah..

allahualam


 
Copyright ~LiFe Is NoT So EaSy~ 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .